Assalamualaikum..
Untuk bacaan penuh boleh dapatkan E-BOOK LYDIA di shopee atau whatsapp 01116430554.Link boleh lihat di bio.
HARGA: RM15 SAHAJA!
Sinopsis
🌷BLURB LYDIA🌷
Kerana Ariff tidak mahu di kahwinkan dengan Rita, aku menjadi kekasih olok-oloknya.
Cukup syarat, hanya sampai Ariff bertemu dengan kekasih yang betul-betul serasi dengannya.Namun tak sempat kami tarik nafas lega, ibu Ariff sudah masuk meminangku. Jadi kami terperangkap dengan rancangan kami sendiri.
"Kita kahwin je lah. Nanti lepas kahwin kalau serasi kita teruskan je. Kalau tak serasi, kau cari pasangan kau sendiri. Aku cari lah pasangan aku sendiri. Lepas tu kita cerai." - Ariff.
Semudah itu aku menerima cadangannya. Hanya kerana dari dulu aku sudah menyimpan perasaan terhadap Ariff. Satu-satunya teman lelaki yang aku rapat. Berharap perkahwinan ini semakin mendekatkan aku dengan dia sekaligus membuat Ariff jatuh cinta kepadaku.
Rita,
Dari sekolah dia adalah mimpi ngeri bagi Ariff. Seorang kanak-kanak perempuan yang mempunyai bentuk badan besar serta kaki buli. Disebabkan itu dia jadi fobia dengan Rita dan berkeras menolak cadangan ibunya untuk menjodohkan mereka berdua tanpa bertemu dulu.Namun setelah aku dan Ariff berkahwin, lain pula yang jadinya.
"Aku jumpa Rita tadi. She is fuckin hot. Kenapa aku tak jumpa je dia dulu sebelum kahwin?" - Ariff.
Hati aku terluka. Mana tidaknya, misi aku adalah mencuri hati Ariff setelah kami berkahwin. Mempamerkan sisi lain ku kepadanya yang tak pernah dia lihat.
"Kita cerai?" - Ariff.
"Kau pentingkan diri Ariff! Aku benci kau!"Hanya kerana kecantikan Rita yang berbeza dari waktu kecilnya, Ariff mahu memilih gadis itu. Hilang fobianya apabila lemah-lembut Rita membutakan matanya.
"Rita suka dia dari kecil lagi. Salah ke Rita nak lelaki yang Rita cinta?" - Rita.
Permohonan maaf demi permohonan maaf keluar dari mulut Ariff. Sehingga lah satu hari hatiku beku dan rela dengan perpisahan yang dia pernah ajukan dahulu.
"Aku minta maaf, Lydia. Aku janji akan hargai kau dan tak akan sia-siakan kau." - Ariff
Tapi layakkah dia diberi kemaafan sekali lagi setelah apa yang dia lakukan padaku?
YOU ARE READING
LYDIA ✔
Roman d'amourStart : 17 April 2020 End : 6 Mei 2020 Kerana Ariff tidak mahu di kahwinkan dengan Rita, aku menjadi kekasih olok-oloknya. Cukup syarat, hanya sampai Ariff bertemu dengan kekasih yang betul-betul serasi dengannya. Namun tak sempat kami bernafas...