53

6.4K 388 65
                                    


Dato hamadi menghempaskan punggung secara paksa.

"Aku..aku dekat mana ni?!" Tanyanya kuat mogahan orang itu menjawab soalannya. Dia tidak mampu melihat apa apa kerana matanya yang sudah ditutup dengan kain. Tangannya sudah diiikat. Gaya seperti kena culik sahaja.

"Open the blindfold." Satu arahan masuk ke dalam gegendang telinga sebelum penutup mata yang menutupi mata dibuka. Dato hamadi menyepetkan mata gara gara sinaran lampu di hadapannya ini.

"Aku di mana ni? Ha? " tanyanya cuba memandang sekeliling. Suasana sekeliling gelap dan sinaran lampu sahaja menerangi bilik itu.

"Calm down dato hamadi. We're here to do a simple q and a before we'll send you to the police. Understand?" Muncul kelibat lucas secara tiba yang sedang memeluk tubuh di hadapan dato hamadi.

"Q an A apa ni? Apa benda q and a? Natang apa tu? Lepaskan jela aku! " dato hamadi mula menggerakkan badan cuba melepaskan ikatan pada tangan dan kakinya. Apa benda q and a tu?

Pap!

Hentakan di meja terus membuatkan dato hamadi memandang ke arah depan nya.

"Q and A tu questions and answers! Now, duduk diam! Sebelum aku suruh lucas pancung kepala dato. " mendatar suara Athif berbicara selepas menghentak meja dengan tangannya. Orang tua ni noob betulla tatau q and A! Dasar tak main ig! Memanglah dato hamadi tak main ig. Dia zaman apa kau zaman apa athif oi.

Oh lupa zaman dato hamadi nak hantar surat pun suruh burung merpati putih.

Dato hamadi membuntang melihat kehadiran athif di hadapannya.
"Kau...kau athif fattanah? CEO Blue Hazel Holding?"  Tanyanya tergagap.

Athif tersenyum sinis. Payah betulla ada fans ni. Mana mana pergi orang kenal. Susah jadi femes.
"Betullah tu. Aku athif fattanah. Adik kepada Daniel ethan yang kau sedap sedap langgar!" Matanya tajam merenung dati hamadi.

Apabila dia dapat panggilan dari lucas pagi tadi bahawa pesalah kes abangnya sudah dijumpai, terus dia ke sini. Dan tak sangka dato hamadi adalah dalang semuanya. Dato hamadi salah seorang ahli karporat yang dihormati nya telah menjadi penjenayah! Tapi kenapa dia sanggup buat begini?

Dato hamadi pantas menggeleng kepala. Takut juga dia dengan renungan tajam athif dan lucas. Kedua jejaka ini memandangnya bagai ingin menelan nya hidup hidup. Macam dia ini si Pekan dan merekalah batu belah batu bertangkup.

"Bukan aku yang langgar dia! Tapi orang yang aku upah!aku tak suruh dia buat apa apa pada ethan. !" Matanya membesar supaya mereka mempercayai kata katanya.

"Habis tu apa niat kau sebenarnya?" Tanya athif serius. Walau perutnya rasa bergelodak ingin muntah. Sabar athif sabar
.jangan tunjuk kau mual sekarang. Nanti hilang macho kau sebab asyik asyik muntah depan orang tua ni.

Alhamdulillah isterinya qisya disahkan mengandung anak keduanya dan terpaksalah athif menjalani kehidupannya seperti 5 tahun lepas. Muntah muntah ngidam!

Dato hamidi menggeleng .

"If you don't want to tell, then we need to..." lucas perlahan mengeluarkan sepucuk psitol dari poket belakangnya dan menghalakan ke kepala dato hamadi.

Dato hamadi menelan air liur dan laju mengangguk.
"Okay! Okay! Aku beritahu!"

Lucas tersenyum sinis dan menurunkan pistolnya. Athif menjeling sekilas pistol di tangan lucas. Aku pun nak acah acah hebat pegang pistol jugak!

"Aku..aku berdendam dengan syarikat kau dan ethan! Selama ini syarikat aku berjaya maju. Tapi sejak syarikat kau ada CEO baharu syarikat kau kebas semua projek yang patutnya milik aku! Lama kelamaan syarikat aku makin kelam dan hampir lingkup! Aku stress aku tak tau apa lagi aku harus buat dan sebab itula aku upah orang supaya curi fail atau dokumen tentang satu projek ni. Sebab aku terdesak.kalau aku terlepas projek ni, konfirm lingkup syarikat aku." Dato hamadi menunduk kesal. Menyesal dengan tindakannya. 

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now