"Yaaasin...".
"Walquranil hakim...."
.
Air mata pantas diseka. Tak mahu memgalirkan lagi air mata. Tidak mahu menunjukkan diri lemah. Dia harus kuat menerima takdir Allah.
Tak baik menangis lama lama.
"Sadaqallahulazim.." perlahan raisya mengucup surah yaasin dan meletakkannya di dalam beg tangan.
Dia merenung kubur di hadapannya.
Sebak mula datang semula.
"Abang doakan isya kuat ya? ".
Oh silap .
Raisya merenung sekujur jasad terbaring di hadapannya yang tidak bergerak. Bukan kubur ya. Heheh.
Raisya menunduk mencium dahi jasad itu. Tangannya memegang perut. Sebelah tangannya lagi mengusap rambut ethan.
"Abang, isya ada suprise tau untuk abang. Okay actually dua suprise. Yang first, isya dah berhijab! Yay! Mesti abang gembira kan sebab isteri abang dah berubah? Dah menjadi solehah ala ala minah arab gitu! Tapi isya tak secantik dan sehandal neelofa. Iyalah isya kan budak budak baru nak up lagi dalam bidang ni. " Raisya tergelak kecil dan masih menatap wajah lena tenang suaminya."And nak tahu tak yang kedua apa? " raisya menarik nafas cuba mencari kekuatan. Sebak di dada mula menggunung.
"Abang...isya pregnant! Anak abang. Anak kita sayang." Raisya tersenyum manis dengan air mata yang sudah mengalir. Pantas air mata diseka. Dia pernah berjanji untuk menjadi kuat dan tak mengalirkan air mata.
"Abang bahagia tak seperti mana raisya bahagia? Mesti abang bahagia kan ? Isya tau dah. Abang kan selalu cerita pasal baby. Akhirnya abang akan ada anak!" Raisya gelak dan mencium pipi ethan. Berharap ethan dapat merasai kebahagiaannya sepertimana dia berasa gembira dan bahagia dengan kehadiran janin indah di dalam rahimnya.
.
...................................................
.
"Isya sabar. Tak baik kau kata macam tu isya. Kau seakan doakan Ethan mati." Amirah mengusap tangan raisya lembut. Tidak suka pula dia mendengar ayat yang baru dibicarakan raisya. Lagipun ibu dan bapanya masih tidak tahu ethan mengalami kemalangan. Hanya dia dan farhan sahaja yang tahu. Kerana pihak hospital terus menelefon amirah semasa raisya tidak sedarkan diri. Selepas berbincang dengan farhan, mereka membuat keputusan tidak memberitahu ibu bapa mereka. Mereka hanya memberitahu raisya pengsan semasa dalam perjalanan balik ke rumah semalam dan terpaksa ditahan di hospital.
Raisya tersentak dan bibirnya mula terukir senyuman hambar.
"Suami aku sudah meninggalkan aku amirah. Aku sendiri nampak macam mana kereta dia berpusing. Aku dengar kereta dia meletup. Kau tak tahu macam mana mengigilnya aku masa tu mirah. Aku nak sangat lari tolong dia tapi pada masa sama aku takut. Aku kaku. Aku terketar. Dan doktor sendiri pun kata dia tidak dapat diselamatkan tadi. Apa harapan lagi kau nak beri aku amirah?" Raisya menunduk membiarkan air mata mengalir.Penat nak seka! Walhal pada akhirnya akan mengalir semula!
Amirah berpandangan mata dengan farhan. Dia mendengus sebelum terus memegang bahu raisya setelah mendengar ayat raisya.
"Isya, ya aku faham perasaan kau masa dia kemalangan tapi kau ingat ethan tu biasa biasa je ke? Dia kuat isya. Dia kuat sangat. Kau tau tak, lepas kereta dia terbalik, dia alami cedera parah. Berdarah teruk dia! Tapi dia masih fikir pasal kau. Dia cuba tenangkan kau walau suara dia tersekat.
Dia cari kekuatan dengan ingat pasal Allah dan kau isya. Dia dengan daya yang ada dia lepaskan diri dia yang tersepit antara tempat duduk kereta. Dia dapat hidu bau minyak dan beberapa titik minyak dah mengalir keluar. Dia tahu kereta itu akan terbakar. Dengan lafaz bismillah dia merangkak keluar sehingga ada orang awam ternampak dia dan tarik dia menjauhi kereta dia. Dia masih pegang telefon dia isya! Dia nak dengar suara kau masa tu. Kau dengar kisah ni? Kau sedar sekarang betapa kuatnya dia? Dia kuat isya. Kuat sangat. Dan aku nak kau jadi macam dia. Aku dengar kisah ni dari mulut orang awam yang lihat aksi dia tapi masih takut untuk menolong." Panjang lebar amirah bercerita sambil memaksa raisya menatap wajahnya.
YOU ARE READING
DIA...Encik Mata Biru (✅)
Romance(2nd book of 'DIA ENCIK ' series.) "My blue eyes always and only follow the right person. Or I can say only for my jodoh, right honey?" CEO OF FLIRTING Mata biru cerahnya sering menjadi igauan para wanita. Bermacam cara wanita lakukan untuk menawan...