2 : Please, Lydia

8.3K 305 12
                                    

Ariff termenung memandang gambar Lydia yang baru dimuat naik di dalam instagram. Wajah gadis yang kecil molek itu ditatap.

Boleh ke Lydia menjadi kekasihnya? Memang hubungan dia dengan Lydia tidak akan melebihi daripada seorang kawan. Tetapi sepanjang Lydia bakal menjadi kekasih sementaranya, dia akan meluangkan masa begitu banyak dengan Lydia.

Tapi, apa kurangnya Lydia? Gadis itu memang tidak secantik Zahirah McWilson dan Hannah Delisha. Namun, mata bundar yang dimiliki oleh Lydia, menaikkan seri wajahnya. Apatah lagi berkulit cerah dan bersih, saham pun mahal cuma kasar sedikit.

Ah, tak apa. Aku try Suraya dulu. Kalau Suraya pun tak boleh, baru aku akan pertimbangkan Lydia. Fikir akal Ariff.

Lebih kurang 10 minit menunggu di dalam kereta sambil stalk akaun instagram Lydia. Akhirnya, tingkap keretanya diketuk oleh seseorang. Cepat-cepat Ariff membuka kunci kereta untuk mengizinkan Suraya, rakan sekerjanya masuk.

"Apa hal you nak jumpa I? Boleh je nak cakap dalam office. Terkejar-kejar tau I nak lunch tadi." Omel Suraya sambil mencari telefon bimbitnya di dalam beg tangan yang berwarna biru gelap.

"I.. er.. I ada benda nak minta tolong you." Keningnya digaru. Dia jadi serba salah untuk meminta bantuan yang di rasakan besar daripada Suraya.

"What?" Kesibukan Suraya terhenti apabila telefon bimbitnya telah dijumpai. Wajah Ariff dipandang pula. Senyuman tipis terukir pada garis halus wajahnya.

Suraya memang cantik. Walaupun dia berkulit agak sedikit gelap, namun raut wajahnya cukup manis. Di tambah dengan tubuh langsing dan lembut bicaranya, membuatkan Ariff berani untuk meminta bantuannya.

"Er, boleh tak kalau you ikut I jumpa parents I malam ni?" Satu persatu perkataan itu keluar dari mulutnya.

"What? Kenapa pula I nak kena jumpa parents you?" Riak wajah Suraya agak terkejut. Mana tidaknya, angin tak ada ribut tak ada. Tiba-tiba ajak jumpa mak ayah? Gila apa kejadahnya si Ariff ni.

"Okay, let me explain everything. As you know yang I ni single. Tapi ibu I nak I kahwin kalau tak dia nak jodohkan I dengan perempuan yang I tak suka. So, I dah terlepas cakap yang I have somebody. So sekarang.. You faham kan?"

"Okay look Ariff.. I tahu you ada masalah. Tapi menjadikan I gantinya adalah tidak tepat. I dah ada boyfriend. Nanti apa kata dia kalau tahu I buat semua ni." Lembut Suraya menolak.

Aduh, kenapa selama ni Ariff tidak mengetahui bahawa Suraya sudah mempunyai buah hati? Diam-diam ubi berisi juga si Suraya ni. Tak pernah pula dengar dia dah ada kekasih. Patut lah tak pernah ada dengar gosip dia dengan mana-mana rakan sekerja. 

Ariff terdiam. Lidahnya kelu tiada balasan.

"I tak rasa ini jalan terbaik. Cuba terus-terang dan pujuk ibu you." Tambah Suraya apabila dia merasakan bahawa Ariff sedang menemui jalan buntu.

"I minta maaf tapi.. I bukannya bercinta betul-betul dengan you. Kita cuma berlakon je."

"I faham, tapi I bukan calon yang sesuai. Bila I setuju, bermakna I kena bagi komitmen dengan you. So macam mana dengan bf I?" Tekan Suraya.

"Su, even just for a night?"

"Sorry Ariff. I can't..  I have to respect my boyfriend."

Nafas berat terlepas dari mulut Ariff. Dia mati kutu. Suraya tidak berjaya dipujuk. Jadi, ini bermakna giliran Lydia untuk dijadikan pilihan terakhir. Nak ataupun tak, dia harus menggunakan khidmat Lydia.

"It's okay.. I faham.."

"I'm sorry, Riff."

***

LYDIA ✔Where stories live. Discover now