Malam itu, dek kerana terlalu teruja bakal dikenalkan sebagai kekasih Ariff di hadapan Mak Cik Norah. Maka, tubuhku di kenakan dengan sepasang baju kurung yang baru dibeli dengan Liana petang tadi. Bukan itu sahaja, wajahku yang jarang bersolek ni pun telah di warnakan apa yang patut bagi menaikkan seri. Siap google kau!
Walaupun ini bukan kali pertama aku akan bertemu dengan ibu Ariff. Namun, perasaan berdebar yang bertamu dalam hati detik ini melahirkan rasa luar biasa. Ini semua gara-gara rasa yang menggebu di dalam hati.
Atas permintaan Ariff, dia ingin menjemputku kerana ada banyak benda yang ingin di beritahu sebelum aku bertemu dengan ibu Ariff sebagai buah hatinya.
Bukan apa selama ini, aku dan Ariff hanya menjadi kawan baik. Tidak sangka bahawa hari ini aku akan menjadi kekasihnya walaupun cuma sementara. Sampai bila? Aku sendiri tiada jawapan.
Bunyi ngauman enjin dari luar rumah membuatkan fikiranku yang merewang kembali semula ke otak. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum langkah di atur keluar dari rumah.
"Hai," sapaku ramah dan terus menghenyakkan punggung di atas kerusi kereta Honda Civic milik Ariff.
"Wow ! Cantiknya kau.." Pujian Ariff membuatkan pipiku terasa panas. Malu.
"Ish, mana ada.."
"Macam lah nak jumpa bakal mak mertua betul-betul. Wey, kita ni berlakon je tau." Pesan Ariff dan dia telah membuatkan moodku berubah. Gigi diketap dan wajah Ariff ku pandang dengan pandangan semacam.
"Boleh tak ayat tu jangan nak menyakitkan hati?" Terus menempelaknya.
"Relax lah, aku gurau je."
"Gurau tu boleh tapi berelok lah sikit. Aku dah tolong kau pun kira bagus tau." Gumamku sambil memasang tali pinggang keledar.
"Okay, back to the topic. Ibu mesti terkejut gila nanti bila aku kenalkan kau sebagai awek aku." Dia berhenti seketika.
Ibu? Aduh, belum kahwin lagi dah bahasakan ibu. Aduh, kenapa lemah je telinga aku dengar semua butir perkataannya malam ini. Tanpa dapat ditahan, bibirku tersenyum.
"Yang kau senyum kenapa? Awek palsu, gila! Ingat sikit.."
Ish, dia ni kenapa? Asyik nak sakitkan hati aku je. Aku tahu lah yang aku ni awek palsu yang tak diiktiraf. Tapi jaga la sikit hati dan perasaan aku yang sudi membantu dia. Hmm.. Tarik diri kang baru tahu!
"Kau ni.."
"So, rasanya banyak benda kau dah tahu pasal aku. Kalau ibu aku tanya macam mana kita boleh bercinta. Kau cakap je yang kita berkawan lama-lama rasa serasi."
"Iya, aku tahu.."
"Kau jangan cakap bukan-bukan pula. Behave sikit perangai kau tu."
"Aku tahu lah. Aku ni anak dara, ingat aku tak faham ke." Gumamku, geram.
"Aku pesan je. Jangan lah marah." Ariff tarik senyuman dan meneruskan pemanduan. Sepanjang perjalan aku perasan matanya berkali-kali curi pandang ke arahku. Tak puas lah tu pandang! Huh! Tahu lah aku cantik malam ni.
***
Dalam pada aku sedang menenangkan jantung yang dipalu dengan gegendang. Tiba-tiba tanganku terasa dipegang oleh seseorang dari belakang. Pantas aku menoleh.
"Ariff?" Dahiku berkerut, terkejut dengan tindakan Ariff.
Dia menarik senyuman yang sungguh manis. Terpaku mataku melihat garis halus yang terlukis di wajahnya sekaligus menaikkan kekacakan di wajahnya. Airliur ditelan, menahan getaran di dada. Ariff ni tak ada lah handsome mana, tapi senyuman dia tu, boleh tidur tak lena di buatnya.
YOU ARE READING
LYDIA ✔
RomanceStart : 17 April 2020 End : 6 Mei 2020 Kerana Ariff tidak mahu di kahwinkan dengan Rita, aku menjadi kekasih olok-oloknya. Cukup syarat, hanya sampai Ariff bertemu dengan kekasih yang betul-betul serasi dengannya. Namun tak sempat kami bernafas...