2

11.7K 680 52
                                    

Ethan memimpin tangan hadif ke arah bangku yang ada di situ. Mereka sekarang berada di menara bekembar Petronas. Saja dia ingin berjalan jalan sekitar Malaysia ini. Dia mahu mengetahui negara indah ini dengan lebih lagi kerana dia tidak berpeluang untuk berjalan jalan di negara. Asyik sibuk sahaja dengan kerjanya! Jadi harini dia ingin meluangkan masa terbuang dengan menikmati suasana di malaysia. Tetapi apa la nasib kena bawak anak saudara sekali.

"Uncle, kita nak rehat sekejap di sini ya?" Ethan mengangguk sebagai balasan kepada pertanyaan anak kecil itu. Ethan merasa sedikit letih selepas mereka berjalan dan melihat permandangan cantik dari Menara Bekembar Petronas. Tak sia sia dia datang. Sungguh menarik dekorasi menara itu. Kerana itula dia memilih untuk berehat sebentar di bangku yang disediakan di kawasan luar. Tetapi wajah hadif seperti masih bersemangat. Haih kanak kanak mana nak penat!

"Aah kita rehat sekejap lah." Ethan terus melabuhkan punggung di sebelah hadif. Baru nak merasa aman tiba tiba

Kring! Kring!

Terbuka mata hadif. Dia kenal bunyi itu! Dia memalingkan wajah. Ya! Itulah bunyi yang dinantikannya! Terus senyuman lebar mula terhiasa di bibir kecil.

"Uncle! Ada aiskrim!" Ethan mengerling sekilas penjual aiskrim yang baru turun dari motor kerana terdapat pelancong lain ingin memebli aiskrim.
"So what?"

Hadif membuat muka comel dan memegang tangan unclenya.
"Uncle..hadif nak aiskrim boleh?"

Ethan mengerutkan dahi.
"Hadif, kan kat rumah hadif ada 2 mangkuk aiskrim ? Kenapa nak makan aiskrim kat sini lagi?" Gilalah budak ni. Kat rumah aiskrim. Kat luar aiskrim. Tak takut kencing manis ke?

"Aiskrim sini lain. Aiskrim kat rumah lain."

"Aik apa yang lainnya? Sama je kan rasanya?" Pelik ethan mendengar ayat dari si kecil ini.

"Aiskrim kat rumah guna duit papa! Tapi kat sini guna duit uncle! " terus tergelak hadif kerana berjaya mengusik ethan.

Ethan hanya mampu mengeluh. Apala nasib.
"Fine! Tapi uncle penatlah nak jalan ke sana. Hadif beli sendiri boleh?" Dia baru sahaja ingin merehatkan kaki tetapi anak saudaranya inginkan aiskrim. penat woi!

Hadif mengangguk.
"Boleh uncle. Hadif dah biasa beli masa keluar jogging dengan papa dan mama!" Ya memang setiap hari sabtu papa nya sering mengajak dia dan mamanya bersenam di taman berdekatan rumah mereka. Dan memang wajib ada motor menjual aiskrim di sana jadi dia memang sudah terbiasa menjadi tukang beli aiskrim untuk papa atau mamanya!

Ethan menghela nafas lega.
"Okay. Nah beli aiskrim untuk hadif dan uncle. Uncle tak kisah aiskrim apa apa asalkan bukan chocolate okay?" Sesungguhnya dia tidak suka langsung dengan chocolate! Kecuali chocolate putih. Dia pelik betul melihat orang makan kek coklat, coklat Cadbury la. Tak muak ke? Dan dia memang kurang menggemari makanan manis. Gaya hidup sihat!

Hadif senyum menampakkan lesung pipit manisnya.
"Ay ay captain!"

Ethan senyum dan mengusap kepala anak saudaranya sebelum kanak kanak itu berlalu pergi untuk mendapatkan aiskrim. Fuh dapatlah dia bersendirian walau kejap!

***************************************

"25..26..27..28? Weh kenapa diorang ni ada 28 je? Bukan patutnya 29?" Tanya atikah kepada rakan sekerjanya.

Berkerut kening raisya.
"Kau kira betul ke tak ni?"

Atikah menjeling raisya sekilas.
"Hey betulla! Apa fikir aku tak reti mengira? Kau tak percaya cuba kau kira sendiri."

Raisya mula mengira.
"Uish aahla 28. Adui mana lagi sorang ni?" Raisya menggaru kepala sambil memandang atikah di sebelahnya.

Atikah mengeluh.
"Ish! Suka merayau la diorang ni. Raisya, kau boleh tolong cari tak pelancong tu? Aku kena uruskan bas ni." Pinta atikah.

