Selepas kejadian itu, hatiku makin sakit. Bukan masalah cintaku ditolak mentah-mentah. Tetapi mengapa Ariff langsung tidak mempunyai niat untuk menghargaiku? Apa salahnya jika kata-katanya ditapis sebelum dilepaskan.
Yelah bukan apa, siapa je nak tolong dia tu dalam keadaan terdesak macam ni. Suruh lah mana-mana perempuan pun, tak ada siapa yang nak. Aku ni pun berani tolong sebab memang dah syok dekat dia dari dulu. Kalau tak, jangan mimpi.
"Lydia, aku minta maaf okay?" Lenganku ditarik ketika aku cuba meloloskan diri ke dalam kereta untuk pulang ke rumah.
"Jangan sentuh lah" Seboleh-boleh aku cuba menolak tangannya yang cuba mengunci pergelangan tanganku daripada melarikan diri daripadanya.
"Aku minta maaf. Aku terlepas cakap malam tadi. Aku tak ada niat nak marah kau. Jangan lah macam ni.. Kalau kau tarik diri, habis lah aku kena paksa kahwin dengan Rita." Ah, dia masih memikirkan kepentingan peribadinya.
"Lantak lah kau nak kahwin dengan Rita ke apa! Kau tu dah besar, Ariff. Urus lah hidup sendiri." Tempelakku.
"Aku tahu.. Tapi ibu aku tu jenis mendesak. Kau pun tahu kan perangai dia macam mana. Tak kan lah aku nak jadi kurang ajar pula."
"Habis kau menipu dia ni?" Aku menjegilkan mata.
"Mana ada tipu, kita boleh jadi kekasih betul-betul kalau kau nak." Pandangan matanya dilarikan ke tempat lain.
"Hah?" Antena telingaku dapat menangkap butir bicaranya dengan jelas. Namun sengaja ingin mendera lidahnya untuk mengulang ayat tersebut. Biar kembang semangkuk hatiku.
"Kita bukan tipu ibu.. Kita jadi jela kekasih betul-betul kalau itu yang kau nak."
"Kalau aku nak? Habis kau?" Soalku semula.
"Aku? Aku biasa je.. Maksud aku, kita jadi kekasih betul-betul. Sampai masa kita jumpa pasangan kita betul-betul. Kita berpisah lah." Ariff menayang muka kasihan.
"Kiranya memang kau nak aku jadi kekasih olok-olok lah?" Ada rentak kecewa pada bicaraku.
"Alaaa, kau bukannya suka aku pun. Kita berlakon je lah. Tapi kalau nak betul-betul pun okay. Cuma dalam masa yang sama, kita cari la pasangan yang boleh serasi dengan kita."
"Kau ni.."
"Lydia, kau suka aku betul-betul ke?" Renungan Ariff memerangkapkan segala cinta yang sudah lama bertapak di dalam hati. Tidak ku sangka soalan itu keluar dari mulut Ariff.
Aku jadi gagap. Soalan Ariff membuatkan jantungku seperti hendak melompat dari soketnya. Pandangan mata dilarikan ke tempat lain bimbang jika Ariff dapat membaca reaksi wajahku.
"Kau gila ke apa? Mustahil aku suka kau! Dah lah lembik ! Tak power ! Takut aku kalau kahwin dengan kau, tak ada anak." Serta-merta aku mengutuknya dengan begitu laju demi menutup perasaan di hati.
"Apa kau cakap? Aku tak power? Aih, nak aku bukti kan ke?" Dia mengangkat kening sebelah kanan.
"Eleh, tengok muka pun dah tahu." Aku mencabarnya lagi.
"Dia main kasar. Baik, aku buktikan dekat kau sekarang juga."
Habis berkata begitu, kepalaku terus dipegang kuat dengan tangan sasa Ariff. Membuatkan aku tidak dapat bergerak. Ariff mendekatkan wajahnya ke mukaku, bahang mula terasa dan aku jadi tidak senang duduk.
Kedudukan kami terlalu akrab. Silap langkah mungkin kami boleh berkucupan. Nafas ditahan sambil melarikan pandangan apabila sepasang mata Ariff merenungku tajam. Jantung berpalu kencang.
"Ar..Ariff.." Tanganku cuba menolak dadanya.
"Kau nak aku buktikan?" Soalnya separa berbisik, seakan sedang menguji nafsuku. Dadaku semakin sesak, bakal mati lemas jika berterusan lama berada dekat dengannya sebegitu. Ariff menjatuhkan pandangannya pada bibirku.
YOU ARE READING
LYDIA ✔
RomantikStart : 17 April 2020 End : 6 Mei 2020 Kerana Ariff tidak mahu di kahwinkan dengan Rita, aku menjadi kekasih olok-oloknya. Cukup syarat, hanya sampai Ariff bertemu dengan kekasih yang betul-betul serasi dengannya. Namun tak sempat kami bernafas...