Meskipun liat untuk bangun, namun kerana tugas yang perlu ditaburkan terhadap syarikat, maka aku perlu segar dan bangun untuk bersiap ke tempat kerja.
Tak semena otakku teringat akan padangan redup yang diberikan Ariff semalan. Serta-merta wajahku merona kemerahan dan kebas kerana malu. Jantungku kembali berdegup kencang mengikut irama melayu.
Betul ke aku suka dia?
Selimut ditarik ke paras bahu. Senyumanku makin mekar saat terbayangkan wajah Ariff yang dirasakan cukup tempan sejak kebelakangan ini. Masih aku terasa kehangatan sentuhan Ariff yang membangkitkan segala deriaku.
"Kak! Berangan pula dia.." Sergan Liana yang baru keluar dari bilik air.
"Yana.. Terkejut akak lah.." Dada diurut lembut.
Baru aku nak berangan lebih pasal Ariff, si Liana ni datang buat onar pula. Kacau daun betul lah. Kena cepat-cepat pisahkan bilik ni kalau tak.. Makin hari makin terganggu mimpi indahku bersama dengan Ariff.
"Dan lah mengigau nak cium orang. Angau betul!" Omel Liana sambil menyikat sambutnya.
"Hah?" Sekali lagi wajahku diserbu haba yang membuatkan pipiku terasa begitu panas. Aku mengigau nak cium Liana? Ya Allah, kau dah kenapa Lydia? Jariku mencubit pehaku sendiri sebagai hukuman.
"Iyalah, akak mimpi apa ha? Mimpi basah lah tu.." Usikan Liana langsung tidak membuahkan senyuman dari wajahku.
"Cakap bukan-bukan. Adu dekat mama nanti."
"Eleh, adu lah kalau berani. Yana adu dekat mama yang akak tu mimpi bukan-bukan dengan Ariff. Sampai kita pun dia nak kiss."
"Yana!" Aku mengetap gigi geram.
"Relax lah kak.. Yana faham je orang angau serupa akak ni. By the way, tadi mama cakap yang malam ni keluarga Ariff nak datang hantar cincin. Akak tahu kan?"
"Hah?" Kali kedua aku terkejut. Kenapa aku tidak tahu apa-apa? Kenapa lah Puan Norah ni suka sangat buat benda tanpa berbincang. Aku belum betul-betul setuju lagi nak kahwin dengan Ariff.
"Jangan pura-pura terkejut lah. Tak kan nak tunggu umur 40 baru nak kahwin kot."
"Tapi akak tak tahu pun."
"Sebab tak tahu lah Yana bagitahu. Kak, hari ini balik awal sikit tau. Yana tak nak lah kena tolong mama sorang-sorang. Dah la Yana ni single lagi.. lepas tu kena buli pula." Keluh Liana. Sambil itu jarinya bermain dengan gincu.
"Hmm.."
"Oh ya.. Lagi satu.."
"Apa?" Aku mengangkat wajah.
"Tadi Ariff call tapi tak sempat angkat. Then, dia ada send whatsapp. Baca lah.." Senyuman membawa maksud sesuatu daripada Liana membuatkan aku musykil.
"Yana jangan cakap yang Yana dah buka.."
"Mana ada."
Terus aku meringkukkan badan dan mencapai iphone 8 yang terletak di atas meja kecil di sebelah katil. Pesanan Whatsapp yang dihantar oleh Ariff dibuka.
Good morning, Lydia.. I miss you. Take care. Jumpa lunch.
Tersenyum-senyum aku ketika membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Ariff. Berbunga-bunga hatiku apabila lelaki yang ku idam dalam diam tiba-tiba mengambil berat tentangku. Hampir terkoyak pipiku menahan senyuman.
"Tapi Yana sempat baca dekat window phone tadi. Good morning, Lydia..."
"Stop ! Jahat lah Yana buka phone orang." Tidak mahu Liana meneruskan ayatnya, aku bangun dan mulutnya ku tutup dengan tangan. Malu apabila pesanan yang dihantar oleh Ariff telah dibaca adikku. Kantoi lah.
YOU ARE READING
LYDIA ✔
RomansaStart : 17 April 2020 End : 6 Mei 2020 Kerana Ariff tidak mahu di kahwinkan dengan Rita, aku menjadi kekasih olok-oloknya. Cukup syarat, hanya sampai Ariff bertemu dengan kekasih yang betul-betul serasi dengannya. Namun tak sempat kami bernafas...