Raisya mengangguk kecil lemah. Dia mula melangkah untuk mencari satu lagi pelancong yang disyaki sesat atau merayau ke mana tanpa memberitahunya dahulu. Sudah 2 tahun dia menjadi tour guide. Tugasnya adalah untuk membimbing pelancong pelancong yang datang dari luar negara untuk melihat dan melancong di Malaysia. Baginya pekerjaan ini menyeronokkan dan sesuai dengan jiwanya yang bebas. Tetapi kadang kadang ada juga pelancong yang tidak mendengar arahan dan merayau sesuka hati tanpa memberitahu dia atau pekerja yang lain. Contoh kes adalah sekarang ini lah! Sekarang siapa yang susah? Tour guide juga yang susah!

Dia melihat lihat kawasan itu dengan teliti. Haih takde juga orang tu? Tiba tiba matanya tertumpu pada seorang lelaki yang anggarannya 30an yang duduk bersendirian di bangku. Dia perhatikan wajah itu betul betul. Mukanya serupa seperti mat salleh!

Raisya menghela nafas syukur tetapi sedikit geram. Oh sini rupanya kau! Tak nampak ke orang semua dah beratur dekat bas? Hangpa boleh duduk sini amik angin lagi?

Raisya menapak mendekat ke arah lelaki itu. Dan setibanya dia di sebelah bangku lelaki itu terus dia menyapa.
"Excuse me sir."

Jejaka itu kelihatan sedikit terkejut dan terus berpaling ke arah suara tadi.
Raisya tergamam seketika melihat wajah dihiasi mata biru cerah. Indah sekali ciptaan Tuhan!

Dia menghirup udara sesaat. Fokus raisya! Melihatkan mata lelaki itu dia yakin lelaki ini dari luar negara dan merupakan antara pelancong yang dia guide.

"Excuse me sir. But you need to move to the bus now." Ujar raisya sopan.

Berkerut wajah jejaka itu.
"Bus?" Keluar dah suara husky jejaka itu.

"Yes bus. The bus that we ride together to come here." Raisya masih sabar menjawab soalan jejaka itu. Takkan tak kenal bus pulak! Sabar raisya.

"When?" Raisya mula makin annoying. Kalau boleh ingin sahaja dia menepuk dahi. Sudah! Jangan jangan mamat ni hilang ingatan tak?

Raisya masih menghulur senyum palsu.
"About 2 hour ago. Sir,please follow me. We are already late to go to the next destination."

Jejaka itu terus memalingkan wajah ke arah hadapan tidak memandang raisya. Seperti malas ingin melayan kerenah raisya.
"I won't" ujar jejaka itu selamba.

Raisya terasa hatinya mula menggelegak dengan cecair kemarahan. Sedaya upahnya nadanya dikawal untuk tidak menunjukkan kemarahannya. Nanti mesti pelancong luar negara ini akan mengecam rakyat Malaysia yang panas baran contohnya situasi dia sekrang ni dan akan merosotkan ekonomi negara!
"Sir, please. We're late! Im sorry to say this but dont think only about yourself but try to think other tourists's heart. And please dont go anywhere without telling us again sir. I'm  seriously worried about this. Now please stop being like this and follow me." Yeye je risau pasal mamat ni. Aku risau pasal kerja aku je sekarang ni!

Pinn! Kedengaran hon bus persiaran itu sudah berbunyi. Serentak raisya dan jejaka mata biru itu memandang bas yang sudah berbunyi.

Makin kalut raisya dibuatnya. Terus dia berdiri di hadapan lelaki itu.
"If you dont want to move, then I need to force you. Im sorry but you make me do this." Terus dia menarik lengan jejaka itu yang memakan sweater hitam. Terbuntang mata lelaki itu melihat tingkah gadis berambut ponytail di hadapannya ini. Lelaki yang terpaksa bangun mula mengikut langkah raisya tanpa rela.

Baru raisya melangkah 5 tapak tiba tiba

"Akak!!!" Lantang suara kecil itu memanggil. Terus mereka berdua memandang kanak kanak kecil yang berlari ke arah mereka sambil memegang dua batang aisrim conetto.
Wajah raisya berkerut seribu. Apa lagi ni?

"Ye kenapa dik?" Tanya raisya masih bersabar.

"Kenapa akak tarik paklong saya ni?" Tanya anak itu polos. Raisya makin blur.

"Paklong?" Terus kanak kanak itu memgangguk. Tiba tiba kanak kanak itu tersenyum nakal.

"Ouh..kakak ni girlfriend paklong saya ya?" Teruja kanak kanak itu bertanya.
Terasa terkeluar matanya mendengar bicara dari mulut kecil itu.

"Ha?? Ini paklong adik ke?" Terus kanak kanak itu memgangguk.

Raisya berpaling memandang jejaka yang telah ditariknya. Terkesima dirinya melihat lelaki itu melihatnya dingin. Matilah aku!

Unik sungguh ya kejadian ini! Ofcourse lah unik! Cerita saya kan!bangga! So apa lagi tekanla bintang kecil tu! And sorrh kalau ada typo. Muah!

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now