3

10.5K 637 43
                                    


"Ouh..kakak ni girlfriend paklong saya ya?" Teruja kanak kanak itu bertanya. Tetapi apabila matanya menangkap pandangan tajam unclenya terus dia menutup mulut.

"Ups maksud saya uncle!"

"Ha?? Ini paklong adik ke?" Terus kanak kanak itu memgangguk.

Terasa terkeluar biji matanya mendengar bicara dari mulut kecil itu. Terasa dirinya dihempap batu besar. Terasa nyawanya sudah terbang melayang meninggalkan tuan badan. Tak mungkin! Takkan aku dah tersilap orang?

Perlahan lahan dia memandang lelaki di sebelahnya. Gulp! Wajah lelaki itu dingin dan serius.  Matilah aku!

"Jap. Adik konfirm dia paklong adik? " takkan la mat salleh ni paklong dia? Ridiculous! Dia menggaru dahinya.

"Yelah kakak. Memang wajah dia macam mat salleh tapi saya lagi hensem!" Muka hadif bongkah tidak mahu kalah dengan unclenya.

Raisya yang sudah keliru diam. Mukanya jangan dikata merah bak tomato masak! Tiba tiba ada suara memanggilnya.

"Woi raisya, kau dah kenapa tak gerak lagi ni?punyala pemandu bas tu hon. Takkan dah pekak kut?" Tanya atikah apabila dia sudah sampai di sebelah raisya. Aik diam pulak budak ni.

"Kan aku cari pelancong tu." Ujar raisya perlahan.

Giliran atikah pula mengerutkan kening.
"Raisya, pelancong tu dah masuk bas dah lama! Dah cukup dah 29. Sebab tu aku suruh pemandu bas itu hon kan bas untuk panggil kau! Ni siapa pulak ni? Siap pegang lengan bagai ni?" Atikah memandang sekilas jejaka di hadapan raisya.

Perlahan lahan dia baru teringat tangannya masih sedang memegang erat lengan lelaki itu yang beralas sweater hitam. Dia terus memandang keadaan tangannya yang memegang lengan lelaki itu. Dia mendongak memandang wajah lelaki itu. Terkejut dirinya apabila lelaki itu mengjongketkan kening kepadanya. Terus dia melepaskan pegangannya. Bertambah malu nya! Dia baru sedar sesuka hatinya sahaja menyentuh orang tidak di kenali!

"Err atikah kau naik dulu. Give me one minute." Ujar raisya lemah. Dia menggenngam dua belah tapak tangannya.

"Oh jangan jangan ini boyfriend kau eh! " usik atikah tanpa menyedari raisya sudah seperti ingin meraung mendengar kata kata temannya.

Terus dijegilkan matanya.
"Apa benda kau merepek ni! Atikah please just go" rayu raisya. Tidak larat lagi dia dimalukan harini.Atikah pula tergelak kecil sambil melangkah ke bas semula. Bukan dia tidak perasan wajah raisya sudah merah menyala. Walau dia masih tertanya tentang diri jejaka itu tetapi dia pasti nsnti raisya akan menceritakan juga hal sebenar kepadanya.

Raisya menggigit bibir. Dia pasti kedua manusia itu sedang memandangnya. Okay raisya. You can do this. Pusing and then say sorry. Simple. Tapi argh kenapa aku pegang tangan dia tadi? Siap membebel lagi! 

"Argh..apa aku dah buat ni.."ujarnya lemah. Tanpa dia sedar jejaka bermata biru itu terdengar kata kata gadis itu. Terus dia tersenyum kecil tetapi raisya tidak mampu nampak.

Perlahan raisya memusingkan tubuh menghadap dua insan tadi.

"Hmm sorry sir. I..I thought you are one of the tourists. Im so sor..sorry sir and please just forget what happened just now." Terasa hendak sahaja dia menghempas diri di katilnya sambil menjerit. Tidak pernah dia rasa semalu ini! Tergagap dirinya kerana berasa gugup dan gentar sedikit apabila dia dapat rasakan jejaka itu sedang merenungnya. Dia hanya mampu menunduk.

Perlahan dia mendongak memandang wajah di hadapannya. Terkesima dirinya apabila jejaka bermata biru itu sudah smirk padanya dan menggelengkan kepala perlahan. Mak oi! Smirk pun hensem!

"Errr saya mintak diri dulu eh apa aku cakap ni macam dia faham."dia menepuk bibirnya lembut. Jejaka itu senyum senget melihat aksi raisya tanpa raisya sedari.

" Err i need to leave now. Bye mr with blue eyes and bye too little kiddy." Dia sempat membetulkan ayatnya. Fikirnya lelaki itu tidak memahami bahasa melayu.

"Eh kakak takpela cakap jela bahasa melayu sebab.." belum sempat hadif berkata kata mulutnya sudah pantas ditutup dengan tapak tangan Ethan. Ethan menjegilkan mata memandang hadif menyuruh si kecil itu diam.

