SEMI FINAL : AKU MAHU MENJADI YANG BERMAKNA

68 4 0
                                    

LEMBUT nafasnya menyentuh pipi ku ketika aku terlelap dalam dakapannya begitu lama. Hangat tangannya membelai rambut hitam ku, buatkan aku tidak mahu terbangun.

Aku sungguh terkesima dengan apa yang sudah terjadi. Hatiku bagai di panah, begitu sakit bila terpaksa menerima kehilangan.

Wajah polos Zayen, ku pandang lama saat mata berhasil jua ku buka luas. Tidak ku sangka, dia turut terlelap sama. Ku lirik wajahnya, mata itu kelihatan bengkak dan merah.

Bila aku lihat keadaan kami, cepat-cepat aku berdehem seraya menjauh dari dirinya. Adakah ini reality?

" Sorry. Kau dah bangun? "

Dia bertanya selepas meminta maaf tanpa bersebab. Aku membetulkan rambut sendiri yang sejak tadi kemas saja.

" Bila aku boleh balik? " Aku bertanya. Kedengaran di halwa telinga ku, Zayen menghela nafas kecil.

" Aku pun tak tahu lagi. Nanti aku jumpa doktor. " Jawab Zayen, aku mengangguk lemah.

" Julia, "

Dia panggil namaku seraya jemari ku ia raih lalu di genggam. Aku pelik. Dia punyai keberanian di kala ini untuk menyentuh aku. Walau cuma sebelah tangan.

" Aku harap kau sabar. Semua ni, tentu ada hikmah. "

Dia mengatakan itu padaku. Kata-katanya membuat aku sayu. Aku tertunduk menangis. Tiba-tiba dia mengucup dahi ku tanpa ragu. Aku terdongak memandang dia.

" Tak salah kan? "

Kata Zayen, menguntum senyum. Jelas ku fahami senyum itu tawar. Seperti kopi tak bergula.

Dia melepaskan jemari ku dari genggaman, kemudian dia berdiri sambil memasukkan kedua belah tangan ke dalam kocek.

" Julia, memandangkan baby tu dah takde lagi, aku rasa kita tak patut teruskan ikatan ni. "

Di siang hari yang cerah, tiba-tiba ku dengari petir datang menyambar. Guruh di langit kuat berdentum, seakan membawa khabar hujan akan segera tiba.

Mengapa Zayen menuturkan perkataan di saat keadaan ku lemah seperti ini. Aku tidak berdaya. Aku sangat jelas memahami maksud Zayen sebenar.

" Kau... Nak ceraikan aku? " Lambat aku berkata. Itu kerana hati aku sedang menangis.

" Takde sebab untuk kita terus bersama. Lagipun, dari awal perkahwinan kita cuma sebab kau mengandung. " Dia berkata lagi. Semakin dia berkata-kata, semakin aku terseksa.

" Jadi betul lah tentang khabar angin tu? Kau akan berpisah bila kau tak rasa bahagia? "

" Aku bahagia dengan kau, Julia. "

Ucap Zayen, membuatkan aku bingung. Apa sebenarnya yang dia ingin sampaikan pada aku yang lembab ini.

" Aku bahagia. Tapi kau bukan perempuan pilihan aku. Kau pilihan Datin Sri Ainul. "

Cepat-cepat aku berganjak turun dari katil pesakit lalu mendekati dirinya yang kelihatan sombong dalam berkata-kata.

" Kau ingat, kau lelaki pilihan aku ke? Kalau bukan disebabkan kau rosakkan hidup aku, tentu sekarang aku dah bahagia dengan Hairul!!! Bukan terlantar kat sini disebabkan kebiadapan anak saudara kau!!! "

Aku sudah tidak mampu lagi untuk terus-terus mendengar penghinaan dari Zayen. Bagi aku itulah penghinaan yang paling teruk sekali yang pernah aku terima.

" Hairul? Sepatutnya kau berterima kasih dengan aku! "

" Terima kasih sebab rosakkan hidup aku? Tu yang kau nak aku cakap? "

Kerana Hanya Aku Sayang(Complete)Where stories live. Discover now