"Buat apa tu?" Tersentak raisya yang sedang melihat permandangan luar di balkoni seketika apabila diterjah secara tiba tetapi terus dia senyum. Dapat dirasakan pinggangnya dipeluk dari belakang. Dia mengusap tangan kekar ethan yang memeluknya."Niel, awak sayang saya?" Tanya raisya sambil kepalanya memandang ke atas arah wajah Ethan. Dapat dia lihat dagu suaminya. Lumrah orang pendek. Dia separas dada ethan sahaja. Eh takdenya aku pendek! Ethan yang macam galah.
Ethan tergelak kecil.
"Apa punya soalan ni? Of course lah sayang. Cubalah tanya soalan kbat sikit."Raisya mencebik. Sukahati akulah nak tanya soalan apa. Jawab jela. Dia mengetap bibir.
"Emm kalau kisah kita akan ada dugaan yang ingin pisahkan kita, awak akan berjuang tak? Awak akan putus asa? "Bingung ethan mendengarnya. Terkejut pun ada mendengar soalan berbaur serius raisya malam ini.
"Kenapa tanya soalan ni?"Raisya mengeluh. Entah mengapa hatinya berasa tidak sedap hati sejak tadi. Dia dapat merasakan ada sesuatu akan terjadi kepada hubungan dia dan ethan. Dia takut. Jika mereka terpaksa tempuh dugaan yang berat dek orang yang tidak menyokong hubungan mereka. Apa yang akan jadi kelak?
Raisya senyum kelat.
"Awak yang suruh saya tanya soalan kbat tadi. Kbat lah ni. So please give me you answer."Ethan gelak mendengar kata kata raisya.
"Okay okay. Kbat betul ni sayang. Malaslah nak perah otak."Raisya mendecit dan mencubit tangan ethan. Eish dia ni ada yang kena tidur luar!
"Tak nak jawab kan? Ha lepas. Tak malu ke peluk peluk orang?" Ditampar berkali kali tangan itu.Cubitan raisya hanya membuat ethan makin galak gelak. Setakat tangan saiz kerdil, tak payahlah nak cubit cubit. Dia mengigit telinga raisya lembut. Balasan!
"Eiiii apa gigit gigit ni? Nak tidur luar ke?"
"Fine yelah yelah saya jawab . Ampun. Kalau saya kena tidur luar, terpaksalah saya tidur sekatil dengan granpa. " lantaklah orang nak kata gay ke apa. Tibeh.
Raisya tersenyum puas. Tahu takut. Ethan meleraikan pelukan dan menarik raisya mengikutnya. Ethan menyuruh raisya duduk di kerusi yang memang ada di balkoni luas itu. Nak berbincang kena hirup udara segar.Ethan memgambil tempat di sebelah raisya dan mengenggam tangan raisya.
"Berbalik kepada soalan sayang tadi, emm kalau dugaan datang, saya akan berjuang ke tak kan? " raisya mengangguk. Memang itu soalannya.
"Honestly, for your information,daniel ethan will not stop fighting if that thing is Maysarah Raisya, understand? I won't. "
Raisya terpegun mendengar suara lembut ethan sambil matanya masih bertatapan dengan mata biru itu. Raisya jangan cair! Okay cair ah jugak sebenarnya.
Ethan menarik nafas sebelum menyambung bicaranya.
"Because without you, I'm homeless. Cause you're my home. Tempat saya curahkan kasih. Tempat saya bermanja. Tempat saya be myself. Tempat saya luahkan kesedihan. And I'm sure happines is not mine if you're gone. Remember I'm your home. And you're my home. We need each other. So, kalau dikatakan suatu hari nanti, kita akan didatangi ujian yang akan menggoyangkan hubungan kita. What can I say, let's we fight together. Protect each other. Be strong.I'm sure we will win someday because we have the power that semua orang tak ada. We have power of love. Daniel ethan was created for Maysarah raisya only. Remember that. I love you wifey."
Ethan senyum ikhlas. Tangannya masih mengusap tangan raisya.Dada raisya diserang sebak setelah mendengar ucapan jujur dan romantik ethan.Ya allah begitu utuh kasihnya untuk aku. Dia dapat rasakan matanya hangat tanda air mata akan keluar. Terharu dan bahagia bergabung dan berjaya mengalahkan rasa risaunya tadi.
YOU ARE READING
DIA...Encik Mata Biru (✅)
Roman d'amour(2nd book of 'DIA ENCIK ' series.) "My blue eyes always and only follow the right person. Or I can say only for my jodoh, right honey?" CEO OF FLIRTING Mata biru cerahnya sering menjadi igauan para wanita. Bermacam cara wanita lakukan untuk menawan...