EPI 6 : SUATU SURATAN TAKDIR

48 0 0
                                    

SEBULAN sudah berlalu, Julia tampak seperti biasa. Bangun pagi langsung menuju ke bilik air. Sesudah gosok gigi, dia berkemban kemudian mandi.

Ketika itu Zalikha sedang membuat sarapan pagi sebelum pergi bekerja bersama dengan Julia. Dari menjadi Jurulatih, kini mereka bekerja di sebuah syarikat besar yang letak di pusat bandar Kuala Lumpur.

Julia baru tiba di ruang meja makan, langsung menggosok-gosok hidung kerana tidak selesa pada sesuatu bau.

" Asal? Kau selesema ke? " Tanya Zalikha, hairan sedikit.

" Mungkin kot. "

Kata Julia. Zalikha terus-terus melihat Julia yang tampak sedikit pelik di matanya. Untuk tidak berburuk sangka, perasaan itu dia tepis sejauh boleh.

///

" Selamat pagi, Encik Zayen. "

Zayen baru sahaja tiba di pejabatnya bersama dengan setiausaha Fazil. Seluruh karyawan menyambut kedatangan mereka dengan mesra di pagi itu.

" So, what's my schedule for today? "

Zayen bertanya sambil menayangkan wajah comel pada Fazil. Lelaki itu naik meluat melihat tingkahnya. Almaklum, orang nak bina Masjid lagi mestilah nampak gembira.

" Takde apa-apa hari ni. " Kata Fazil. Zayen buat-buat muka terkejut sambil tersenyum nakal.

" Yeke? Betul ni? "

" Yes Encik Zayen. Hari ni jadual penuh Encik Zayen dengan Dr. Irene saja. "

" Thanks. You're the best. Jom. "

///
[SEKOLAH TINGGI KL]

Bila waktu rehat, Jurfi suka duduk berteduh di bawah pohon sekolah seorang diri sambil membaca buku dan mendengar lagu.

Tengah Jurfi tekun membaca, tiba-tiba satu earphone dilepas. Cepat dia berpaling melihat, ternyata itu adalah Dina.

Belum puas Dina mendengar, Jurfi menarik earphone itu semula lalu di simpan ke dalam beg bersama buku di dalam tangan.

" Asal kau kat sini? Zaki mana? "

Jurfi bersuara. Dina duduk begitu dekat dengannya, buatkan Jurfi terpaksa menjauh sedikit.

" Entah. Buat apa cari dia? Buang masa aje. "

Kata Dina. Semula mendekat pada Jurfi. Jurfi diam tak berganjak, membiarkan Dina mendekati dirinya.

" Fi, kenapa kau tak suka aku? " Tiba-tiba Dina menanyakan itu semula.

" Buat apa aku nak suka girlfriend orang. "

Mudah saja jawapan Jurfi. Walhal di dalam hati, dia turut menyimpan perasaan yang sama dengan gadis itu. Hanya saja halangan seringkali menimpa sebelum sempat dia bertindak.

" Dah berapa kali aku kata dengan kau, Fi. Aku dengan Zaki tu takde apa-apa pun. Dia tu je yang perasan lebih. "

Kelihatan Jurfi tidak mempercayai kata-kata Dina. Dia menatap jam di tangan lalu berdiri sambil menggalas beg sekolah. Jurfi terus mengorak langkah pergi, berlalu begitu saja bagaikan angin sepoi yang lewat.

Dina geram di abaikan, pantas berlari mengejar Jurfi.

" Dina sayang Jurfi. "

Bisik Dina ke telinga Jurfi buatkan langkah lelaki itu terhenti untuk beberapa detik. Sudah mengatakan apa yang harus di ucapkan, Dina berjalan masuk ke kelas tanpa menunggu Jurfi.

Dari jauh Zaki dan rakan-rakannya memerhati kelakuan Jurfi dan Dina.

" Zack, takkan kau nak biarkan aje Si Jurfi tu dekat dengan awek kau. " Kata salah satu rakan Zaki, menaikkan kemarahan di hati Zaki.

Kerana Hanya Aku Sayang(Complete)Where stories live. Discover now