Prolog

24.5K 437 13
                                    

Lydia..

Namaku ringkas, sama seperti kisah hidupku.

Bercinta, bukan keutamaanku. Ini kerana hatiku pernah dipalit dengan duri sehingga berdarah tanpa ada yang merawati.

"Oi Lydia! Termenung pula dia." Sentuhan Ariff pada bahuku, membuatkan aku kembali ke dunia nyata. Menerbangkan semua kelukaan yang pernah bersarang dalam hati bertahun yang lalu.

"Kerja yang bos aku bagi tak siap lagi." Keluhku.

"Macam tak biasa hantar last minute."

"Tu kau.. bukan aku."

"Wey, mak aku nak temukan aku dengan Rita. Stress aku fikirkannya." Ayat yang keluar dari mulut Ariff membuatkan perhatianku diberikan 100% kepadanya.

"Siapa Rita?" Dahiku berkerut.

"Awek gemuk yang buat aku fobia dengan perempuan lah." Beritahu Ariff dan dia mengembalikan ingatanku pada kisah Ariff dengan Rita ketika di zaman sekolah.

Tersenyum bibirku mengingatkan perkara itu. Ariff..Ariff..

#Support saya dengan VOTE, KOMEN, dan SHARE . Thanks !

LYDIA ✔Where stories live. Discover now