"Jadi kenapa?"
Angin bertiup kencang beserta dengan kesunyian yang melanda pasangan itu. Wonwoo mengekalkan muka yang tenang sambil memasukkan kedua-dua tangannya dalam poket.
"Maaf." Dia kata perlahan.
"Aku ada urusan semalam. Aku pun lambat pulang ke asrama," dia menggaru kepalanya dengan senyuman kecil yang kekok.
"Sorry. Aku tak sengaja.."
Miyeon melihat lelaki itu untuk beberapa waktu lalu mengeluh kecil.
"Yalah. Aku maafkan cuma hati-hati lain kali. Sekolah ni ada peraturan - kalau tak balik dorm sebelum 12 akan dipotong markah disiplin."
Dia melihat gadis itu dengan muka blur.
"Ada markah disiplin?"
Giliran gadis itu untuk blur. "Kau tak tahu ke peraturan sekolah ni?"
Dengan kekok, dia menggeleng kepala. Aku tak sempat baca buku peraturan.
Miyeon mengeluh panjang lagi. "Kau busy dengan apa juga ni!?"
Dia mengambil tempat duduk dan menepuk tempat kosong di sebelahnya. Perlahan Wonwoo mengambil tempat.
Miyeon membuka satu fail dalam tabletnya dan terpapar pada screen - website utama sekolah tersebut.
"Cuma ni laman yang dilihat oleh orang luar, kalau kau log in dengan nama penuh sebagai username dan student number sebagai password.."
Pantas Miyeon menaip segala info dalam laman itu dan dia muka laman itu berubah. Mata Wonwoo turut besar.
"Woah.." dia melihat segala info Miyeon pada paparan skrin baharu itu. Nama penuh, tarikh lahir, keputusan peperiksaan pada tahun lalu - semuanya.
"Aku pun.. ada ke dalam sistem sekolah?" Miyeon mengangguk.
"Cuba check di tablet kamu," dia memandang Wonwoo.
Dia terdiam.
"Kenapa?"
"Tablet ku tertinggal dalam kelas."
Senyap. Burung gagak limpas atap itu.
"Kau-- Apa?!"
YOU ARE READING
svt | rich presidents club
FanficSekolah Menegah Carat bukan sahaja menempatkan para pelajar yang hebat dalam pelajaran dan sukan malah golongan elit yang kaya-raya dan berpengaruh. Dɪ ꜱɪɴɪ, ᴀɴᴅᴀ ᴛᴇʀʙᴀʜᴀɢɪ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Dɪᴀᴍᴏɴᴅ ᴅᴀɴ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Bᴜɴɢᴀ. Jᴀɴɢᴀɴ ʀɪꜱᴀᴜ, ꜱɪꜱᴛᴇᴍ ʙᴀʜᴀʀᴜ ʙ...