"Kau okay tak?" Soal Radin ketika aku baru keluar dari bilik air.
"Okay.." Jawabku perlahan. Sungguh hati ini masih berkecil dengan sikap Ariff yang endah tak endah dengan perasaanku. Malam tadi, fikirku mengubah panggilan nama adalah langkah pertama untuk kami berdua menjadi serasi sebagai suami dan isteri.
Namun yang terjadi lain pula. Apa dia fikir muka aku tak tebal cuba memberanikan diri untuk membahasakan diri saya seperti itu. Memang kalau ikut logik, benda macam hanyalah perkara yang remeh.
Teringat pula cerita temanku sewaktu dia baru bernikah 2 bulan. Niat untuk bermanja ketika mengejut suaminya dari tidur akhirnya menjadi perbalahan 2 hari. Katanya, orang perempuan ni bila dah kahwin dan terlalu sayang dekat suami, benda remeh pun dia boleh terasa hati sampai berbulan. Tak sangka sekarang aku dengan mengalaminya.
"Lydia..." Langkahku terhenti apabila tangan Ariff mencengkam pergelanganku. Sekaligus membuatkan aku menoleh dan merenungnya tajam, meminta dia melepaskan cengkamannya.
"Lydia.. Kalau kau betul-betul terasa hati dengan apa aku cakap malam tadi, I'm so sorry." Kata Ariff.
"Benda remeh tak kan aku nak ambil hati."
"See? Kalau kau menyindir macam ni, sah kau terasa hati. Kau period ke?"
Soalannya membuatkan aku memberinya jelingan maut. Asal bad mood je period. Ingat period tak ada perasaan ke asyik menanggung semua kesalahan moody orang perempuan.
"Lupakan je lah pasal malam tadi."
Dia tarik tanganku sehingga tubuhku terdorong mendekatinya. Rambutku yang masih basah disentuh lembut oleh Ariff. Pandangannya hanya dihalakan ke rambutku, bukan ke wajah. Lama dia diam sebelum bersuara semula.
"Kau isteri aku sekarang. Apa masalah kau, aku kena ambil tahu. Let say lah kau tak nak aku berpura-pura ambil berat pasal kau sebagai isteri. Tapi aku masih berhak ambil tahu pasal kawan baik aku kan?" Suara lembut Ariff di pagi-pagi subuh ini kedengaran sayu. Membuatkan hatiku yang panas membara ini semakin sejuk.
"Di mata kau, aku hanya kawan baik je?" Aku memberanikan diri untuk menanya soalan itu.
Tangan yang mencengkam pergelanganku dilepaskan. Kemudian ianya di bawa ke lengan seterusnya berhenti di bahu. Pandangan mata Ariff yang meneroka wajahku terhenti pada sepasang mata milikku.
"Lydia, kau tahu tak yang aku pernah suka kau dulu?" Soalan Ariff membuatkan aku kaget. Mana tidaknya, selama bertahun kami berkawan tidak sekali pun aku nampak tindak-tanduk Ariff seolah-olah menyimpan perasaan terhadapku.
Kelu, tiada jawapan.
"Kau tak tahu kan? Sebab kau tak pernah kisah. Sekarang, aku memang anggap kau sebagai kawan baik aku sahaja. Tak mungkin boleh lebih dari kawan kalau perkara itu yang kau harapkan." Kata-kata yang disusun dengan rapi membuatkan aku rasa terhenyak.
"Tapi dulu kau tak pernah bagitahu aku pun yang...." Kata-kataku dipintas.
"Untuk apa? Kalau kau peduli mesti kau nampak yang aku suka dekat kau dulu."
"Okay lah kalau macam tu."
"Dari awal aku dah cakap yang kita kahwin sebab kau tolong aku, bukan sebab kita berdua jatuh cinta."
"Tapi kau tak pernah menidakkan kalau kita jatuh cinta."Bantahku tanda tidak bersetuju.
Ariff meraup wajahnya. Matanya masih tetap merenung bola hitam mataku. Masih ada banyak lagi perkara yang ingin dia sampaikan ke telingaku. Sebab itu dia cuba mencari ayat yang sesuai agar aku faham keadaannya.
"Jujur aku cakap, aku tak cintakan kau." Kebenaran yang keluar dari mulut Ariff sudah ku ketahui lama. Namun mengapa pagi ini, kenyataan itu membuatkan aku rasa seperti hendak menjerit, meraung dan menangis.
YOU ARE READING
LYDIA ✔
RomansaStart : 17 April 2020 End : 6 Mei 2020 Kerana Ariff tidak mahu di kahwinkan dengan Rita, aku menjadi kekasih olok-oloknya. Cukup syarat, hanya sampai Ariff bertemu dengan kekasih yang betul-betul serasi dengannya. Namun tak sempat kami bernafas...