"Hei Daph!!" gadis itu berhenti terkejut. Tangannya berhenti menggeletar apabila dia melihat kumpulan rakan-rakannya mendekati.
"Kamu semua.. " Dia tidak mampu berkata apa-apa sebaik sahaja dia perasan bunga, buah-buahan dan hadiah yang beserta mereka itu. "Tak perlulah susah-susah datang sini--"
"Sudah di sini juga. Takkanlah nak balik tanpa buat apa-apa kan?" cool Yoongi katakan sambil menyisir rambut depannya ke belakang. Dalam tangannya, satu bouquet bunga yang beraneka jenis - ros kuning, crysanthenum dan carnation antaranya.
"Uncle Sebastien ok tak?" Miyeon dengan casual memanggil ayah Daphne sebagai uncle.
Gadis itu mengangguk kecil. Kedua-dua tapak tangannya digosok untuk menghangatkan badan di tengah hospital sejuk itu. "Ayah ok cuma kalau boleh jangan bising-bising dalam ward."
"Dengar tu, dinosaur?" Lucille menjeling.
Dia memberikan muka sedih. "Kenapa pula aku?"
Akhirnya Daphne mampu tergelak kecil sehingga dia sedar kehilangan dua orang ahli. "Mana Josh dan Yuta?"
"Umm..." otak Miyeon mencari-cari alasan kukuh. Akhirnya, dia bertanya Wonwoo secara telepati.
"Josh-hyung ada urusan. Dia akan datang kejap lagi. Yuta tu.." dia menggaru kepalanya yang langsung tak gatal.
"Kau kenal juga perangai dia kan.." malu Wonwoo nak panggil Yuta kawan saat itu.
"Ohh.." Daphne tunduk untuk menyembunyikan kesedihan dalam hati. Entah kenapa dia menunggu kehadiran Joshua.
Hatinya remuk apabila jejaka itu tidak menjenguk dia langsung.
Dia mengeluh untuk hilangkan rasa sakit itu lalu mengukir senyuman kecil. "Marilah. Ibu saya ada di dalam."
Gadis itu membawa mereka ke bilik ward 150 di mana ayahnya berada.
Sementara mereka semua berada di hospital yang suram itu, Joshua menunggu kehadiran seseorang di sebuah shopping mall.
Dia teringat akan mesej yang diterimanya semasa kelas tadi - Joshua baca time rehat sebab dia budak baik tak nak kena belasah Cikgu Sooyoung.
YOU ARE READING
svt | rich presidents club
FanficSekolah Menegah Carat bukan sahaja menempatkan para pelajar yang hebat dalam pelajaran dan sukan malah golongan elit yang kaya-raya dan berpengaruh. Dɪ ꜱɪɴɪ, ᴀɴᴅᴀ ᴛᴇʀʙᴀʜᴀɢɪ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Dɪᴀᴍᴏɴᴅ ᴅᴀɴ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Bᴜɴɢᴀ. Jᴀɴɢᴀɴ ʀɪꜱᴀᴜ, ꜱɪꜱᴛᴇᴍ ʙᴀʜᴀʀᴜ ʙ...