Yoongi melangkah keluar fitting room itu berasa lebih selesa dan tenang daripada beberapa minit lalu. Akhirnya dia bebas daripada beban baju yang dia takkan pernah mampu untuk beli dan dia mampu bernafas dengan baik.
Dia memegang baju yang mencalar maruahnya itu untuk dikembalikan kepada salesgirl. Namun, sebaik saja dia mulakan langkah, dia dikelilingi perasaan hangat pelukan erat.
"Isabel?.." dia merasakan gadis itu mengenggamnya erat. Dia hanya mampu terdiam, membiarkan gadis itu memegangnya kuat.
"Maafkan aku.." gadis itu kata perlahan. Dakapannya masih erat mengelilingi lelaki itu. Dia ingin melindunginya daripada apa yang baru saja dia saksikan. Dia rasakan satu perasaan bersalah yang sungguh berat dalam jiwanya seperti dia telah menyakiti hati Yoongi. " I should've stopped her but I didn't.."
"It's not your fault.. Don't be sorry.."
"It is. She hurt you and brought you down but all I did was watch!" air mata hangat Isabel jatuh atas jaket hitam Yoongi membasahinya. "What I did was worst than her. I'm sorry.."
Suara gadis itu pecah dan ditelan oleh tangisannya yang kuat. Yoongi memeluknya erat, menyokong gadis itu sebelum dia terjatuh kerana beban dalam hatinya.
"Aku takkan menyalahkan kau, Isabel," Yoongi katakan. Satu tangannya perlahan mengusap rambut coklat gadis itu untuk menenangkannya. "Thank you.. Kau terlalu baik, Belle."
Terkejut, Isabel mengangkat wajahnya untuk melihat senyuman kecil Yoongi. Tangan lelaki itu perlahan mengelap air matanya yang tak habis-habis terjatuh. "Yoongi.."
"If it's so lonely and painful in the world you live in then you wouldn't mind a friend like me?" gadis itu perlahan mengukir senyuman kecil.
Miyeon tunduk di hadapan keluarga Jeon itu dengan senyuman. Hari sudah larut malam dan kini tiba masanya untuk dia pulang ke rumah. " Saya balik dulu. "
Puan Jeon mengangguk dengan senyuman. " Terima kasih lagi, Miyeon. Kamu selalu datang tolong kami di kedai ni. Saya tak mampu balas jasa baik kamu."
Miyeon gelak kecil, "Takpe, aunty. Saya suka tolong di kedai aunty ni. Harap dapat ringankan beban aunty."
Puan Jeon turut tergelak. "Harap anak-anak aunty ni tak terlalu nakal dan menyusahkan.."
YOU ARE READING
svt | rich presidents club
Fiksi PenggemarSekolah Menegah Carat bukan sahaja menempatkan para pelajar yang hebat dalam pelajaran dan sukan malah golongan elit yang kaya-raya dan berpengaruh. Dɪ ꜱɪɴɪ, ᴀɴᴅᴀ ᴛᴇʀʙᴀʜᴀɢɪ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Dɪᴀᴍᴏɴᴅ ᴅᴀɴ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Bᴜɴɢᴀ. Jᴀɴɢᴀɴ ʀɪꜱᴀᴜ, ꜱɪꜱᴛᴇᴍ ʙᴀʜᴀʀᴜ ʙ...