Bab 7 : Nikah

6.9K 266 18
                                    

Hari yang dinantikan telah tiba. Pagi tadi jam 11 setelah diijabkabulkan dengan Ariff, aku lihat senyumannya tidak lekang dari bibir. Dia nampak seperti bahagia selepas sah menjadi suamiku. Namun isi hatinya sebenar, tidak ku ketahui.

Begitu ramai sanak saudara yang hadir ke majlis pernikahan kami. Keluargaku akan membuat majlis persandingan 3 bulan lagi daripada sekarang. Begitu juga dengan majlis sambut menantu keluarga Ariff. Kami hanya diakadkan dahulu hari ini.

"Lama lagi ke?" Ariff datang dari arah belakang dan berbisik halus ke telingaku. Terus menegak segala bulu roma.

"Haaa, kejap je sikit lagi." Jawabku ringkas. Mata tidak memandangnya kerana sibuk melayani beberapa teman dari zaman belajarku. Sudah bertahun tidak bertemu. Kahwin ni baru lah dapat jumpa.

Keluhan dilepaskan. "Lydia, nak air."

"Air apa?" Balasku sedikit kasar.

"Air love you." Jawabnya ringkas dan didengari oleh beberapa temanku yang berada di situ. Terus mereka melepaskan tawa dan wajahku sudahberubah rona kemerahan. Bukan sebab aku malu dia cakap macam tu tapi aku malu dapat suami main pick up line budak sekolah. 

"Jangan nak mengada. Ambil lah sendiri, macam tak biasa dengan rumah aku." balasku dengan suara separa berbisik.

"Ambilkan lah. Aku malu lah mak saudara kau ramai dekat belakang tu." 

Hei mengada pula laki aku ni. Aku mendengus perlahan dan meminta izin temanku untuk beredar setelah beberapa keping gambar diambil. Wajah Ariff dipandang dan dia hanya menyengih seperti kerang busuk. 

"Kau memang sengaja je kan." 

"Dapat pahala tau tolong suami." 

"Ha yelah pahala. Kau masuk bilik dulu, nanti aku datang bawakan air. Nak air masak ke manis?"Sempat aku menyoal sebelum dia hilang dari pandangan. 

"Manis-manis cinta kita." 

Dah kenapa mamat ni. Dapat kahwin terus jadi tak betul agaknya. Ni lah masalah kuat sangat main tiktok lepas tu peminat tegar Alief Irfan dekat youtube tu. Begini lah hasilnya, dapat kahwin terus dipraktiskan pickup line yang di dengari dari laman youtube itu.

"Aku syak kau ni wayar putus. Aku bagi air masak je lah eh." Malas hendak melayaninya aku terus mengambil gelas. 

"Eh, tak tak..gurau je.  Buatkan air kopi tapi kurang manis."

"Okay, kejap lagi aku hantar." Balasku tanpa memandang wajahnya. Kopi yang ada di dalam bekas diambil dan diletakkan uncangnya ke dalam gelas. Air panas dituang bersama agar kedua-dua bahan tersebut sebati. 

***

Pintu bilik ditolak. Kalau dahulu, bilik ini sering di kongsi dengan Liana, namun kini ianya telah menjadi hak kekal aku dan Ariff. Mungkin setelah kami berdua mencari rumah sendiri, hmm bilik sendiri?  Kau nak kahwin berapa lama dengan dia, Lydia?  Terus angan-angan itu dimusnahkan.

Liana? Dia akhirnya dapat memiliki biliknya sendiri . Rumah kami memang mempunyai 4 buah bilik. Namun Liana telah dipaksa sebilik denganku di sebabkan aku seorang penakut. Takut untuk tidur sendirian di waktu malam.

Sewaktu kaki kananku melangkah masuk, tubuh dihurung rasa sejuk kerana penghawa dingin telah di tetapkan bersuhu 16 darjah.  Sambil mataku mencari kelibat Ariff, tanganku mengambil remote penghawa dingin dan suhunya di naikkan.

"I can warm you if you want." Ariff muncul dari belakang pintu dengan senyuman miang keladi. 

Aku tarik muncung kerana faham dengan maksudnya. Jelingan maut di hadiahkan buatnya. Jangan ingat kita dah sebilik kau boleh nak menggatal. Aku karate nanti. Gelas yang berisi air kopi diletakkan di atas meja.

LYDIA ✔Where stories live. Discover now