Bab 12 : Honeymoon

9.7K 269 95
                                    

Kami tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 10.34 pagi. Ketika kakiku memijak bumi Sabah, rasa teruja mencengkam diri. Sudah lama aku idamkan untuk sampai ke Sabah. Akhirnya, impianku terlaksana. 

Selepas mengambil teksi, kami dibawa menuju ke C'haya Hotel yang bertaraf 3 bintang. Hendak mengambil hotel 5 bintang belum mampu lagi. Tunggu la kalau bercerai lepas ni dapat suami jutawan ke kan. Ketika kami mendaftar masuk, jam sudah menginjak pukul 1 tengahari.

"Beg letak situ.." Arahku kepada Ariff ketika kamu memasuki ke dalam kamar yang begitu luas. Nampak macam biasanya tetapi bila lihat dengan mata kepala sendiri, boleh tahan. 

"Cantiklah.. Pandai ibu pilih.." Pujiku sebelum punggung dihenyak ke atas katil. 

"Kau tidur bawah." Belum sempat aku memberi arahan, Ariff terlebih dahulu bersuara. 

"Apa pulak! Lelaki tidur bawah lah." 

"Eh... Rumah family kau, aku kena tidur bawah. Rumah family aku pun, aku juga kena tidur bawah. Dekat sini, aku malas nak beralah. Kalau kau tak nak tidur bawah, kita tidur sama-sama atas katil. Aku tak ada hal." Dia menjongketkan bahu lantas merebahkan tubuhnya disebelahku. 

Aku melepaskan nafas perlahan. "Iya lah..." Mengalah juga sebab aku tak sanggup tidur sekatil dengan malam ini. 

"Lepas ni nak pergi mana?" Dia mengiring sedikit dan memandang wajahku. 

Lantas telefon bimbit dibuka. Melihat Itinery yang telah ku buat semalam berdasarkan pencarian dan rujukan di dalam Group Backpackers Buddies Malaysia. Sejak dari muda lagi, aku telah menyertai group itu di facebook. Menyimpan angan-angan untuk ke negara luar melalui gambar-gambar yang dikongsi oleh ahli group tersebut. 

"Makan tengahari, lepas kita pergi ke Masjid Terapung yang kita nampak tadi masak perjalanan ke Hotel." 

"Makan dekat mana?" 

"Tak kan tu pun aku nak fikir. Cuba kau pula fikir nak makan mana." 

"Malam ni pula?" 

"Lepas pergi Masjid Terapung kita pergi jalan-jalan Pasar Filipina lepas tu kita dinner dekat Ikan Bakar area TODAK WATERFRONT." 

"Okay nice kau belanja kan?" 

Terus aku memberinya jelingan tajam. 

"Sensitif, tak boleh nak mengusik dah sekarang." Balas Ariff kemudia menarik senyuman dengan gelengan kecil. 

"Aku nak mandi kejap, panas tak selesa."

"Okay nak ikut." 

"Ariff!" Gigi diketap dan aku menjegilkan mata tanda geram dengan perangainya. Ada sahaja lah dia ni nak mengusik orang. Tadi baru je kata nak tidur. Alih-alih bila orang nak mandi, menyibuk sahaja nak ikut. 

Reaksiku hanya dibalas dengan tawa kecil Ariff. Dia bangun dan membuka T-shirt yang dipakainya dan kembali baring di atas katil. Suhu penghawa dingin diletakkan pada kesejukan sederhana. Dalam beberapa minit aku lihat mata Ariff sudah tertutup dan mulutnya mengeluarkan bunyi dengkuran halus. Cepat betul tidur.

***

Ariff turun dahulu menunggu isterinya di lobi hotel. Sewaktu dia keluar, Lydia baru siap solat zohor. Malas hendak berlama di dalam bilik, Ariff lebih suka duduk sendirian di lobi bermain permainan di telefon bimbitnya.

Habis bermain dua pusingan permainan, Lydia masih lagi tidak turun. Ariff sudah mula berasa bosan. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket.

Selepas itu, Ariff bangun untuk naik semula ke dalam bilik untuk memeriksa apa yang sedang di lakukan oleh Lydia. Di saat langkahnya semakin dekat dengan lift, ada satu suara halus memanggilnya. Membuatkan langkah Ariff terhenti. Dia menoleh. 

LYDIA ✔Where stories live. Discover now