Keadaan rumah keluarga Hong itu senyap. Hanya bunyi pen yang menulis dengan tekun memenuhi ruang terbuka rumah agam tersebut.
Nayeon yang sibuk membaca majalah fesyen di ruang tamu melihat adiknya, Miyeon yang sibuk belajar di tepi tingkap besar.
Dia tersenyum kecil. "Kau betul-betul tak nak join study group di rumah Isabel ke?"
Dia menggelengkan kepala. Matanya fokus pada soalan Matematik pada bukunya. "Aku selesa belajar sendiri."
Kakaknya gelak kecil. "No wonder kau marah lelaki tu. Supaya dia tak nak join kelas seterusnya?"
Dia memberikan Miyeon wink untuk mengusiknya. Namun, dia langsung tidak mengendahkan jenaka Nayeon yang merepek itu.
Dia mengambil highlighter pink daripada kotak penselnya dan mula highlight nota-nota penting.
Nayeon senyum sendiri dan mengeluh kecil. "Kau tu, ingat juga apa yang saya cakap.."
Miyeon hanya diam. Dia dengar kata-kata Nayeon cuma dia tak nak memberikan respon.
"Ingat Miyeon--"
"Bukan semua orang macam kita, I know unnie. Sudahlah."
"Masalahnya kau tak dengar aku," dia menutup majalah itu dan meletakkanya atas meja lalu berjalan ke arah meja makan di mana Miyeon berada.
Dia menghempas tangannya pada buku Miyeon agar dia tidak dapat berbuat apa-apa kerja.
"Unnie--!!"
"Kau dah belajar dari pukul 6 pagi, Miyeon! Sudahlah tu!!" kakaknya mula tinggikan suara. Dia mengerutkan dahinya.
"Keluar rumah, pergilah jalan-jalan. Sejam pun takkan jatuhkan keputusan kau ok?"
YOU ARE READING
svt | rich presidents club
FanfictionSekolah Menegah Carat bukan sahaja menempatkan para pelajar yang hebat dalam pelajaran dan sukan malah golongan elit yang kaya-raya dan berpengaruh. Dɪ ꜱɪɴɪ, ᴀɴᴅᴀ ᴛᴇʀʙᴀʜᴀɢɪ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Dɪᴀᴍᴏɴᴅ ᴅᴀɴ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Bᴜɴɢᴀ. Jᴀɴɢᴀɴ ʀɪꜱᴀᴜ, ꜱɪꜱᴛᴇᴍ ʙᴀʜᴀʀᴜ ʙ...