25

7.1K 409 29
                                    

"Ap..apa ibu kata ni?" Tergagap raisya bertanya soalan kepada puan izzah yang sedang menangis.

Amirah sudah menelan air liur. Tak nak!dia tak nak berkahwin dengan ethan.

Puan izzah menatap wajah anak dan bakal menantunya.
"Maafkan ibu. Ibu cuma minta tolong ethan nikah dengan amirah hanya untuk tutup malu sahaja. Selepas anak tu lahir, cerailah."

Ethan terkaku. Apa wanita ini mengarut?
Kenapa aku yang jadi mangsa ni?

"Eh awak gila ke izzah? Ethan tu cintakan isya! Isya pun cintakan ethan. Tarikh kahwin diorang nak dekat. Awak jangan jadi gila boleh tak?!" Encik salman tak mampu berdiam diri. Jika ini ada kaitan dengan urusan hidup anaknya, dia akan masuk campur!

"Izzah tak gila bang! Ini je caranya! Isya, isya tolong ibu ya? Ethan, tolong ibu ya?" Puan izzah menatap mereka dengan pandangan berharap.

Wajah ethan berubah tegang. Kepalanya digelengkan.
"Maaf . Ethan takkan pertaruhkan masa depan ethan. Ethan hanya cintakan raisya dan akan kahwin dengan raisya sahaja. Ayah ibu ethan minta diri dulu." Ethan tidak sanggup berlengah lagi. Tidak mahu terjebak dengan drama keluarga ini lagi!

Raisya mengetap bibir. Apa patut dilakukan? Dia merasa hatinya dijentik perasaan bangga apabila Ethan berani mempertahankan cinta mereka. Apabila ethan ingin bangkit entah mengapa tangannya pantas memegang lengan ethan. Hatinya berasa gelisah bila ethan tidak bersamanya pada saat begini. Kekuatannya terasa hilang.

Ethan tersentak apabila raisya memegang lengannya. Dia berpaling menatap wajah takut raisya. Dia perlahan menundukkan badan ke telinga raisya untuk membisikkan sesuatu.
"I know that you're afraid. Don't worry .i love you. And please fight for our love. " ethan senyum hambar kepada raisya sebelum berdiri tegak dan menghulurkan senyuman kelat kepada encik salman.

Puan izzah dan encik salman mendiamkan diri. Hati masing masing serba salah bercampur sedih.

Raisya memgetap bibir menahan tangisan. Dia melihat bayang ethan hilang di dalam rumah. Ethan..saya tak kuat. Dia kembali menatap wajah ibunya di sebelah.
"Ibu..raisya minta maaf sangat. Raisya minta ampun. Tapi raisya tak mampu. Raisya..raisya sayang sangat pada ethan. Tolonglah raisya merayu gunalah cara lain. " terkeluar suara sebak semasa raisya menuturkan katanya.

Makin deras air mata amirah kerana diulit rasa bersalah yang amat. Dia tidak berniat ingin menjadi halangan kepada kebahagiaan mereka.

Encik salman mengurut dahi. Tidak sanggup melihat wajah sugul anaknya. Puan izzah sudah terdiam. Jahatkah dia? Dia cuma ingin menyelamatkan maruah keluarga.

Raisya bangkit lemah dan berjalan longlai ke biliknya. Hatinya terasa dihunus pedang. Sakit!

************************************

"Weh farhan! Aku tengok kau ni dah tak serupa manusia dah! Cubalah kemaskan diri tu. " pening aizat, rakan baik farhan sejak di universiti melihat keadaan jejaka itu. Jambang sudah meliar di wajah. Rambut serabai! Dah macam beruk.

"Cakaplah apa kau nak cakap. " farhan meraup wajahnya. Stres! Dia termenung kosong.  Memang hidupnya sudah menjadi tunggang terbalik sekarang ini!

Aizat mengeluh. Dia menepuk bahu farhan.
"Kau jangan cepat putus asa boleh tak? Inshallah ada jalan! Kau jangan jadi hati lembik macam daun boleh tak?" Ya! Dia tahu apa yang mengganggu fikiran rakannya. Pada mulanya jujur dia berasa sangat kecewa dengan apa yang farhan telah lakukan. Dosa tetap dosa.Tetapi sebagai rakan, dia tidak boleh melihat rakannya seperti hilang bini! Jap. Memang hilang bini pun!

