LAMUNAN Zayen terhenti oleh bunyi pintu yang kedengaran tertutup perlahan. Dia menoleh, berjalan perlahan. Daun pintu di tolak lalu terlihat Julia yang masih terlelap di atas tempat tidurnya.
Terdengar keluhan nafas kecil dari Zayen ketika menutup pintu semula.
Di balkoni yang luas itu, menempatkan sebuah kerusi rehat dan di situ Zayen melepas penat. Saat hampir mata terpejam, telefon pintar miliknya bergetar di dalam kocek.
Sempat skrin di pandang lama bersama helaan nafas panjang sebelum panggilan dijawab.
" Emm. " Itu saja yang keluar dari bibirnya.
" Zain, sorry kacau. Aku saja je, ingat kau dah tidur. " Suara Fazil menemani kesunyian Zayen di balkoni.
" Aku tak dapat tidur. "
Ucap Zayen, melihat ke sisi. Pandangannya dihiasi dengan wajah comel Julia yang terlelap tak terjaga.
" Kenapa? Kau... Kau okay tak Zain? "
" Aku okay. Baby boy aku mana? "
Zain menghalakan pandangan ke tempat lain. Jika lebih lama dia memandang gadis mabuk itu, ada kemungkinan Zayen hilang kawalan diri.
Almaklumlah, bila berdua, tentu ada pihak ketiga yang menggoncang fikiran. Meminta agar berbuat benda gila.
" Zaki kat sekolah. Hari ni dia balik lambat, katanya Kokurikulum. " Jawab Fazil. Tengah beristirahat di bilik pejabat.
" Emm, hari rabu. Mama aku? Dia ada bising tak kat kau? "
" Biasa lah, Puan Ainul dengan bebelannya tu. "
Mereka senyap seketika. Tatkala Zayen memandang langit malam yang kelam tanpa bintang, Fazil pula menyusun kata untuk di suarakan.
" Zain, aku call ni sebab... " Fazil memutus kata sendiri.
" Sebab apa? "
" Kau betul ke nak bunuh orang? Zayen, perempuan mana yang kau nak bunuh? Ex-wife kau ke? "
Fazil lega akhirnya dapat bertanya setelah lama mencari idea. Zayen tertawa kecil. Tapi pantas menekup mulut sendiri dan kembali berpaling melihat Julia. Hanya sekilas sahaja.
Zayen melangkah masuk ke dalam dan berdiri di tepi katil.
" Perempuan comel macam ni... Rasanya aku tak mampu nak bunuh. " Kata Zayen, tersenyum-senyum meninggalkan bilik hotel itu.
" Zayen, kau dengan perempuan lain ke? "
" Aku nak kau set kan jadual Irene. Aku akan jumpa dia dua hari lagi kat Malaysia. " Ujar Zayen. Sengaja mahu membuatkan Fazil tertanya.
" Okay. Kau tak nak tanya tentang Hana ke? " Pertanyaan Fazil buatkan langkah kaki Zayen terhenti saat keluar dari lift.
" Kenapa dengan Hana? "
" Dia dah balik kat apartment. Nampaknya, dia dah tahu keputusan kau. "
" Jumpa kat Malaysia. "
Zayen mengakhiri perbualan seraya menelan liur. Matanya jelas terpancar kesedihan. Tetapi apakan daya, itu sudah menjadi keputusan.
Bila bahagia yang di harapkan tak pernah hadir menghiasi perkahwinan, lantas dari itu penceraian menjadi suatu pilihan buat Zayen.
Zayen seorang lelaki yang baik hati dan penyayang. Tapi disebabkan suatu tragedi hitam yang terjadi telah merubah prinsip hidupnya.
Zayen lelaki yang misteri. Tiada siapa yang dapat membaca riak muka yang ia pamerkan. Apalagi yang dia fikirkan. Semuanya bermula kerana suatu rahsia itu. Dan Zayen terus memilih untuk memendam rahsia itu selama mana yang dia mampu.

YOU ARE READING
Kerana Hanya Aku Sayang(Complete)
RomanceZayen Kasyraf sangat membenci perempuan kerana masa lampau nya yang agak pahit. Zayen seorang lelaki yang mendapat gelaran Duda di usia muda nya. Kerana sering tidak temu bahagia di setiap perkahwinan, Zayen memilih untuk berpisah dan jalani kehidup...