"Awak,sinilah." Panggil raisya lembut. Ethan bangkit dan melangkah ke sebelah raisya. Dapat dia rasakan luth sedang meneliti wajahnya. Tahulah aku handsome."Abang,kenalkan ni suami isya! Daniel ethan." Pantas raisya memeluk lengan ethan erat sambil tersenyum manis. Ethan mengerling raisya dan senyum kecil kepada luth. Ethan mengeluarkan tangan untuk berjabat.
"Daniel ethan."
Luth melihat tangan yang dihulurkan. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menepis tangan itu. Tidak mahu menyentuh gerangan yang senang sahaja merampas kasih raisya darinya. Tetapi dia tahu itu semua hanya akan memburukkan keadaan. Malah hubungannya bersama raisya juga akan terjejas.
Dia menarik nafas untuk menyabarkan hati. Bertenang luth. Kau penyabar. Perlahan dia menyambut tangan ethan dengan terpaksa.
"Luth mikail. Anak sulung keluarga ni." Luth membalas senyuman Ethan kelat.Ethan dapat merasakan riak wajah luth seperti terpaksa. Ethan hanya senyum. Tidak mengapa asalkan luth tidak mencari masalah dengannya, dia akan sentiasa berbuat baik.
"Awak, inilah abang saya yang belajar di overseas tu. " jelas raisya sambil mulutnya masih mengukir senyuman suka melihat suami dan abangnya akhirnya bertemu.
Ethan memandang raisya.
"Oh yang sayang pernah cerita tu eh?"Raisya mengangguk. Pelukan di lengan ethan masih belum dilepaskan.
Luth terasa ingin menghambur ketidakpuas hatinya. Lagi lagi melihat aksi manja raisya memeluk lengan ethan. Panggil sayang pula tu. Argh!
Sakit di dada bukan kepalang!Tetapi apabila melihat senyuman kebahagiaan raisya dia tahu ini bukan masa yang sesuai. Walaupun dia tidak menyukai perkahwinan ini, tetapi dia ingin terus ingin menjaga hati raisya. Tidak ingin wajah itu bertukar kesedihan.
Teringin pula dia ingin menumbuk wajah ethan. Boleh tak?
Luth menggaru kepala.
"Hm abang pergi jumpa mirah pula ya?" Sengaja dia ingin pergi dari situ secepat mungkin. Lemas pula dia ingin berlama di situ. Jika raisya sahaja yang berada di situ mungkin dia akan kekal di situ untuk melihat wajah cantik itu untuk melepaskan rindu. Tetapi malang sekali mamat ini ada kat sini pula! Perasaan teruja ingin berjumpa raisya lenyap dalam sekelip mata.Raisya mengangguk.
"Okay juga. Mirah pun mesti teruja nak jumpa abang."Luth senyum nipis.
"Okay abang pergi dulu." Terus luth menghayun langkah menuju ke arah amirah. Wajahnya ditahan supaya riak sedih tidak kelihatan."Mirah." Panggilnya lembut setelah dia sudah berada di belakang amirah.
Amirah memusingkan badan apabila dirasakan namanya diseru. Membuntang matanya apabila raut wajah yang dirindui berada di depan mata.
"Abang?!"Luth mengangguk sambil tersenyum memandang wajah berseri adiknya.
Amirah menjerit kecil lalu pantas memeluk tubuh luth.
"Mirah rindu gila abang!"Luth tertawa kecil sebelum membalas pelukan adiknya. Dia berharap pelukan dari adik kesayangannya ini dapat menyumbangkan semangat untuknya supaya dapat berdepan dengan takdir yang kejam.
"Mirah happy sangat abang balik!"
Luth menutup mata. Mirah, kalaulah mirah tahu perasaan abang sekarang, mirah akan menangis juga ke bersama abang? Sejak dulu lagi luth dan amirah akan sentiasa meluahkan kegembiraan atau kesedihan bersama. Tetapi kali ini luth tidak akan bercerita tentang masalahnya. Biarlah hanya dia yang tahu.
"Abang, memang tak nak lepaskan mirah ke?"
Mirah menjadi pelik apabila abangnya tidak mahu melepaskan pelukan. Selama ini memang dia manja dengan luth. Dari kecil luth memanjakannya kerana dia adalah satu satunya adik perempuan. Tetapi semenjak raisya datang dia harus berkongsi kasih luth bersama raisya. Semasa luth ingin berangkat ke United Kingdom pertama kali dulu pun amirah menangis memeluk luth supaya dapat menghalang luth pergi.
YOU ARE READING
DIA...Encik Mata Biru (✅)
Roman d'amour(2nd book of 'DIA ENCIK ' series.) "My blue eyes always and only follow the right person. Or I can say only for my jodoh, right honey?" CEO OF FLIRTING Mata biru cerahnya sering menjadi igauan para wanita. Bermacam cara wanita lakukan untuk menawan...