5

10K 618 20
                                    

Setelah selesai perbincangannya bersama pihak BAKTI Holdings di sebuah hotel, Ethan mengambil keputusan untuk bersiar siar melihat permandangan di sana.
Nasib baiklah dia membawa kamera DSLR miliknya yang tergantung di leher. Saja dia membawa jika ingin mengambil gambar permandangan menarik.

Dia berjalan hingga ke sebuah tasik. Tidak sangka di sini ada sebuah tasik tidak terlalu luas dan airnya jernih di sini. Pokok pokok menghijau di belakang menampakkan kecantikan tempat ini. Dia tersenyum. Dia kebelakang untuk menangkap permandangan itu.

Apabila dia sudah mendapat posisi yang baik dia berhenti. Baru sahaja dia ingin menekan punat mengambil gambar permandangannya terhalang oleh seorang gadis yang membelakanginya.

Dia mendecit. Siapa yang berani halang aku ni? Dia melihat gadis itu dari kameranya. Berrambut paras dada. Memakai baju kemeja santai berwarna biru cair. Matanya masih melekap di kamera.

Tiba tiba gadis itu berpusing ke arahnya dan tersenyum manis.
Membesar terus anak mata  biru Ethan melihat wajah itu. Jantungnya berdegup kencang tanpa dipinta.Dengan pantas dia menekan punat mengambil gambar. Berkali kali dia ambil gambar supaya imej itu tidak hilang.

Terlihat gadis itu bergelak ketawa menampakkan gigi yang tersusun cantik. Mata berwarna coklat gelap bersinar. Ethan bagai tak mampu menarik matanya dari skrin kecil kameranya. Ternyata dia sedar permandangan di hadapannya sekrang lebih indah berbanding tadi.

Dia mula tersedar semula. Dia menurunkan kamera lalu memandang gadis itu sedang berjalan bersama rakan rakannya. Dia membuat keputusan untuk mengikut gadis itu.

"Weh isya kitorang nak pergi ambil gambar kat sana. Nak ikut tak?" Tanya lydia, teman baiknya sejak di bangku sekolah.

"Taknaklah. Penat kau tau tak! Aku nak duduk sini je tunggu korang." Sudahlah tadi mereka telah pergi ke sana ke sini. Kakinya sudah makin lemah! Dia tidak mampu mengambil gambar lagi. Dia berada di sini kerana ingin bercuti bersama teman teman baiknya yang sudah lama tidak berjumpa. Masing masing sibuk dengan kerja!

Lydia tergelak.
"Yela yela. Kalau ada apa apa jerit au!" Pantas lydia menarik tangan rakan rakan mereka yang lain mengikutnya.

Raisya melihat gelagat mereka sambil menggeleng kepala. Macam budak budak!

Raisya berhentikan langkah apabila matanya menangkap seekor kucing berwarna perang. Dia mengcangkung untuk membelai kucing tersebut.

"Meow.." kedengaran bunyi kucing itu seperti suka apabila dibelai raisya. Raisya tersenyum lebar. Comelnya!

Ethan juga menghentikan pergerakkannya apabila raisya sudah mencangkung dan membelai kucing sambil terseyum lebar.

Tanpa teragak ethan mengambil gambar gadis itu. Tetapi..

FLASH!

Raisya terkejut dengan sinaran cahaya yang kuat dari bahagian tepinya. Sakit matanya menahan cahaya flash itu. Dia terus mengalihkan wajah ke arah mana datangnya cahaya itu.

Ethan sudah terkejut. Aduh! Bila masa aku tertekan butang flash ni? Dia menurunkan kameranya apabila mata itu sudah memandangnya. Pantas dia buat selamba lalu berjalan pergi dari situ.

Raisya yang tidak dapat melihat dengan jelas kerana wajah lelaki itu di halang oleh kamera itu terus bangun. Dirinya berasa geram kerana gambarnya diambil tanpa kebenaran.

"Hello encik!" Panggilnya dari belakang apabila dia berjaya mengejar bayang lelaki itu.

Ethan menelan liur. Dia mengeluh. Macam mana boleh kantoi? Perlahan dia berpaling menghadap raisya.

