14

7.4K 534 40
                                    

"Assalammualaikum. " laungan di luar sedikit mengejutkan encik salman dan puan izzah di ruang tamu.

"Siapa tu bang?" Tanya puan izzah sambil mencuit lengan  suaminya.

"Manala saya tahu. " ujar encik salman sambil mengangkat bahu.

"Haris, tolong tengok siapa datang ya?" Haris yang sedang menonton televisyen mengangguk. Dia melangkah ke luar rumah.

Setelah 5 minit haris kembali semula pantas ke dalam rumah.
"Ha siapa tu?nak apa mereka tu?" Puan izzah segera bertanya apabila melihat wajah terkejut anaknya.

"Err diorang datang katanya nak..pinang kakak!" Encik salman dan puan izzah berpandangan sesama sendiri.

"Kakak? Yang mana?"

"Err isya ! Kak isya." Haris menjawab soalan ayahnya sambil melihat kembali tetamu yang sedang tunggu di luar.

"Kamu tercegat apa? Pergila pelawa mereka masuk." Arah puan izzah. Lalu dia bangkit untuk menyiapkan diri. Haris pantas berlari ke luar untuk menyuruh tetamu tadi masuk.

"Kenapa tu ibu?" Tanya amirah yang terserempak dengan ibunya di dapur.

"Kita ada tetamu. Ni mirah buatkan air untuk mereka ya? Ibu nak bersiap kejap." Amirah hanya mampu memandang ibunya melangkah dengan laju. Amirah bingung. Tetamu? Terus dia berpatah balik ke dapur untuk membuat air.

***************************************

"Maaflah kami datang secara mengejut pakcik makcik."

Puan izzah tersenyum sambil mengambil tempat di sebelah suaminya.
"Tak delah. Kami tak kesah pun."

"Apa hajat kamu kemari?" Tanya encik salman sambil memandang pasangan suami isteri di hadapannya. Amirah yang baru datang terus meletakkan air di atas meja. Akibat perasaan ingin tahu, dia mengambil tempat di sebelah ibunya. Dia lihat hanya dua orang sahaja yang datang. Kelihatan wanita itu memberi senyuman kepadanya. Amirah turut membalas senyuman.

"Sebenarnya hajat saya ke sini untuk memetik bunga di taman." Athif terus menyatakan niatnya sambil berkias. Memang pinang orang kena berkias kan? Itulah yang dia dengar dari umminya. Tetapi semasa dia dengan qisya dulu, rasanya dia main redah je.

"Boleh pakcik tahu bunga yang mana. Sebab pakcik ada dua kuntum bunga yang cantik." Giliran encik salman pula berkias.

Athif kaget. Aduh abangnya ni pun satu. Bukan nak bagitahu awek dia anak keberapa. Seingatnya nama wanita itu raisya. Athif berdehem.
"Didi sedang main bawah pokok mulberi,
Bunga nama raisya yang kami cari."
Terpaksa dia berpantun kerana uminya berpesan jika ingin meminang orang, dia harus berpantun. Athif menahan malu gara gara berpantun. Kenapa lah umi tak ikut athif je pergi tolong si ethan ni?

Qisya menahan gelak melihat suaminya berusaha mengikut adat yang dipesan ibu mentuanya puan sri zaifa. Kenapa nama didi juga si athif ni guna. Nasib lah aku tak gelak.

Encik salman senyum melihat anak muda di hadapannya. Manakala amirah sudah berasa cuak kerana raisya telah dipinang sebelum dirinya.

"Anak muda semakin alpa,
Berjalan di taman hanya berdua,
Boleh saya tahu untuk siapa?
Atau ingin pasang bini kedua?"

Athif menggaru kepala. Air liur ditelan. Sudah dia balas pula. Siap bini kedua!
"Tujuan saya kemari adalah untuk meminang raisya untuk abang saya. Saya dah kahwin. Ini isteri saya qisya." Jelas athif . Penat aku nak berpantun.

Puan izzah mengangguk.
"Oh begitu. Boleh saya tahu siapa abang kamu?

"Daniel ethan makcik. Kejap saya panggil dia." Athif bangkit dan melangkah ke luar rumah. Dia mengetuk tingkap kereta . Ethan yang sudah tidak sabar terus menurunkan tingkap.
"Dia terima?"

Athif gelak kecil.
"Amboi! Baru masuk tak sampai 10 minit nak terima apanya? Mak bapak dia nak jumpa abang. Jomlah." Ajak athif dan menunggu ethan keluar dari kereta.

Ethan menelan air liur. Kenapa aku nervous ni? Inikah perasaan nak jumpa bakal mentua? Yakin je bakal mentua. Ethan membetulkan sedikit rambutnya lalu mengikut langkah athif. Kemeja dipastikan kemas.

"Pak cik makcik, saya kenalkan ni abang saya,daniel ethan." Mata semua orang terus fokus kepada figura yang baru melangkah masuk ke dalam rumah.

Kelihatan seorang jejaka berkemeja kemas dan rambutnya disisir rapi. Ethan tersenyum kecil lalu melangkah untuk menyalami encik salman.
"Assalammualaikum pakcik."

