Bab 9 : Merajuk

9.5K 252 32
                                    

Makin sakit hati Rita apabila Ariff akhirnya telah bernikah dengan perempuan lain. Kalau lebih cantik dirinya, tak apa lagi. Masalahnya 2 kali ganda buruk dan tak sepadan langsung dengan Ariff. Itu yang disimpulkan Rita setelah melihat gambar kahwin Ariff.

Dia menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri walaupun hati sudah terbakar dengan apa yang berlaku. Paling menyakitkan hati apabila Ariff langsung tidak mahu memberinya peluang untuk bertemu atau melihat penampilannya sekarang.

Dengan kecantikan yang di miliki oleh Rita, dia yakin Ariff bakal kecundang di kakinya. Belum ada lagi lelaki yang berani menolak kehadirannya, apatah lagi Ariff.

"Kenapa masam je muka tu, Rita?" Puan Sabrina muncul ketika anaknya sedang mengumpul kebencian terhadap Ariff dan isteri barunya. Berkepul-kepul api kemarahan membara di dalam hatinya.

"Sakit hati, ma."

"Sakit hati dengan siapa? Siapa pula yang sakitkan hati anak mama ni?" Puan Sabrina meletakkan punggung di atas sofa. Matanya masih setia memerhati wajah bengis Rita, satu-satunya anak yang di milikinya.

"Eiii, geram lah. Tak ada apa lah."

"Pasal apa ni? Tell me what is your problem? Mana tahu mama boleh tolong ke."

"Pasal Ariff lah, ma. Pasal siapa lagi kalau bukan dia."

"Laaa pasal Ariff ke? Rita tahu kan yang dia dah kahwin ? Tak kan Rita nak lagi dekat dia. Tak ada jodoh lah tu. Ramai lagi lelaki nak kan Rita kalau dia dah kahwin. Rita cakap je dengan mama siapa yang Rita nak. Sekarang juga mama pergi pinangkan."

Kata-kata Puan Sabrina makin membuatkan hati Rita terbakar. Bukan mamanya tidak tahu sejak dari bangku sekolah lagi dia telah menyimpan perasaan terhadap Ariff. Bertahun-tahun dia pendamkan hasrat untuk bertemu dengan lelaki itu sementara menghabiskan pengajian tingginya.

"Tak sama lah mama. Kalau Rita nak orang lain, berlambak dekat UM tu Rita boleh pilih. Tapi hati Rita ni memang nak dekat Ariff je. Dia je masa kecil yang boleh layan perangai Rita."

Keluhan terlepas dari mulut Puan Sabrina. "Kecik-kecik tu kan cinta monyet. Tak kan lah Rita nak bawa sampai ke tua." Dia tidak bersetuju dengan cara anaknya.

"Memang lah cinta monyet tapi tu dulu."

Rita turut mengakui pada asalnya hubungannya dengan Ariff hanya cinta monyet di waktu sekolah. Namun setelah dia menginjak dewasa, hatinya berasa sunyi dan sentiasa tercari-cari keberadaan Ariff.

Sikap Ariff yang pengecut itu begitu serasi dengan dirinya yang begitu lantang. Apatah lagi dia sudah dewasa dan memiliki pakej yang cukup lengkap. Sudah pasti Ariff akan terpikat dengannya. Mustahil tak berdarah hidung Ariff apabila melihat bentuk tubuh mempersona milik Rita. 

"Rita sayang.. Kita cari lah lelaki lain."

"Ma! Rita dah tebalkan muka tahu tak jumpa Untie Norah tu. Tiba-tiba mama nak minta Rita move on. Hell no!" Dia menolak mata ke atas tanda tidak bersetuju. 

Bukan main beria dia datang bertemu dengan keluarga Ariff supaya mereka berdua dapat di satukan bersama. Ingat tak tebal ke buat permintaan macam tu. Macam dah tak ada beza dah perigi dengan timba.

"Mama kalau tak mahu tolong Rita. Boleh diam tak?"Dia mendengus kasar.

"Mama cakap je. Dulu mama support sebab dia single. Sekarang dah berbini, tak kan lah Rita nak merebut pula."

"Suka hati lah Rita nak buat apa pun."

"Tak elok rampas suami orang."

"Eleh! Mama pun bini kedua. Merampas hak orang juga! Tak payah nak nasihat Rita lah kalau mama pun sama." Bidasnya lagi dengan pandangan menyampah ke arah Puan Sabrina.

LYDIA ✔Where stories live. Discover now