Terkejut raisya apabila melihat wajah itu. Mata itu! Mata biru. Terus dia teringat peristiwa semalam. Mengapa dia harus berjumpa dengan lelaki ini semula? Serta merta perasaan malu wujud di hati.

"Yes why?" Raisya tersedar apabila mendengar suara Ethan. Dia memandang geram ethan.

"Sorry sir. But did you take my pictures without my permission?" Tanya raisya lembut tetapi tegas. Geram pun ada.

"No. " berkerut kening raisya mendengar jawapan dari bibir pink itu.

"Are you serious? " raisya bertanya lagi bingung.

Tenang ethan mengangguk.

Raisya mendengus tidak puas hati.
"Give me the camera!" Tangannya disuakan kepada ethan tanda dia mahukan kamera yang dipegang ethan. Tuan tak nak bagi cara baik,terpaksa aku guna kekerasan!

Ethan menaikkan kening.
"Go ahead.  Try to take it from me." Provok ethan lembut.

Makin geram raisya dibuatnya. Lantas dia kedepan untuk mengambil kamera itu. Ethan mengalihkan kamera di tangan kanannya. Apabila raisya ingin merampas, dia mengalihkan di tangan kiri. Raisya merengus.  Dia pantas cuba mengambil tetapi Ethan lebih pantas mengangkat tinggi kamera itu.

Raisya memandang tidak percaya.  Mulutnya diketap. Tidak! Dia tidak boleh berputus asa. Dia melompat kecik untuk menggapai kamera itu tetapi sayang tidak mampu kerana ketinggian mereka sangat berbeza. Raisya hanya parasa dada ethan! Tidak adil!

Ethan tersenyum apabila raisya melompat lompat di hadapannya. Ternyata gadis ini bukan jenis yang lemah patah semangat.  Dia tersenyum kecil.

Raisya mengah. Dia penat melompat. Dia menarik nafas mencari oksigen lalu mencekak pinggang.
"Sir, this is totally unfair! "

"Why?" Raisya menjeling geram.

"Awak tu tinggi macam galah! Dan saya pendek paras dada awak! Tak adil. Dasar jahat!" Raisya mengambil peluang untuk mengherdik Ethan kerana dia merasakan lelaki itu tidak memahami bahasa melayu.

Ethan menahan gelak. Dia menatap mata kegeraman raisya.
"What you say?sorry I'm don't know Melayu language well." Sengaja ethan berbohong.

"Nothing. Sir, let me tell you. You can take pictures of beautiful scenery at here. But you can't take pictures of me without my permission. Are you understand? So please just delete all of the pictures you took." Lemah raisya berkata kerana sudah penat cuba menagkap kamera dari Ethan.

"I don't think I had done something wrong.  Like you said, I can take the beautiful scenery. So that's what I done. Cause you are the beautifulest thing and scenery here." Terus dia tersenyum senget memandah wajah raisya. Dia mengelipkan mata sebelah lalu melangkah pergi dari situ. Membiarkan raisya tertanya tanya.

Raisya sudah terkaku mendengar kata kata jejaka bermata biru itu. Makin terasa berhenti jantungnya mengepam darah ke tubuh badan apabila lelaki itu tersenyum dan mengenyit mata kepadanya. Dia hanya mampu melihat bayang Ethan melangkah pergi tanpa dihalang.

"Wah hensemnya lelaki tadi isya! Kau kenal dia ke?" Tanga lydia yang ternampak situasi raisya tadi. Raisya memandang lydia kosong.

"Nope. Aku tak kenal. Biarlah dia." Raisya menelan air liur apabila hatinya berdegup laju. Okay calm down raisya. Tu hanyalah ayat playboy semata mata. Don't trust him. Raisya menarik nafas menenangkan diri. Eish mengapa takdir menemukannya dengan lelaki itu. Malu semalam tidak habis lagi dan harini malunya bertambah!

Scenery lah sangat! Sorry typo tekan bintang kecil!! Enjoy!! Muah! Hapy fasting terakhir untuk ramadhan tahun ni!

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now