Encik salman menyambut salam ethan sambil otaknya ligat berfikir di mana agaknya dia melihat lelaki ini. Zup! Terus teringat gambar anaknya bersama seorang lelaki. Dia pasti inilah lelakinya gara gara mata birunya.

Amirah sudah melopong. Daniel ethan? Dia memerhatikan ethan yang jauh lebih kacak berbanding di dalam gambar. Tidak sangka ceo terkenal sedang berada di rumahnya sekarang.

"Kamu ni yang ada dalam gambar bersama anak saya kan?"

Ethan yang baru melabuhkan punggung di sebelah athif terasa tekaknya pahit. Alamak. Dia ingat pula.
Ethan terus menundukkan wajah. Serba salah mengurung hatinya.
"Ya saya pakcik. Saya mengaku salah saya. Ini semua salah saya. Saya datang pun nak mintak maaf kepada pakcik dan makcik sebab tersentuh raisya. Dan bukan salah raisya pakcik. Dia tidak bersalah langsung dalam hal ni. Memang dia datang dengan kawan kawan dia tapi saya yang suruh dia jumpa saya masa tu. So,pakcik saya harap sangat janganlah buat apa apa pada raisya." Ethan pantas meminta maaf sambil menunduk.

Encik salman dan puan izzah berpandangan.
"Jadi kamu datang sini nak minta maaf ke meminang?"

Ethan mengangkat wajah memandang encik salman dan puan izzah.
"Pakcik dan makcik, saya memang nak kahwin dengan raisya. Saya dah jatuh cinta pada dia. Dalam hati saya ada dia pakcik. Saya tak akan pernah main main soal hati dan perasaan saya pakcik. Saya ikhlas nak jadikan dia isteri saya. Saya minta maaf sebab saya rasa bersalah yang amat kerana gara gara saya,raisya yang kena akibatnya. "
Encik salman memandang anak muda di hadapannya ini dengan tajam.
"Kamu betul ke nak kahwin dengan anak pakcik. Sebenarnya raisya tu anak angkat kami. Tapi kami dah anggap dia macam anak dah. Kami didik dia dengan baik. Layan dia sebagai satu keluarga. Pakcik cuma nak tengok dia bahagia je selama pakcik hidup. Pakcik tak sanggup tengok dia sedih. Pakcik tak nak dia di apa apakan lagi lagi dari kaum lelaki."

Ethan mengangguk kecil. Dia setuju dengan ayah raisya. Memang semua ayah inginkan terbaik untuk anak mereka.
"Saya janji pada diri saya yang saya akan lindungi dia hingga ajal memisahkan kami. Saya dah janji pada diri saya sejak pertama kali kami bersua pakcik. Saya nak bahagiakan dia. Saya berani bersumpah saya amat menyayanginya dan ingin menjadikan dia suri di dalam hati saya."

Puan izzah menjadi tersentuh melihat jejaka bermata unik ini. Dia dapat merasakan keikhlasan ethan. Ethan cukup sempurna di matanya. Kacak? Sungguh. Bijak? Memang bijak. Berkejaya? CEO beb. Tapi dia tidak tahu pula pendapat suaminya.

"Maafla kalau saya mencelah. Tapi abang saya ni, tak pernah nak approach melamar perempuan dulu. Selalunya perempuan je yang tergilakan dia ni. Tapi alahai untungnya raisya tu sebab abang saya sanggup membuat semua ini semata mata kerana cintanya."athif senyum lebar dan sibuk mempromosikan ethan. Ethan di sebelah diam sambil tersenyum kecil. amboi beria betul si athif ni.Qisya mengangguk tanda dia menyokong kata kata suaminya.

Encik salman berdehem membuatkan semua mata fokus kepadanya. Hanya jawapan encik salman sahaja yang diperlukan. Ethan yang melihat wajah serius lelaki itu sudah mula berdebar.

"Saya..harap kamu akan membahagiakan anak saya. Jaga dia baik baik. Saya amanah kan awak supaya lindungi dia. Pendek kata...saya setuju kalau awak memang cintakan raisya dan ingin mengahwininya."

Semua di situ sudah mengucapkan syukur alhamdulillah.  Ethan menahan diri dari teruja. Rasa macam memang fifa world cup perasaanya sekarang. Hanya amirah sahaja yang tidak memberikan reaksi bersyukur tetapi perasaan cemburu di dalam hati makin membuak melihat ethan sanggup membuat apa sahaja demi adiknya. Sedangkan dia sudah lama bercinta tetapi farhan tidak memulakan langkah ingin memilikinya lagi.

"Tapi kita kena tanya tuan punya badan dulu. Kalau dia setuju,maka saya setuju. Kami tak nak dia berkahwin kerana terpaksa." Ethan mengangguk faham mendengàr hujah encik salman. Dia senyum lebar. Raisya, kau tunggulah aku akan jadikan kau isteri aku!

Fuh minang dah! Tapi raisya suka ke ethan? Btw tekan bintang kecil tu ye and maaf saya ada typo ke apa. Enjoy!

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now