Nafas di tarik dalam-dalam. Segala kebencian yang bersarang di dalam hati tentang Ariff cuba disingkirkan. Walaupun aku tahu malam tadi, hati ini telah tekad untuk membencinya. Namun bila difikirkan semula, Ariff temanku bertahun-tahun malah sekarang dia adalah suamiku. Jadi tidak berbaloi jika aku ingin mengegokan diri hanya kerana dia tidak mencintaiku.
Jam 8 pagi, aku terus keluar membantu ibu mertuaku menyediakan sarapan pagi. Ariff yang sedang tidur lena memang sengaja tidak mahu aku ganggu. Lagipun malam tadi dia keluar lepak dengan teman-temannya dan pulang ke rumah hampir jam 1 pagi.
"Ariff tak bangun lagi, Lydia?" Soal ibu saat kelibatku memasuki ruang dapur.
Senyuman ditarik. "Tak bu.. tidur lagi dia."
"Dah bangun subuh belum si Ariff tu?"
Aku garu kepala yang tidak gatal. Kerana aku tidak pasti jika Ariff sudah solat subuh atau pun belum. Memang beberapa hari ini kami selalu mendirikan solat subuh bersama. Namun pagi tadi puas ku kejut Ariff, bukan main liat dia hendak bangun. Sudahnya, ku biarkan sahaja dia bangun sendiri. Itu pun kalau bangun lah.
"Dah kot ibu. Ariff mengantuk balik tu yang dia tidur semula. Malam tadi kan balik lewat sangat." Jawabku antara yakin ataupun tidak.
"Lydia tengok-tengok kan lah Ariff tu ya. Kalau masa bujang, liat betul nak kejut. Bujang-bujang kan selalu balik lewat malam. Bila subuh bukan main lagi payah nak kejut."
"Hmmm.. biasa lah bujang bu."
"Tak boleh cakap macam tu, wajib tu tetap wajib." bangkang Puan Norah.
Rasa malu pula apabila ditegur begitu. Bukan aku tak tahu tentang agama. Tetapi kadangkala disebabkan ego, benda penting macam tu pun boleh ambil ringan begitu sahaja. Keluhan dilepaskan dan wajah ibu dipandang.
"Ibu.. apa tipis nak buat suami makin sayang dekat kita?"
"Aik? Kenapa? Ariff dah tak sayang dekat Lydia ke?" Tangan ibu yang sedang memotong ayam terhenti. Dia menoleh memandangku sambil menantikan jawapan yang bakal keluar dari mulut.
"Er..." Bibir bawah digigit. Diriku dihurung rasa serba salah. "Mana tahu kalau satu hari..."
"Nak tackle anak ibu tu mudah je. Dia suka makan, jadi Lydia masak sedap-sedap. Lepas tu jangan lupa malam-malam pakai baju seksi-seksi sikit. Ibu kan dah belikan Lydia tiket honeymoon lusa. Masa ni lah Lydia nak ambil hati Ariff." Bisik Ibu perlahan takut didengari suaminya.
Pakai baju seksi? Aku telan airliur. Kalau pakai baju seksi maknanya aku kena serahkan tubuhku kepada Ariff. Bersediakah aku? Kalau Ariff telah memilikiku luar dan dalam, bagaimana jika tiba-tiba dia ingin menceraikan ku? Kemudian aku mengandung? Aku tak nak besarkan anak itu seorang diri. Jauhnya kau fikir, Lydia.
"Termenung apa? Normal lah baru-baru kahwin ni malu sikit. Malam pertama hari tu pun mesti Ariff start dulu kan? Haaa ni ibu ajar. Sesekali Lydia kena start dulu."
Gurlp. Mak mertua aku ni dah kenapa? Lain tips yang aku minta tips dalam kelambu yang aku dapat. Padahal badan aku pun Ariff tak pernah tengok apatah lagi rasa.
"Jangan malu.." Bahuku ditampar. "Nanti masa pergi honeymoon, ibu bagi tips untuk buat Ariff tergila-gilakan kamu. Nak tak?" Ibu mengenyitkan mata tanda dia sentiasa ada dibelakangku dan menyokong semua perkara yang hendak aku lakukan.
"Er.. Boleh juga macam tu." Dalam berat aku menerima tawaran ibu. Mana tahu kalau tips ibu ni betul-betul boleh buat Ariff jatuh dalam dakapanku. "Bu.. kejap ya, saya nak naik kejap. Sakit perut."
"Ha elok sangat lah tu. Kejut sekali si Ariff sebelum ibu yang naik kejut."
***
Pintu bilik ditolak dengan perlahan. Mataku terus terarah pada satu susuk tubuh yang meringkuk di bawah selimut. Timbul rasa kasihan terhadapnya walaupun hatiku kadang-kala berasa benci dan meluat dengan sikapnya.
YOU ARE READING
LYDIA ✔
RomansaStart : 17 April 2020 End : 6 Mei 2020 Kerana Ariff tidak mahu di kahwinkan dengan Rita, aku menjadi kekasih olok-oloknya. Cukup syarat, hanya sampai Ariff bertemu dengan kekasih yang betul-betul serasi dengannya. Namun tak sempat kami bernafas...