Yuta murung melihat gelagat 5 gadis tu. I mean, he wasn't the only one.
Wonwoo pun tidak tahu bagaimana nak respond. Dia hanya berdiri di sebelah Dino yang blur.
"Apa maksud puan pengetua??"
Pengetua Kim tersenyum. Gadis-gadis itu menenangkan diri dan membaiki pemakaian dan rambut mereka yang hancur.
"Sistem ni saya beritahu kamu terlebih dahulu kerana saya nak semua orang di sekolah ni percayakan sistem ni," dia melihat gadis-gadis itu.
"Kamu berlima merupakan aset penting bagi sekolah ni. Keluarga kamu telah menaruhkan harapan tinggi agar kamu akan berjaya selepas graduasi. Kami juga berharap banyak dengan kemurahan hati keluarga kamu."
Mata duitan, hati Suga jerit. Dia memandang lain dengan jelingannya yang tajam.
"Sebab itulah saya percayakan pelajar baharu ni di bawah pengajaran kamu. Saya pasti kamu dapat lakukannya!" dia cuba memberikan motivasi.
Mereka hanya memandang satu sama lain.
"Saya tolak," lantang suara Lucille katakan. Dia memeluk tubuh dan jelingannya sejuk seperti ais.
Rasanya, pisau pun boleh terbang keluar dari matanya.
"Macam suami puan pengetua cakap. Ni hanya akan membuang masa kami. Kami ada research dan experiments nak siapkan juga pada waktu petang," cara penyampaian itu agak menjengkelkan bagi Yuta dan Suga.
Mereka menahan kemarahan yang membara dalam hati.
"Takkanlah nak luangkan masa tu untuk mengajar orang yang boleh belajar sendiri kan?" dia mengangkat kening.
Pengetua Kim hanya bertentang mata dengan gadis yang berani itu.
YOU ARE READING
svt | rich presidents club
FanficSekolah Menegah Carat bukan sahaja menempatkan para pelajar yang hebat dalam pelajaran dan sukan malah golongan elit yang kaya-raya dan berpengaruh. Dɪ ꜱɪɴɪ, ᴀɴᴅᴀ ᴛᴇʀʙᴀʜᴀɢɪ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Dɪᴀᴍᴏɴᴅ ᴅᴀɴ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Bᴜɴɢᴀ. Jᴀɴɢᴀɴ ʀɪꜱᴀᴜ, ꜱɪꜱᴛᴇᴍ ʙᴀʜᴀʀᴜ ʙ...