SEAKAN Julia memikirkan sesuatu mengenai kenderaan yang di pandu oleh Zayen. Mulutnya begitu muncung tatkala berpeluk tubuh, meratapi setiap sudut kereta itu.
" Kau tak nak masuk ke? "
Ujar Zayen, sudah sejak tadi bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Restoran berhampiran.
" Ni kereta kau ke? " Dan Julia malahan menyoal. Sudah sinis senyum yang Zayen berikan.
" Kereta sewa. Kenapa? Kau malu ke naik kereta sewa? "
Kata Zayen. Julia mengerling tajam sebelum masuk ke perut kereta dan duduk di seat belakang. Tiba-tiba Zayen gelak sinis lalu menoleh memandang gadis itu.
" Maaf cik, ini bukan teksi. Maaf ye. "
Perli Zayen. Malas mahu memulakan pergaduhan kerana perut sudah berperang, Julia pun akur dan duduk di seat sebelah di hadapan.
Kemudian, Zayen pun memulakan perjalanan menuju ke Restoran untuk mengisi perut yang lapar.
" Nama kau siapa? "
Tanya Julia, membuka bicara. Sengaja mengajukan pertanyaan walhal segala tentang Zayen telah dia ketahui.
" Zayen Kasyraf. Kau? " Jawab Zayen, fokus kepada pemanduan. Lalu dia bertanya kembali nama gadis itu.
" Kenapa kau nak tahu? "
Dan itu jawapan Julia buatkan Zayen tergelak besar. Ikutkan rasa hati, inilah saatnya untuk Zayen membunuh gadis itu.
" Aku tanya, bukan bererti aku nak tahu. Kau dah kahwin ke? " Ujar Zayen, mematikan suasana yang memalukan itu.
" Entah. "
Sepatah Julia menjawab, pantas memandang ke luar tingkap. Saat itu, Zayen mencebik-cebik melihat Julia, mahu saja menarik keluar lidah gadis itu.
Perjalanan tidak memakan masa yang panjang. Sebaik tiba di luar Restoran itu, Zayen memarkir kereta lalu bergerak masuk ke dalam bersama dengan Julia.
Di Restoran itu, mereka hanya menghabiskan masa dengan berdiam. Walau berulangkali anak mata Zayen melirik ke wajah Julia. Lidahnya menjadi kelu untuk disuarakan apabila melihat wajah tegang Julia.
Zayen memutuskan berhenti makan. Selepas meneguk habis air putih yang tersedia di dalam cawan, dia bersandar sambil berpeluk tubuh.
Julia sedar, sejak tadi Zayen asyik hanya memerhati wajahnya. Hal itu buatkan dia tertanya pada diri sendiri dan merasa begitu kecil di hadapan Zayen.
Julia merasa canggung, lantas berhenti makan lalu mengelap mulut sendiri menggunakan tisu yang tersedia di atas permukaan meja.
" Asal kau tengok aku macam tu? " Julia bersuara, lalu bertanya. Zayen mengukir senyum kecil.
" Julia, kau kerja apa? "
Dan itu pertanyaan Zayen buatkan Si gadis itu terkerut kening. Sempat Julia berdehem pendek sebelum menjawab pertanyaan Zayen yang tidak sepatutnya dia jawab.
" Asal kau tanya? Lagi satu, mana kau tahu nama aku? "
Tukas Julia. Nampaknya, daya ingatannya tidak terlalu baik. Zayen bersikap tenang. Julia peluk tubuh sendiri.
" Nama aku Julia. Asal, kau dah jatuh cinta ke dengan aku? "
Zayen mengulangi kata-kata Julia sewaktu berada di dalam badan pesawat. Julia tertelan liur. Sangkanya Zayen telah melupakan peristiwa memalukan itu.
" Aku pelik lah. Asal kau cakap macam tu di pertemuan pertama kita? Ke... Kau kenal aku? "
Tebak Zayen buatkan jantung Julia berdebar. Bimbang jadinya jikalau lelaki itu telah mengetahui agendanya. Lantas, Julia berpura tergelak. Sinis gelaknya.

YOU ARE READING
Kerana Hanya Aku Sayang(Complete)
RomanceZayen Kasyraf sangat membenci perempuan kerana masa lampau nya yang agak pahit. Zayen seorang lelaki yang mendapat gelaran Duda di usia muda nya. Kerana sering tidak temu bahagia di setiap perkahwinan, Zayen memilih untuk berpisah dan jalani kehidup...