Sinaran pagi baharu menyinari bilik tidur Isabel yang besar dan terbuka. Jam pada dinding menunjukkan pukul 9:30 pagi - kejap lagi rakan-rakannya akan tiba untuk study session.
Isabel mencapai lipstick pada meja lalu dipakai pada bibirnya. Rambutnya yang naturally curly itu dikeringkan dengan teliti lalu dihiasi dengan klip rambut yang pelbagai.
Pintu diketuk. "Yes?"
"Sayang, mama ada sediakan snek dan air manis dalam peti sejuk ok?" Ibu Isabel, Puan Marianne mengintai ke dalam biliknya dengan senyuman manis.
Isabel mengangguk. "Ok mama. Kami belajar di ruang tamu nanti," dia katakan sambil memakai mascara.
"Baiklah. Nanti mama minta supaya adik kamu tidak kacau sesi belajar kamu," ibunya katakan. Isabel mengangguk lalu ditinggalkan oleh ibunya yang keluar untuk mengurus adik-adik yang kecil.
Setelah memakai setting spray agar make-up tidak luntur dengan pantas, Isabel meninggalkan biliknya bersama buku, tablet dan alat tulis.
" Cik muda, your friends are here," Giovanni - butler mereka panggil dari pintu utama apabila Isabel menuruni tangga.
"Oh ok! Bawa mereka ke living room please, Mr Giovanni," Isabel katakan. Dia meletakkan bahan belajar atas meja dan segera ke dapur untuk menyediakan makanan yang ibunya pesan tadi.
Menuruti kata-kata cik muda itu, Giovanni membenarkan gadis-gadis itu masuk.
" Thank you, Mr Giovanni, " Daphne senyum sambil memasuki rumah agam itu bersama-sama Izumi dan Lucille.
Lelaki tua itu mengangguk dan menutup pintu itu perlahan. "Mari saya bawa kamu ke ruang tamu."
Gadis itu mengikuti Mr Giovanni ke ruang tamu. Di situ, Isabel sudah menyediakan snek dan pink lemonade.
"Hey guys!" gadis itu senyum.
"Good morning, Isabel," Izumi senyum dan mengambil tempat duduk bersama yang lain. Mr Giovanni memasang TV besar sebagai hiburan bagi mereka.
"Mana yang lain?" Isabel tanya sambil menuang minuman dalam gelas.
"Joshua call tadi - mereka di stesen kereta api sekarang," Daphne mengambil segelas dan meneguk air itu laju. Haus.
"Ohh.. Kejap lah lagi tu." Isabel memerhatikan kawan-kawannya lalu mengangkat kening. Dia sedar kehilangan seseorangan.
"Mana Miyeon?"
YOU ARE READING
svt | rich presidents club
FanfictionSekolah Menegah Carat bukan sahaja menempatkan para pelajar yang hebat dalam pelajaran dan sukan malah golongan elit yang kaya-raya dan berpengaruh. Dɪ ꜱɪɴɪ, ᴀɴᴅᴀ ᴛᴇʀʙᴀʜᴀɢɪ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Dɪᴀᴍᴏɴᴅ ᴅᴀɴ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Bᴜɴɢᴀ. Jᴀɴɢᴀɴ ʀɪꜱᴀᴜ, ꜱɪꜱᴛᴇᴍ ʙᴀʜᴀʀᴜ ʙ...