Yuta senyap melihat siling kelabu dalam dorm sambil baring atas katilnya. Segala baju dan harta benda belum dikemas dengan baik. Hanya baju yang diperlukan untuk ganti selepas mandi sahaja dikeluarkan.
Dia menarik nafas panjang dan menyisir rambutnya ke belakang.
"Tak guna," dia mengeluh sendiri.
Jam menunjukkan pukul 9:30 malam. Tiada seorang pun dalam asrama mereka.
Sebentar tadi, Yoongi menemaninya tetapi lelaki itu hanya menikmati tidur yang lena sebelum meninggalkan asrama setengah jam lalu.
Ada kelas dengan gadis Itali, katanya dengan bosan sambil memakai topi di pintu masuk.
Pintu bilik yang dikongsi itu dibuka. Yuta terjaga dari fikirannya.
"Wonwoo!"
Adik yang lebih tinggi untuk senyum sambil menutup pintu di belakangnya.
"Hyung sudah habis kelas?" dia duduk atas katilnya yang masih kemas.
Beg plastik penuh sneks diletak atas lantai. Yuta terduduk - mata tertuju pada beg plastik tersebut.
"Sudah."
"Jadi? Seronok lah?" dia senyum sambil mengutip baju Yuta yang berselarak atas lantai lalu melipatnya dengan kemas.
Yuta menghembus nafas panjang dan menggaru kepalanya.
"Aku rasa tak.."
"Kenapa pula?"
YOU ARE READING
svt | rich presidents club
FanficSekolah Menegah Carat bukan sahaja menempatkan para pelajar yang hebat dalam pelajaran dan sukan malah golongan elit yang kaya-raya dan berpengaruh. Dɪ ꜱɪɴɪ, ᴀɴᴅᴀ ᴛᴇʀʙᴀʜᴀɢɪ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Dɪᴀᴍᴏɴᴅ ᴅᴀɴ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Bᴜɴɢᴀ. Jᴀɴɢᴀɴ ʀɪꜱᴀᴜ, ꜱɪꜱᴛᴇᴍ ʙᴀʜᴀʀᴜ ʙ...