Dino mengambil soda can yang dibeli dan menghulurkannya kepada Lucille. gadis itu duduk atas bench berdekatan menggigil selepas apa yang baru saja berlaku kepada mereka.
"Thanks.." suaranya perlahan tidak seperti biasa. tangannya yang menggeletar mengambil tin itu daripada dino. Walaupun sukar namun dia berjaya membuka tin itu. Dengan pantas, dia meneguk air itu sehingga habis.
Dino duduk di sebelah Lucille. Tin kopi dalam tangannya itu tidak diusik. Oof, Dino dah besar guys minum kopi sudah!
Mereka hanya diam. Perlahan mata Dino memperhatikan Lucille. Tin dalam tangan gadis itu digenggam erat.
"Kau ok?" dia tanya perlahan tapi itulah soalan paling tidak sesuai ketika itu.
You know the answer already. "No," Lucille melihat Dino yang risau akan keadaannya. gadis itu mengukir senyuman kecil. "Jangan risau betul. aku ok. Aku akan lupakan semua ni dalam beberapa hari.."
Dia membaling tin kosong itu ke arah tong sampah yang berada beberapa meter hadapan mereka. Tin itu dengan mudah masuk dalam tong itu dengan bunyi kuat.
Mereka kembali diam dalam keadaan yang sungguh kekok. Dino pun tidak tahu apa yang harus ataupun dia hendak ungkapkan.
"Aku--"
"Dia tu abang saya," dia melihat Lucille dengan mata yang terbulat luas walaupun katanya dipotong. Lucille kelihatan tenang. penumbuknya dikepal.
"Abang?" gadis itu mengangguk sebelum tunduk melihat lantai itu, menyembunyikan segala kesakitan dan keperitan dalam hati.
"Dulu dia tidak begitu. dialah orang yang saya hormati. pandai, kacak dan baik hati," suara Lucille perlahan dan pecah bagaikan gelas yang halus. "Ayah pun sayangkan abang saya dan plan untuk jadikan dia pengurus syarikat sebaik saja ayah pencen.."
Lucille memeluk tubuh. Bukan saja sejuk tapi sebagai self-defence daripada ketakutan dan vulnerability yang terdetik dalam dirinya.
"What happened?" Dino terus memandang gadis itu. Risau jika dia berpaling, gadis itu akan menjadi lemah dan hilang daripada genggamannya.
YOU ARE READING
svt | rich presidents club
FanfictionSekolah Menegah Carat bukan sahaja menempatkan para pelajar yang hebat dalam pelajaran dan sukan malah golongan elit yang kaya-raya dan berpengaruh. Dɪ ꜱɪɴɪ, ᴀɴᴅᴀ ᴛᴇʀʙᴀʜᴀɢɪ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Dɪᴀᴍᴏɴᴅ ᴅᴀɴ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Bᴜɴɢᴀ. Jᴀɴɢᴀɴ ʀɪꜱᴀᴜ, ꜱɪꜱᴛᴇᴍ ʙᴀʜᴀʀᴜ ʙ...