35

8K 413 24
                                    


"Okayla ayah kami gerak dulu. Ayah dengan ibu jaga diri ya."pesan ethan prihatin sebelum bersalaman dengan encik salman dan puan izzah. Sempat encik salman mengusap rambut ethan. Amboi sayang sangat menantu dia!

"Nanti selalula datang sini. Sunyi kami tanpa kamu berdua. Lagi lagi si isya ni!selalunya dia lah jadi speaker rumah ni." Puan izzah mencubit pula pipi raisya.

Raisya mencebik.
"Tula bila raisya jadi speaker menyanyi lagu kuat kuat, ayah dengan ibu marah kata ' isya, kenapa macam beruk ni? Kamu kan perempuan blah blah blah..' "

Encik salman tertawa kecil.
"Macam macam la kamu ni. Ethan jaga diri kamu juga. Jaga raisya baik baik ya. Ayah amanahkan dia pada kamu." Ujar encik salman lalu mendepangkan tangan dan pantas ethan membalas pelukan ayah mentuanya. Sungguh dia menganggap encik salman seperti ayahnya kerana kasih sayang lelaki 50an itu kepadanya seperti ethan adalah anak kandung lelaki itu.

"Okay la jangan la buat cerita jejak kasih kat sini lagi. Raisya tak sabar nak tengok rumah isya ni!" Raisya sudah tersenyum manis sambil memeluk lengan ethan. Puan izzah ketawa lalu mengangguk.

"Yela yela. Jaga diri ibu dan ayah sayang isya dan ethan. Nanti jangan tak datang pula majlis nanti." Buat sekian kali puan izzah mencium pipi raisya. Sebak hatinya ingin membiarkan raisya pergi. Selama lebih 15 tahun raisya tinggal bersamanya, berat hatinya ingin membiarkan anak kesayangan pergi jauh dari mata. Tetapi dia yakin menantunya akan menjaga raisya dengan sebaik baiknya.  ethan mengangguk akur. Raisya sudah membuat simbol okay. Sudah semestinya dia akan datang ke majlis kesyukuran yang diadakan oleh ayahnya.

"Sunyi pula rumah ni takde keletah anak anak kita." Luah puan izzah apabila ethan dan raisya sudah melangkah keluar. Encik salman tersenyum lalu memeluk bahu puan izzah. Amirah dan farhan sudah berpindah ke rumah farhan pagi tadi. Sekarang giliran raisya dan ethan pula.

"Mereka semua dah dewasa menjadi orang yang berjaya. Sekarang tanggungjawab kita dah langsai. Dah awak jangan sedih. Awak juga yang cakap nak cucu cepat cepat. Jadi biarlah mereka tu." Puan izzah mengangguk akur. Dia juga gembira melihat semua anaknya gembira sepertinya sekarang.

Semua la sangat...rasanya ada seorang sahaha yang tidak gembira. Ya Tanpa pengetahuan sesiapa. Ya siapa lagi luth mikail lah.

Ethan menutup bonet kereta. Dia melihat wajah raisya yang meletakkan jari di dagu seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Sayang,jom. Kenapa tak masuk dalam kereta lagi ni? "

Tiba tiba raisya memegang kedua belah pipinya.
"Aahla awak! Nasib saya teringat. Saya lupa bawa sesuatu. Haduh patut rasa macam tertinggal sesuatu. Awak kejap ya!" Sepantas kilat raisya berlari masuk kembali ke dalam rumah.

Ethan menggeleng kepala perlahan. Badannya disandarkan di badan kereta sementara menunggu si isteri mengambil barang.

Luth yang baru melangkah masuk ke halaman rumah terus matanya menangkap kelibat ethan di kereta mewahnya. Perlahan kakinya melangkah ke arah ethan dengan senyuman di bibir. Senyuman kecil.

Ethan yang baru perasan luth sedang menghampirinya terus berdiri tegak.

"Kau nak bawa isya pindah ke?" Soalan luth dibalas anggukan oleh ethan. Sempat ethan memberi senyuman kepada luth.

Luth tersenyum. Sinis.
"Aku nak ingatkan kau. Jaga isya baik baik. Kalau aku nampak dia sedih sebabkan kau,  kau tahula nasib kau."  Dia memandang tajam ethan di hadapannya kini.

Ethan memandang tepat wajah luth sebelum senyuman dibalas.
"No need to worry. Aku memang akan jaga dia macam nyawa aku. Because she's my soul. "

Luth mendengus mendengat ayat jiwang ethan. Dia melihat raisya sedang  melangkah laju keluar dari rumah sambil matanya memandang Ethan dan luth bersama. Gulp! Apahal luth ada di sana? Mindanya teringat kejadian semalam. Timbul perasaan serba salah kerana agak biadap dengan luth semalam tetapi bukan salah aku kan?

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now