Mata Ariff hampir terpejam saat mendengar cerita Rita tentang perjalanan hidupnya selepas habis SPM. Kali terakhir Ariff melihatnya ketika mereka di tingkatan 2. Selepas itu Ariff pindah sekolah. Tetapi di sekolah menengah, Rita kurang membulinya. Mungkin di sebabkan faktor umur dan pelajar yang terlalu ramai membataskan mereka untuk selalu terjumpa.
Badan Ariff betul-betul letih dan penat. Hendak sahaja dia memberitahu Rita bahawa dia sudah mengantuk. Namun melihat keterujaan Rita bercerita macam-macam, Ariff pendamkan sahaja niatnya.
Kalau dia lepaskan peluang sekarang, belum tentu akan datang lagi peluang sebegini. Entah bila dia akan bertemu lagi dengan Rita selepas ini. Jadi dia korbankan sahaja lah mata tu buat sementara waktu. Kejap lagi balik, rehat lah puas-puas sampai esok. Fikir otak Ariff.
Kuat betul penangan orang cantik ni.
"Lepas habis SPM, saya beria cari awak." Kata Rita setelah 5 minit diam, mencari topik baru.
Ariff angkat pandangan, melihat wajah Rita. "Kenapa?"
"Saya kan dari sekolah rendah suka awak. Bila awak pindah sekolah, saya sedih sungguh. Tapi sebab saya nak kejar cita-cita saya untuk masuk UM, saya lupakan sekejap pasal awak dan fokus pada pelajaran."
Ariff angguk dalam senyuman. "Kenapa awak suka saya eh dari dulu?"
"Entah lah Ariff, maybe awak je boleh terima saya."
"Kenapa masa ibu nak jodohkan saya dengan awak, bila saya tolak awak diam je. Awak dah cantik dan lain sekarang. Mesti awak yakin untuk tunjukkan diri awak dekat saya."
"Saya pernah tunjukkan diri tapi awak tak kenal saya." Rita ketawa kecil mengingatkan ada satu hari dia datang ke pejabat Ariff untuk tunjukkan penampilan barunya terhadap Ariff. Namun kecewa setelah melihat Ariff sedang bersama dengan seorang wanita yang sekarang sudah menjadi isterinya.
"Isteri awak tu... Dah lama ke kenal?" Rita pandang dengan ekor matanya. Sudah lama dia ingin tahu semuanya tentang Lydia.
"Lama dah kenal, dia satu-satunya perempuan yang saya berani kawan sebab saya fobia dengan perempuan lepas apa yang awak buat. Dia kawan baik saya dan akan tetap kekal macam tu."
"Maksud awak?" Dahi Rita berkerut. Walaupun dia faham apa yang cuba disampaikan oleh Ariff. Namun sejujurnya dia tidak mahu terlalu cepat membuat andaian. Apa yang kita faham tak semestinya sama dengan apa yang orang lain cuba sampaikan.
"I'm not in love with her." Hanya frasa ringkas namun sudah cukup membuatkan senyuman Rita koyak sehingga ke pipi. Peluang terbentang luas di hadapannya. Tak sangka, dia tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan Ariff. Tetapi lelaki ini yang sedang menyerahkan dirinya.
"Tapi dia kan isteri awak."
Belum masanya lagi untuk Ariff memberitahu Rita kenapa dia berkahwin dengan Lydia. Hubungannya dengan Rita masih belum kukuh. Entah esok atau lusa mungkin Rita boleh berubah hati. Jadi lebih baik dia ambil langkah berjaga-jaga.
"Sebab kami dah kawan rapat. Why not give a try?"
Dahi Rita berkerut. "Kalau tak sayang, ceraikan. Kesian kalau dia merana." Dia diam sejenak dan kembali bersuara. "Kalau dah cerai, belum ada pengganti, yang di sini setia menanti." Rita harap Ariff faham maksudnya.
Ariff pandang anak mata Rita. Dia tidak boleh tipu yang saat dan ketika ini, hatinya begitu teruja untuk mengenali Rita dengan lebih rapat. Kalau tidak kerana fikirkan Lydia, sekarang juga dia ajak Rita menjadi kekasihnya. Tetapi dia tidak boleh terlalu gelojoh.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Rita jadi tersipu-sipu.
"Masa saya kahwin pun, saya tak pernah rasa sebahagia sekarang ni, Rita." Ucap Ariff lembut. Dia lupa diri. Lupa dia adalah suami kepada seorang wanita yang sedang menantinya setiap detik. Di sebabkan matanya di kaburi dengan kecantikan Rita, dia terus lupa segala pengorbanan insan yang bernama, Lydia.
YOU ARE READING
LYDIA ✔
RomanceStart : 17 April 2020 End : 6 Mei 2020 Kerana Ariff tidak mahu di kahwinkan dengan Rita, aku menjadi kekasih olok-oloknya. Cukup syarat, hanya sampai Ariff bertemu dengan kekasih yang betul-betul serasi dengannya. Namun tak sempat kami bernafas...