EPI 12 : BILA RAHSIA TERUNGKAP

52 2 0
                                    

AWAL pagi lagi Zayen melihat dari tingkap, Julia tergesa-gesa meninggalkan perkarangan rumah ibunya dengan memandu kenderaannya.

Dia yang tidak berbaju, segera berganjak mendekati almari. Senyum kecil Zayen melihat boneka mickey mouse itu sebaik pintu almari di buka.

Sekilas, kejadian semalam terimbas. Di mana dia dipertemukan dengan Azura selepas 2 tahun berpisah. Pelik dia merenung Julia yang pergi berlalu begitu saja.

Bila Zayen cuba mengejar, langkahnya terhenti bila tertoleh. Boneka mickey mouse yang ia berikan pada Julia, boleh berada di dalam tong sampah.

Boneka tersebut Zayen gapai, lalu ia bawa baring bersama. Senyum manis Zayen tatkala merenung boneka itu. Spontan, perasaan pelik mulai timbul di hatinya.

" Julia, kau ada perasaan ke dengan aku? "

Ucap Zayen tatkala mengira kalau Julia cemburu disebabkan sudah mula menyukai dirinya. Benar atau tidak anggapan Zayen, hanya Julia yang dapat memastikan.

°°°°°°

" Good Morning, Cik Zayen. "

Fazil bersama karyawan yang lain menyapa mesra sebaik melihat kehadiran boss mereka. Seperti biasa, Zayen turut melemparkan senyum manis lalu berganjak masuk ke ruangannya bersama dengan Fazil.

Baru saja dia melabuhkan punggung tatkala tersenyum-senyum sambil menyentuh dagu sendiri, Fazil menghulurkan dua sampul berbeza pada Zayen.

" Zain, kau okay tak? " Bersama huluran itu seraya menayangkan wajah pelik, Fazil bertanya.

" Kau ni mula fikir aku pelik. Tak boleh ke aku senyum? "

Fazil terkejut kecil dengan reaksi yang Zayen berikan. Lelaki itu sepertinya dapat meneka air muka yang Fazil curahkan.

" Sorry lah. Aku cuma risau je. "

Kata Fazil, tersengih. Zayen bermasam muka seraya melihat kedua sampul yang Fazil berikan padanya.

" Ni apa pula ni? " Tanya Zayen, belum mahu membuka sampul tersebut.

" Buat-buat lupa pula. Tu yang kau minta aku siapkan lah. Kontrak penceraian. "

Beritahu Fazil. Dan entah mengapa, Zayen kelihatan serius tiba-tiba. Sampul di tolak jauh perlahan dari hadapannya. Fazil mengerutkan dahi melihat kelakuan Zayen.

" Yang satu ni apa? " Zayen bertanya mengenai sampul yang lain.

" Maklumat Julia yang kau nak. "

" Bila aku suruh? "

" Aik. Takkan dah lupa kot? Masa kat Turki lagi kau minta aku dapatkan maklumat tentang dia. Sebab... Kau kata nak bunuh seseorang. "

Ujar Fazil, menggaru batang hidung sendiri sambil berdehem. Semakin risau raut wajah Zayen kelihatan.

" Dah tiga bulan berlalu, baru kau nak bagi kat aku? "

" Sorry Zain. Aku lupa nak bagitahu kau. "

" Takpe. Kau boleh keluar. "

" Baik. "

Sempat Fazil menoleh melihat Zayen semula bersama kebingungan. Dia mula terfikir mengenai sesuatu tentang perubahan sikap Zayen.

Bila Zayen pastikan Fazil sudah benar-benar keluar dari ruangannya, baru lah dia membuka sampul yang berisi maklumat mengenai Julia.

Bibirnya menguntum senyum sebaik menarik sekeping kertas dari dalam sampul itu yang menampilkan resume Julia.

Kerana Hanya Aku Sayang(Complete)Where stories live. Discover now