MALAM pun berlalu di telan cahaya matahari dan di ikuti dengan semilir angin. Semalam bagaikan udara berbisik-bisik di telinga, memberitahukan tentang suatu khabar.
Baik ataupun buruk.
Zayen membuka mata perlahan, kemudian bangkit duduk dengan badan yang lesu.
" Asal aku rasa penat ah? "
Bingung Zayen di atas tempat tidur seraya mengurut tengkuk sendiri. Segera anak matanya mencari kewujudan Julia yang tak nampak di mata.
" Julia, "
Panggil Zayen, berganjak turun dari katil. Dia mencari Julia di setiap ruang namun gadis itu tetap tidak kelihatan. Zayen duduk seketika, seakan dia sudah mendapatkan jawapan apabila tidak melihat luggage Julia.
" Kau dah pergi... Tanpa inform apa-apa kat aku. "
Ucap Zayen, menghela nafas. Terdengar lirih nada kecewa di kalimatnya itu. Tanpa membuang waktu yang berharga, Zayen pun segera membersihkan diri sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Lapangan Terbang.
///
Di ketika itu, Julia sedang menikmati sarapan pagi di Cafe Airport seorang diri sambil di temani suara di talian.
" Kau ambik aku ke nanti? " Soal Julia, menjamah roti berkrim.
" Of course lah... Kau sampai nanti pukul berapa? " Tanya Zalikha.
" Dalam pukul 1:00am waktu Malaysia, macam tu. "
" Okay, okay. Kau don't worry. Before the plane landed, I got to the airport hihi. " Ujar Zalikha, tersengih.
" Okay beb, teşekkür ederim. " Balas Julia, tersenyum manis.
" Amboi... No problem. Sama-sama. " Kata Zalikha. Perbualan mereka pun berakhir di situ.
Selesai sarapan pagi sendiri, Julia menuju ke toilet perempuan untuk memeriksa wajah dan pakaian. Sesudah itu, dia pun langsung saja masuk ke Balai Perlepasan dan akan menunggu di dalam sahaja.
Sementara itu, Zayen Kaysraf pun tiba di Lapangan Terbang dan langsung tercari-cari toilet lelaki kerana sudah tak tertanggung beban kecil yang di bawa.
Seperti Julia, Zayen pun terus masuk ke Balai Perlepasan. Seringkali mereka berselisih tanpa menyedari satu sama lain dek kerana kesibukan masing-masing.
Di dalam badan pesawat, cepat-cepat Julia mengambil tempat duduk lalu menutup wajah sendiri dengan jacket di dalam tangan sebaik melihat kelibat Zayen memasuki perut pesawat.
Sekilas Zayen berpaling melihat tetamu di sebelah bersama satu helaan nafas, kemudian mengenakan earphone di kedua belah telinga tanpa tahu itu adalah gadis yang dia kenali.
Setengah jam selepas penerbangan, Pramugari dan Pramugara yang sedang bertugas pun menghidangkan sarapan pagi buat semua penumpang yang berada di dalam pesawat. Hanya terkecuali seorang manusia saja.
Tatkala Julia sedang berusaha menyembunyikan wajah agar Zayen tidak mengenali dia, lelaki itu malahan terus-terus berdehem sambil menikmati makanan yang terhidang.
" Kau tak lapar ke? Tak rimas? "
Tiba-tiba Zayen bersuara, langsung membulat besar kedua bebola mata Julia apabila diketahui oleh Zayen. Cepat dia mengalihkan jacket itu dari wajahnya lalu memandang ketat wajah lelaki itu.
Zayen buat riak selamba, sambil mengunyah makanan di dalam mulut. Tanpa berkata sepatah, langsung saja Julia menyantap makanan tanpa menghiraukan Zayen di sebelah.
Zayen berganjak ke toilet, sedang Julia mengintip pergerakannya. Lambat langkah Zayen saat menuju ke toilet yang tak jauh di hadapan, sedari serasa di perhati, segera dia berpaling.

YOU ARE READING
Kerana Hanya Aku Sayang(Complete)
Roman d'amourZayen Kasyraf sangat membenci perempuan kerana masa lampau nya yang agak pahit. Zayen seorang lelaki yang mendapat gelaran Duda di usia muda nya. Kerana sering tidak temu bahagia di setiap perkahwinan, Zayen memilih untuk berpisah dan jalani kehidup...