𝚌𝚑𝚊𝚙𝚝𝚎𝚛 𝟹𝟺

27 2 4
                                    

senyap lucille memerhatikan kerja rumah literature yang hambur atas mejanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

senyap lucille memerhatikan kerja rumah literature yang hambur atas mejanya. pen dalam tangan itu berputar-putar seperti kipas atas siling tinggi. matahari yang terik itu memancarkan sinarannya ke dalam ruang tamu rumah agam keluarga li pada hari pertama bulan julai.

dino yang sudah siap bertempur dengan 5 latihan kerja rumah itu akhirnya tewas kepada haba dan kepenatan. "panasnya.. penatnya.."

dia raung kepenatan sambil mengipas dirinya menggunakan salah satu buku latihan.

"kau nak aku turunkan lagi suhu aircon ke?" lucille mengambil remote pendingin hawa yang diletakkan pada dinding lalu menurunkan suhu bilik itu.

akhirnya dino mula berasa lega dan menghembuskan nafas panjang. "thanks, lucy.."

dia tersenyum keanak-anakan membuatkan lucille tersenyum kecil juga. setelah semua yang berlaku di sekelilingnya, lucille lega dapat tenang berdekatan dengan dino.

dia seperti sinaran matahari yang mampu memberikan satu perasaan riang dan gembira pada hari-hari suram. lucille yang biasanya gemar bersendirian itu juga mula berasa selesa bersama-sama dino.

"hei pasal daphne tu.." suara dino mula menunjukkan perasaan risau. "dia akan ok ke?"

lucille tunduk, menjauhi pandangan dino. beberapa minggu ini, kehidupan daphne menjadi kucar-kacir.

adiknya, ianthe dituduh mencuri dompet rakannya di sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

adiknya, ianthe dituduh mencuri dompet rakannya di sekolah. adiknya satu lagi, apollo mula dilanggar kereta semasa pulang dari sekolah - mujurlah hanya terseliuh dan luka ringan. ibunya pula mula menerima surat-surat layang setiap hari yang berunsur ugutan.

daphne di sekolah juga tidak terkecuali. setelah kes bangkai burung dalam loker kasut, si penjahat mulai menjadi berani. mejanya menjadi mangsa vandalism dengan kata-kata kesat, gambar-gambarnya dengan tanda X yang besar ditampal di sekitar sekolah dan barang-barang penting seperti tablet dan selipar sengaja disembunyikan.

semakin hari, senyuman daphne mulai pudar. gadis yang biasanya tersenyum dan menjaga orang lain itu mula menjadi pucat serta penat. bagaikan satu mayat yang menghantui sekolah menengah carat.

svt | rich presidents club Where stories live. Discover now