Usai kami berdua mendirikan solat maghrib, aku membuka telekung. Ariff masih setia di sejadahnya. Berwirid atau menambah doa atau mungkin dia tertidur. Entah lah aku pun tak tahu. Berdua di dalam bilik ini dengan Ariff pun dah buat otak aku benak. Macam ada bunyi semacam je tu, tidur la kot.
Setelah telekung disangkut, terus aku mengambil telefon bimbit yang dicas sejak dari tadi. Aplikasi whatsapp di buka, aku masih lagi menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakanku. Namun ucapan tersebut langsung tidak membuatkan aku bahagia.
Kalau aku dan Ariff berkahwin atas dasar cinta, mungkin ucapan yang diterima akan membuatkan aku senyum sampai ke telinga. Tetapi hakikatnya hanya aku dan Ariff sahaja yang tahu.
"Kau bukan nak kejut aku, sampai tertidur aku berwirid." Tegur Ariff dengan wajah letihnya.
Aku mencebik. "Wirid lah sangat, dari awal aku dah dengar kau berdengkur."
Ariff mengengih. Tanda dia mengakui yang dia bukan berwirid, tetapi tertidur kerana terlalu penat dengan majlis yang berlaku seharian. Ariff menggeliat seketika sebelum merebahkan tubuhnya di sisiku yang sedang duduk di birai katil.
"Eh, jangan nak banyak songeh eh. Kau tidur bawah." Jari telunjukku di halakan ke lantai.
"Nak baring kejap je pun."
"Yelah aku pesan je untuk kejap lagi."
"Kau ni.. Kasihan lah aku sikit dah penat-penat habis tu kena tidur bawah."
"Habis tak kan kau nak tidur sekatil dengan aku?" Mata dijegilkan.
"Why not? You husband, I wife." Kata Ariff.
"Banyak lah kau! Aku husband?"
"Iya lah kau husband, jadi kau tidur bawah walaupun kau perempuan. Settle. I sebagai 'wife' ber'gading'. Ayang nak abang tidur bawah, okay? Ayang dah sakit sangat belakang ni nak luruskan pinggang. Boleh tak abang?" Jari Ariff membuat pusaran pada bahuku sambil bersuara kecil ala-ala perempuan.
"Eh tak ada maknanya. Aku yang punya katil habis aku pula yang kena tidur bawah. Wahai ayang yang bergading sila tidur bawah. Sebab abang takut gading ayang yang dekat bawah tu tajam sangat sampai terkoyak cadar baru ni. Boleh tak ayang?" Sengaja aku menyertai drama spontan Ariff. Jangan ingat aku noob sangat.
Ketawa Ariff hampir pecah melihat mimik mukaku yang agak over. Namun aku tidak peduli, dia sepatutnya tidur di bawah. Jangan harap aku hendak sekatil dengannya selagi dia tidak melafazkan rasa sayang terhadapku. Nokhtah.
"Okay lah okay lah.. Aku tidur bawah. Kau menang sebab ni rumah kau. Nanti belah family aku, tahu lah nasib kau." Ujar Ariff dengan senyuman sinis. Ada je benda yang berjalan di dalam kepala otak tu.
"Bagus.."
"Habis malam pertama kita macam mana ni?" Soalnya tiba-tiba.
"Malam pertama apa nya? Kau gila ke apa? Ingat sikit kita kahwin ni kenapa? Kau sendiri yang pernah janji dengan aku tak akan sentuh aku kan? Hilang ingatan dah?" Aku memberinya jelingan tajam. Pandai betul nak ambil kesempatan.
"Ye lah.. Aku nak test je kau ingat ke tidak."
"Hmm yelah tu." Aku mencebik.
***
Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Mataku masih tidak boleh lelap. Mungkin disebabkan terlalu penat atau tidak berasa selesa dengan kehadiran lelaki lain di dalam bilik ini. Tubuh mengiring sedikit melihat Ariff yang sedang lena tidur di atas toto.
Wajahnya yang lena itu dipandang. Dengkurannya ku abaikan sahaja. Sekarang aku adalah isterinya. Perjalanan rumahtangga kami, masih samar-samar. Aku tak nampak yang Ariff serius dengan hubungan kami. Dia masih menganggap aku hanyalah temannya bukan isteri.
YOU ARE READING
LYDIA ✔
RomanceStart : 17 April 2020 End : 6 Mei 2020 Kerana Ariff tidak mahu di kahwinkan dengan Rita, aku menjadi kekasih olok-oloknya. Cukup syarat, hanya sampai Ariff bertemu dengan kekasih yang betul-betul serasi dengannya. Namun tak sempat kami bernafas...