LELAH kerana kerja dan mengurus masalah Zaki di sekolah, Zayen pun pulang ke rumah untuk melepas penat. Langkahnya terhenti tepat di anak tangga pertama bila melihat Puan Ainul duduk berdiam sambil berpeluk tubuh dengan muka ketat di ruang tamu.
" Mama fikir apa? " Tanya Zayen, duduk di sebelah Puan Ainul.
" Mama dengar, Zain failkan penceraian dengan Hana. Kenapa? Kali ni, apa pula masalah Zain? " Soal Puan Ainul langsung, marah. Zayen tertunduk seketika.
" Zain tak bahagia, mama. "
Jawab Zayen, lemah nadanya kedengaran. Puan Ainul terhela nafas. Pelukan tubuh langsung terlepas.
" Kebahagiaan boleh di cari, asalkan Zain berniat untuk bahagia dan kekal hanya dengan satu perkahwinan. Zain tahu tak, Zain dah kahwin 8 kali! "
Zayen menghela nafas berat. Malas mahu bertengkar dengan Puan Ainul kerana penat, lantas dia bingkas berdiri tanpa menjawab sepatah kata lagi.
" Kalau Zain tak nak lupakan dia, Zain takkan pernah temui kebahagiaan dan cinta sejati! "
Ucap Puan Ainul sebelum melangkah masuk ke bilik tidur. Langkah Zayen mati semula tepat di anak tangga itu. Matanya mula berkaca, seakan dia mahu menangis semula.
|||
Zayen termenung jauh di bilik pejabat sambil memainkan pena di dalam tangan. Kenangan masa lalu seringkali menghantui dirinya dan kini menjadi penghalang untuk bahagia yang dia impikan.
Benar kata Puan Ainul, Zayen Kasyraf sudah berkahwin lapan kali dan bercerai dengan suatu alasan yang sama. Alasan yang seringkali Zayen beritahukan.
Tidak temu kebahagiaan.
Tok tok!
Pintu diketuk dari arah luar, pantas Zayen membuang perasaan duka dan duduk tegak seraya memanggungkan kepala melihat Si gerangan pengetuk pintu.
" Masuk, " Ucap Zayen, berpura-pura menyibukkan diri.
" Zain nak pergi bercuti, dekat mana? Dengan siapa? Hana ke? "
Ternyata, itu adalah ibunya sendiri, Puan Ainul. Selaku Pengarah di Z&Z Group. Zayen malas mahu memulakan pertengkaran, langsung saja dia memusingkan kerusi eksekutif ke arah kotaraya.
Dinding kaca yang di pandang Zayen, jelas menampakkan keindahan langit serta kota metropolitan yang senantiasa sibuk melakukan kerja-kerja di dunia.
" Zain, "
Panggil Puan Ainul. Zayen malahan memejamkan mata. Bila bunyi tapak kasut Puan Ainul kedengaran mengarah keluar, barulah Zayen dapat tersenyum.
[Pusat Seni Bela Diri]
Julia merupakan pengajar di PSBD yang telah berkhidmat selama dua tahun. Dia berusia 27 tahun dan tidak memiliki teman lelaki. Julia terpaksa berhenti sekolah demi menyara hidup keluarganya.
Dia anak sulung di dalam keluarga itu dan dia juga adalah tulang belakang keluarganya. Apa saja jenis pekerjaan, dia akan lakukan asalkan mendapatkan bayaran yang sesuai.
Dia memiliki dua adik. Adik lelaki, Jurfi dan adik perempuan, Julisa. Selain dari menjadi tulang belakang, dia juga di amanahkan ayahnya untuk melindungi adik-adiknya.
Meski mempunyai wajah yang cukup comel, Julia adalah gadis yang garang dan kasar.
" Kan aku dah kata, esok aku bayarlah! "
Pekik Julia pada gerangan di talian. Suara lantangnya itu, bukan saja mengejutkan pengajar yang ada, malahan membuatkan anak didik mereka merasa takut.

YOU ARE READING
Kerana Hanya Aku Sayang(Complete)
RomanceZayen Kasyraf sangat membenci perempuan kerana masa lampau nya yang agak pahit. Zayen seorang lelaki yang mendapat gelaran Duda di usia muda nya. Kerana sering tidak temu bahagia di setiap perkahwinan, Zayen memilih untuk berpisah dan jalani kehidup...