Bab 13 : Angaukan Rita

8.7K 275 56
                                    

Dahi Ariff berkerut melihat perubahan mendadak Lydia. Aku ada salah cakap ke? Soalnya sendiri. Bahu dijongketkan dan Ariff terus memejamkan mata, mengingati kembali wajah cantik milik Rita. 

Buat pertama kalinya Ariff merasakan dia seolah-olah sudah jatuh cinta dengan seorang wanita. Siapa sangka dulu Rita adalah mimpi ngerinya. Namun kini, kehadiran Rita memberi sinar baru ke dalam hidupnya. 

Dalam pada dia sedang berkhayal kewujudan Rita, telefon bimbitnya berbunyi. Segera Ariff bangun dan membuka pesanan tersebut. Satu nombor yang tidak di kenali menghantarnya pesanan melalui aplikasi whatsapp. 

0123450001  18:02pm
Hi Ariff..
Rita ni..

Bulat mata Ariff memandang nama tersebut. Cepat-cepat dia menyimpan ke dalam kenalan dan terus membuat panggilan ke nombor tersebut. Jantungnya berdebar sementara menanti panggilannya di jawab. 

"Hallo..." Lembut dan lunak. Itu perkataan yang boleh menggambarkan suara Rita. 

Ariff sedar, selama bertahun dia mengenali Rita, tidak pernah sekali pun kehadiran Rita membuatkan dia rasa senang hati. Namun kini sudah berubah. Gadis itu bukan lagi seorang manusia yang menakutkan. 

"Hallo Rita..." Ariff menarik senyuman. Seperti angau. 

"Buat apa tu? Sibuk ke? Saya ganggu ke?" Ariff rasa nak pengsan mendengar kelembutan suara Rita. Benarlah, wanita cantik ini selalunya mempersonakan. Ariff sampai lupa statusnya sebagai suami orang. 

"Er, tak sibuk tengah baring-baring tunggu awak call." 

"Tunggu saya call?" Soal Rita semula. 

"Iya lah tadi awak janji nak call. Rita... Malam ni awak busy tak?" Ariff cuba pasang umpan. Mana tahu Rita sudi hendak keluar makan malam dengannya. Baru sahaja berpisah sebentar tadi, hatinya sudah dipagut rasa rindu. Rasa nak terus menatap wajah cantik Rita. 

"Malam ni? Saya free je. Kenapa? Nak ajak dinner ke?" 

"Nampak gayanya macam tu lah. Itu pun kalau ada orang yang sudi. Kalau tak sudi, kita tak boleh nak buat apa lah. Orang cantik kan, mesti ramai yang beratur ajak dinner sama." Kata Ariff, ingin melihat reaksi Rita. 

Dia ketawa kecil. "Siapa lah nak dekat saya ni. Crush saya zaman sekolah pun reject saya and kahwin dengan perempuan lain." Sindir Rita. Berharap Ariff tahu siapa yang dia maksudkan. 

Bunyi berdehem terdengar dari corong telefon. "I'm so sorry sebab reject awak macam tu je. Kalau kita terserempak lebih awal hmm..." Keluhan dilepaskan. Ariff kelihatan benar-benar menyesal kerana telah mengahwini Lydia. 

"Kalau jumpa lagi awal kenapa? Awak akan kahwin dengan saya?" Duga Rita. 

"Maybe.. Lelaki bodoh je tolak perempuan secantik awak." 

"Ada-ada sahaja lah awak ni, Ariff. So malam ni jadi ke kita pergi dinner? Pergi sama-sama boleh tak? Saya tunggu awak dekat lobby?" 

"Sure, see you later.."

***

Aku berjalan di sepanjang persisiran Pantan Tanjung Aru. Tak tahu ke mana aku hendak pergi, hanya mengikut ke mana langkah di bawa. Jiwaku kosong dan hatiku sakit. Tak sangka tujuan datang ke sini untuk berbulan madu dan niat untuk mengikat hati Ariff akhirnya menjerat aku sendiri.

Airmata tidak kering dari tadi. Perutku langsung tidak lapar walaupun kali terakhir aku menjamah ketika di dalam kapal terbang pagi tadi. Kalau berasa lapar pun, aku tidak mempunyai selera untuk makan. 

Kenapa semudah itu Ariff mematahkan hatiku. Tak kan sedikit pun dia tak nampak perasaanku terhadapnya. Setiap hari aku cuba memberitahu dia tentang perasaanku terhadapnya. Malah Ariff sengaja membutakan mata dari cuba memahamiku. 

LYDIA ✔Where stories live. Discover now