Sekolah Menegah Carat bukan sahaja menempatkan para pelajar yang hebat dalam pelajaran dan sukan malah golongan elit yang kaya-raya dan berpengaruh.
Dɪ ꜱɪɴɪ, ᴀɴᴅᴀ ᴛᴇʀʙᴀʜᴀɢɪ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Dɪᴀᴍᴏɴᴅ ᴅᴀɴ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Bᴜɴɢᴀ.
Jᴀɴɢᴀɴ ʀɪꜱᴀᴜ, ꜱɪꜱᴛᴇᴍ ʙᴀʜᴀʀᴜ ʙ...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Setelah episod memalukan di rumah agam Viscenti, mereka semua bersetuju untuk tidak lagi buat study group sementara Yuta masih bad mood.
Maka, hanya Yoongi yang menemani Isabel di rumahnya yang besar pada hari Ahad yang indah ini.
Sementara menunggu Isabel, Yoongi melayan lagu di headphone. Semalam, puas dia merakam mixtape baharu dan dia sungguh puas hati dengan hasilnya.
Kalaulah lagu itu dapat dimainkan di radio untuk semua para pendengar.
Namun, semua itu hanyalah impian yang terlalu jauh setelah kehancuran syarikat hyung - bisik suara di lubuk hatinya.
Dia terkejut merasakan satu tepukan pada bahunya. "Kau!" Dia menanggalkan headphone terkejut melihat Isabel di belakang sofa itu.
Ketawa, gadis itu mengambil tempat duduknya. "Sibuk melayan lagu nampak." Dia usik sambil membuka sebuah buku Bahasa Inggeris.
Yoongi hanya meletakkan headphone dan membuka bukunya.
"Lagu apa tu?" Dia mengangkat kening, ingin tahu.
"Pastinya bukan lagu classical yang kamu suka layan," savage Yoongi menyebabkan Isabel gelak.
"Aku bukan seperti tu ok?" Dia memberikan senyuman sinis.
"Papa selalu pergi parti selebriti jadi aku pernah jumpa orang-orang besar dalam industri muzik," ayatnya itu menggerakkan jiwa pemuzik dalam hati Yoongi.
Dengan malu dan perlahan, dia jujur. "Lagu aku buat sendiri.."
"Oh! Kau pandai buat lagu sendiri??"
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Yoongi mengangguk dan memberikan headphone kepada Isabel yang beralih ke sebelahnya.
Dia memasang mixtape tersebut yang ada pada handphonenya. Sementara Isabel menikmati lagu itu, dia melihat gadis itu - gementar mengetahui reaksinya.