5 : Aku suka kau

5.8K 244 50
                                    

Angin yang menampar kulit halus Rita membuatkan jiwanya berasa sedikit damai meskipun beberapa minit yang lalu, hatinya panas apabila dikhabarkan bahawa keluarga Ariff tidak jadi untuk menyatukan mereka berdua.

Nafas ditarik dalam-dalam cuba menyejukkan hati yang bergelora. Dia maju setapak mendekatkan wajah pada cermin besar yang tergantung pada dinding biliknya.

"Ariff tu bodoh.. Dia tak jumpa lagi aku sekarang. Dia tak tahu ke Rita yang sekarang bukan macam dulu.." Ujar Rita sendirian sambil membelek tubuhnya yang langsing.

"Dia mesti menyesal sebab tolak aku." Kata Rita lagi yang kini memiliki kulit kemerah-merahan setelah melakukan banyak treatment yang makan hampir berpuluh ribu.

Memang dia bukan Rita yang dulu. Seorang gadis gemok hitam dan kasar. Wanita hebat yang sedang berdiri di hadapan cermin ini sudah berubah secara menyeluruh. Dia sangat yakin Ariff akan terpegun melihatnya.

Ke mana sahaja Rita pergi, pasti ada mata-mata nakal yang sering mencuri pandang terhadapnya. Kulit putih halus, memiliki tubuh tinggi lampai dan senyuman yang cukup manis.

Tapi ada satu yang tidak berubah ; perasaan Rita terhadap Ariff.

"Rita, are you okay?" Puan Sabrina muncul di sebalik pintu bilik Rita. Ingin menjengah dan melihat keadaan anak tunggalnya.

"Rita nampak okay ke?"

"Sayang, I know you feel bad. Tapi Ariff bukan satu-satunya kumbang yang wujud." Puan Sabrina mendekati Rita, rambut beralun yang di warnai dengan merah gelap disentuh dan dibelai.

"But I want him! Dari dulu Rita suka dia.. Apa kurangnya Rita sekarang, ma?"

"Mungkin sebab Ariff tak jumpa lagi anak mama yang hot ni. Kalau dia jumpa.."

"Sebab tu mama kena fikir macam mana nak buat Ariff tengok Rita sekarang."

"Mama tak tahu lah sayang. Auntie Norah cakap Ariff tak nak jumpa Rita dan dia ada orang untuk menggantikan rancangan kita semua untuk jodohkan Rita dengan Ariff."

"Apa ni ma! Benci lah macam ni. Si Ariff tu jangan sampai Rita kembali gemuk dan pembuli macam zaman sekolah. Geram pula hati iolls ni." Rengus Rita kasar.

"Rita..Relax.. Jangan nak tunjuk sangat keturunan Rika Sumanto tu boleh tak?" Tegur Puan Sabrina.

Satu sikap anaknya yang masih tidak berubah adalah kuat bentak. Sejak kecil dia sudah biasa hidup dengan segala keinginannya akan dipenuhi. Sampaikan cinta monyet dengan Ariff pun tetap akan membuatkan dia naik angin jika tidak tercapai.

Tidak sangka rupanya cinta monyet Rita membawa sehingga ke besar. Wanita yang baru tamat menyambut master di Universiti Malaya ini kembali menuntut cinta lamanya apabila dia sudah bersedia untuk berkahwin.

"Mama ni! Sakit tau hati Rita ni bila Ariff jual mahal macam tu. Dari sekolah dia jual mahal. Ish!" Rengus Rita sampai menumbuk meja almari soleknya.

"Sabar sayang.."

"Pujuk lah Auntie Norah tu.. Rita jamin bila Ariff dah tengok Rita sekarang mesti dia akan terpukau. Ma! Pinggang Rita 20 okay! Kalah Che ta.." Tubunya dipandang melalui cermin gergasi tadi.

"Iya, Saloma pun kalah.."

"Kulih Rita putih kemerahan kalah Emma Maembong.." Dia masuk bakul angkat sendiri.

"Iya, memang Emma Maembong pun kalah.. Gila anak mama ni perfect kot. Bibir seksi macam Nora Danish, suara mengghairahkan macam Nor Sajat. Gila glamor anak aku ni oi!" Beria-beria Puan Sabrina mengampu anak gadisnya.

LYDIA ✔Where stories live. Discover now