Farhan mendengus.
"Aku buntu aizat! Apa aku nak buat? Aku sayang dia! Aku nak bersama dia dan anak aku. Tapi aku tak mampu! Kenapa hidup aku macam ni?"

Aizat beristighfar. Dia menggelengkan kepala melihat farhan.
"Eh Farhan. Ayat kau tu macam menyalahkan takdir Allah tau tak? Apa yang kau tak mampunya? Kau tu hensem!lagi lagi bila senyum! Sejuk mata aku memandang!  Baik pula tu! Apa yang kau rendah diri sangat?"

Farhan memegang kepalanya serabut dan menunduk ke bawah.
"Kau tak faham aizat!aku ni takde kerja. Jobless! Macam mana aku nak sara dia? Mesti mak bapak dia makin benci aku. Yelah dahla takde kerja. Lepas tu lepasni ada anak. Macam mana la hidup mirah. Memang patut mirah tinggalkan aku. Aku bukan yang terbaik untuk dia. Aku useless. Aku lelaki dayus tak guna." Farhan mengalihkan pandangan ke arah lain. Tidak mahu aizat mengesan kesedihan di wajahnya.

Aizat pantas menyekeh kepala farhan. Geram! Farhan yang sudah terkejut dan terasa kepalanya sakit terus menatap wajah aizat.
"Kau apahal ? Tak de kepala ke nak sekeh kepala orang? Dah lama hidup? Sakit bodoh!"

Aizat mengecilkan mata geram memandang farhan.
"Kau kata aku bodoh? Kau tu yang bodoh!eeee geram je aku dengan kau ni! "

Farhan hanya berdiam. Memang aku bodoh pun. Terperanjat dirinya apabila aizat bertindak menggengam kedua belah bahu nya kuat.

"Kau dengar sini baik baik. Aku tahu kau cintakan amirah . Kau sayang anak dalam kandungan dia. Aku nak kau jadikan Amirah milik kau faham? Lantaklah kau ni menganggur ke apa! Yang penting kau bertanggungjawab atas dosa kau! Kau jangan tinggalkan dia seorang diri. Aku yakin dia tengah mengharap pada kau. Dia nampak je benci kau tapi dia cintakan kau bongok!Kau jangan sempitkan fikiran kau dengan soal kerjalah. Kerja boleh dicari. Aku akan bantu kau faham? Sekarang ni yang penting kau kena kahwin faham? Bukankah kau hari hari cerita pada aku pasal amirah? Amirah comel la amirah lawa la kau nak jadikan dia isterilah! Habistu sekarang ? Kau nak lepaskan dia? Kau dayus tau! Tapi cuba kau fikir kalau mak dia nak kahwinkan dia dengan jantan lain? Kau sanggup ke gigit jari? Tengok dia bahagia dengan jantan lain sementara kau menangis kat bucu katil kau! Masa tu kau nak menyesal pun takde gunalah! Mulai saat ni aku nak kau simpan bodoh kau tu dalam peti. Kau kunci peti tu pastu kau buang jauh jauh dalam hidup kau. Biar otak kau jadi pandai macam kau berjaya graduate belajar dulu!" Panjang lebar aizat memberikan tazkirah percuma kepada farhan sambil merenung mata itu serius.

Farhan terasa hatinya mula terharu.
"Aizat.." baru dia ingin mengatakan sesuatu tiba tiba dirasakan dirinya ditarik ke dalam pelukan sahabatnya.

"Dah!kau jangan nangis! Aku tau kau bersyukur dapat kawan macam aku. Jangan risau. Aku sentiasa mendoakan kau! Aku kan sahabat dunia akhirat kau." Perlahan tangan aizat mengusap belakang kepala farhan yang dipeluknya.

Berkerur halus kening farhan. Bila masa aku nangis?Ya memangla dia bersyukur dan menyayangi aizat. Tetapi terasa lain macam pula apabila mereka dalam keadaan begini. Dia memandang meja sebelah. Kelihatan beberapa orang gadis memandang pelik terhadap mereka. Jangan jangan dia fikir aku gay!

Pantas dia menolak badan aizat sehingga pelukan mereka terlerai.
"Dahla sengal. Kau apahal peluk lelebih?  Tak pasal pasal orang ingat aku gay!"


Ethan broken  geng. Sorry typo! Tekan bintang kecil! Enjoyla la ala laalalalalalal.

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now