"Mm mm mm"bunyi hadif sudah menceceh tak puas hati kedengaran. Terkejut raisya dengan tindakan jejaka mata biru itu.

Raisya menghiraukan rasa pelik. Sekarang ni yang penting kena naik bas dahulu. Dia menghadiahkan senyum palsu tetapi dikuatkan diri supaya menjadi lebih manis .
"Okaylah kakak kena pergi ni. Adik,kata dengan uncle adik ni akak mintak maaf dan kena pergi sekarang. "  raisya membongkok badan dan memandang wajah hadif. Hadif hanya mengangguk. Nak kata ya tetapi mulutnya sudah dikunci unclenya. Ethan memandang lama kelakuan raisya. Mesti gadis ini fikir dia tidak tahu dan tidak memahami berbahasa melayu langsung! Sebaliknya dia memahami setiap kata kata gadis itu.

Terus dia berpaling dan melangkah sedikit laju. Sekadar ingin melarikan diri je tadi. Mukanya segera di cemikkan. Adui raisya apa kau dah buat tadi! Nasib mamat tu tak marah kau tau tak! Nak nangis!

"Kakak!! Tunggu!!" Raisya mengetap bibir. Haih apa lagi? Tak  nampak ke muka kakak ni dah merah semerah warna bas ni?

"Ye apa lagi dik?" Tetapi dia tetap melayani kanak kanak itu baik.

Dia berpusing dan menunduk sedikit supaya dapat mendengar suara kanak kanak itu dengan jelas dan menyamai ketinggian anak itu.
"Nah!" Terkejut dia apabila kanak kanak itu menghulurkan aiskrim conetto perisa oreo.

"Aik kenapa bagi kakak aiskrim ni? Kan tu untuk adik." Peliknya.

"Ish hadif punya dah adalah paklong pegangkan. Ni aiskrim ni untuk kakak." Ujar mulut kecil itu.

"Ha?kenapa bagi kakak? Em takpela terima kasih. Suruh paklong adik makan je." Sudah! Sejak bila kau pun pandai berpaklong? Takpe raisya. Layankan budak ni.

Hadif menggoyangkan jari telunjuk .
"No no no. Aiskrim ni memang paklong  bagi kakak. Dia kata kakak kena amik jugak."

Suppp! Terus kaku dirinya. Paklong bagi kakak? Mamat tu bagi aku aiskrim? Dah kenapa? Dia senyum hambar.

"Emm yela akak amik. Kata dengan dia terima kasih." Raisya tidak ingin membuang masa. Diambil juga aiskrim itu tanpa rela.

"Paklong kata sama sama kasih. "

"Ha?"

Hadif gelak kecil. Kelakar la akak ni!
"Paklong pesan pada hadif kalau akak kata terima kasih, dia kata sama sama kasih. Okay bye hadif nak makan aiskrim hadif. Nanti cair!" Terus kanak kanak itu berlari semula le arah paklongnya yang sedang menunggunya.

Raisya menegakkan badan semula dan memandang jejaka mata biru itu dari jarak tidaklah jauh mana. Dia ternampak jejaka itu mengangkat bahu padanya dan mengenyitkan mata kepadanya lalu berlalu pergi sambil memimpin tangan anak saudaranya.

Raisya terpempan. Wajahnya bertambah malu. Dia terus melangkah menaiki bas dan mengambil tempat di sebelah atikah. Dia memandang aiskrim oreo di tangannya. Mengapa haru biru sungguh harini?

"Lamanya kata je 1 minute tengok ni dah ten minutes cik maysarah raisya." Bebel atikah. Nasib baik semua pelancong itu tidak bertanya mengapa bas tidak bergerak lagi.

Raisya tidak mampu menjawab. Sesungguhnya atikah aku pun tak menjangka semuà ini akan berlaku.

"Wow aiskrim! Boyfren tadi bagi eh? Nak!" Tanpa segan atikah mengambil dari tangan raisya. Raisya yang tersedar terus pantas mengambil semula aiskrim itu.

"Eh biadap! Ni aiskrim aku. Kalau kau nak, gi beli sendiri." Tanpa berlengah terus dia membuka aiskrim oreo itu dan mula menjilat ia. Mamat ni tahu tahu je favourite flavour aiskrim aku oreo! Kejadian kenyitan mata jejaka itu kembali terlayar di mata. Dia memejam mata. Sabar. Itu semua ujian. Walau dia hensem kau kene ingat apa kau dah buat pada dia harini. Dear raisya, pengajaran hari ini stop buat tanpa berfikir!

Atikah hanya mencebik. Tadi muka macam tak rela dapat aiskrim. Sekarang? Beria jilat menikmati!

Awwwkalau sis jadi raisya pun konfirm malu 7 keturunan! Btw vote ya! Kalau typo sorry! Muah!

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now