"Tak guna," Yuta mendengus sambil menunggu lampu pejalan kaki itu bertukar hijau. Tanpa payung sebagai pelindung, Yuta melalui gerimis itu dengan pantas.
Dia melepaskan nafas panjang setelah berjaya berlindung di sebuah stesen bas berdekatan. Mujurlah dia memakai jaket hitam agar dia tetap berasa hangat di tengah hujan itu.
Apa yang berlaku tadi? Mari kita imbas semula.
Joshua menjeling Yuta dengan tajam. Hanya kesepian kekok memenuhi ruang tamu keluarga Viscenti tersebut.
"Yuta, minta maaf. Kenapa begitu kasar? Kita tetamu sini tahu tak?"
Lelaki itu hanya memandang lain dan memeluk tubuh. Dia masih menarik muka masam.
"Umm.. apa kata saya pergi buat pink lemonade lagi di dapur," pantas Isabel meninggalkan suasana kekok untuk lalu ke dapur.
"Aku tolong Isabel," Daphne turut serta meninggalkan ruang tamu tersebut.
Tidak lama kemudian, telefon berbunyi. Lucille melihat telefonnya yang berada di atas meja.
Dino mengesan perubahan emosi Lucille setelah melihat skrin telefonnya.
"Aku.. Aku jawab dulu call ni," pantas dia berjalan ke veranda dan menutup pintu kaca itu.
"Yuta." Joshua meninngikan suaranya.
Dalam hatinya, api kemarahan mula membara. Dadanya sakit - kemarahan itu hanya memakan hatinya, one part at a time.
Semuanya berlalu dengan pantas. Yuta terus ke pintu hadapan bersama barang peribadinya.
"Kau nak ke mana tu?!"
Dia membuka pintu rumah itu. Mata Izumi yang penuh kerisauan langsung tidak dipandang Yuta.
"Pulang. Aku penat berada di sini," dia menutup pintu dan terus beredar.
YOU ARE READING
svt | rich presidents club
FanfictionSekolah Menegah Carat bukan sahaja menempatkan para pelajar yang hebat dalam pelajaran dan sukan malah golongan elit yang kaya-raya dan berpengaruh. Dɪ ꜱɪɴɪ, ᴀɴᴅᴀ ᴛᴇʀʙᴀʜᴀɢɪ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Dɪᴀᴍᴏɴᴅ ᴅᴀɴ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ Bᴜɴɢᴀ. Jᴀɴɢᴀɴ ʀɪꜱᴀᴜ, ꜱɪꜱᴛᴇᴍ ʙᴀʜᴀʀᴜ ʙ...