Sekolah Menegah Carat bukan sahaja menempatkan para pelajar yang hebat dalam pelajaran dan sukan malah golongan elit yang kaya-raya dan berpengaruh.
Dɪ ꜱɪɴɪ, ᴀɴᴅᴀ ᴛᴇʀʙᴀʜᴀɢɪ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Dɪᴀᴍᴏɴᴅ ᴅᴀɴ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Bᴜɴɢᴀ.
Jᴀɴɢᴀɴ ʀɪꜱᴀᴜ, ꜱɪꜱᴛᴇᴍ ʙᴀʜᴀʀᴜ ʙ...
Sekolah elit yang ditubuhkan di Tokyo, Jepun untuk menempatkan para pelajar yang berprestasi tinggi dalam akademik dan sukan. Namun, golongan majoriti dalam sekolah ini ialah golongan elit yang berpengaruh dari dalam dan luar negara. Golongan minoriti merupakan mereka yang ditaja biasiswa sepanjang semester selagi mereka mencapai prestasi minimum. Pengetua sekolah ini ialah Kim Sera, ibu kepada pelajar Hong Miyeon.
Walaupun begitu, terdapat khabar angin menyatakan bahawa korupsi berlaku dalam kalangan golongan atasan sekolah itu kerana terdapat sejumlah besar pelajar tajaan biasiswa yang ditempatkan dalam golongan Bunga.
Para pelajar dibahagi kepada dua golongan besar iaitu golongan Bunga dan golongan Diamond. Mereka dipisahkan melalui lencana khas yang diberikan pada setiap permulaan semester baharu.
Bagi golongan Bunga, lencana mereka merupakan sekuntum bunga carnation putih yang diperbuat dari perak. Mereka ialah para pelajar dari kelas C sehingga F. Kebanyakan mereka ialah pelajar tajaan biasiswa.
Bagi golongan Diamond, lencana mereka berbentuk berlian yang bersinar dan diperbuat daripada emas. Mereka ialah para pelajar dari kelas S sehingga B. Kebanyakan mereka ialah golongan elit yang berpengaruh besar.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Satu sistem baharu telah diperkenalkan pada semester itu di mana golongan Diamond ditugaskan untuk mengajar para pelajar golongan Bunga sepanjang semester itu. Ada yang katakan bahawa pengenalan sistem ini adalah untuk menjatuhkan khabar angin korupsi yang sudah berleluasa.
𝙼𝚊𝚒𝚗 𝙲𝚑𝚊𝚛𝚊𝚌𝚝𝚎𝚛𝚜
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.