"Kenapa awak nak jumpa saya?" Tanya ethan sambil membetulkan kaca mata hitamnya. Tiba tiba sahaja raisya menelefonnya dan mengajak untuk berjumpa seketika. Walaupun dia sebenarnya perlu hadiri meeting selepas ini,tidak mengapa demi raisya dia sanggup menyuruh athif mewakilinya. Power of love ka ni? Walhal prinsip nya selama ini adalah works is priority. Tapi sekarang? Raisya is priority ke?
Mata raisya membesar.
"Are you kidding me? Malam tadi dengan gembiranya ibu saya bagitahu ada orang pinang saya. Awak tahu tak reaksi saya macam mana?""Macam mana?" Tanya ethan selamba.
"Macam ni!" Terus raisya melopongkan mulut dan matanya kelihatan keliru.
"Tapi lepastu saya tanyala siapa manusia yang berani sangat tu. Ibu saya cakap abang kacak mata biru. Saya pun fikir siapa lagi la manusia mata biru yang berani menyesatkan diri di rumah saya kalau bukan awak? Saya hampir pengsan tau ethan!" Jelas raisya berwajah risau.Ethan tergelak kecil. Ingin sahaja di ambil gambar reaksi muka raisya tadi. Comel tau tak?
"Kenapa awak nak pengsan? Awak teruja ya abang kacak mata biru ni nak jadikan awak isteri?" Ethan menurunkan sedikit cermin mata hitamnya dan melihat wajah raisya.Raisya membuat muka bosan.
"Teruja dah kenapa? Saya sebenarnya nak berterima kasih pada awak. Sebab ibu saya cerita pada saya yang awak mengaku semua tu salah awak. Dan guess what? Lepas kehadiran awak tu, Ayah saya bagi kunci kereta saya dan hubungan kami kembali rapat. Saya hargai sangat bantuan awak. Tapi sampai berkahwin? Awak gila ya?""Saya tak gila." Ujar ethan sambil mendekatkan jarak mukanya dengan kedudukan raisya di hadapannya.
"Jadi awak demam? Demam teruk ke sampai begitu sekali?" Kini tangan raisya pula naik ke dahi ethan. Masih berasa sangsi dengan diri ethan. Aik tak panas pun?
Ethan mendecit. Dia menggapai tangan raisya yang selamba memegang dahinya.
"Saya tak demam. Saya sihat walafiat cik raisya. Otak saya ni stabil. Iq saya tinggi mengalahkan Albert Einstein. Jadi saya yakin saya memang normal masa tu."Raisya sudah tergamam. Maknanya dia serius ke cakap pada ayah dan ibu yang dia ni kahwin dengan aku?
"Awak ni suka main mainlah." Raisya pantas ingin menarik kembali tangannya yang dipegang ethan tetapi tidak mampu kerana ethan tidak mahu melepaskan.Ethan mengeluh kecil. Dia memegang kuat tangan raisya supaya gadis itu tidak mampu menarik kembali.
"Saya punyalah serius nak mati awak boleh kata saya main main? Saya serius nak kahwin dengan awak raisya. Saya tahu perkenalan kita singkat. Tapi saya yakin awak jodoh saya. Saya sayangkan awak. Saya nak hidup bersama awak. Setiap hari saya asyik teringatkan awak. Awak sarapan apa? Awak buat apa? Awak makan cukup tak? Awak kerja penat ke tak? Saya tak boleh nak hakis dah perasaan saya pada awak raisya." Ethan bersungguh meluahkan perasaanya sambil merenung mata raisya lembut.Raisya menggigit bibir. Hatinya masih berbelah bahagi. Ingin percaya atau tidak.
Ethan tidak putus asa. Dia menarik tangan raisha dan meletakkan tangan kecil itu di dadanya.
"Jantung saya akan berdegup kencang hanya bila awak di sisi saya. Hati saya akan berbunga mekar bila awak bercakap dengan saya. Even sekarang ni pun awak pandang saya pun my heart is beating fast maysarah raisya."Raisya makin tergamam apabila tangannya dapat merasakan degupan jantung ethan yang laju. Raisya menarik tangannya lembut. Dia menggengam kedua belah tangannya. Bagaimana dia ingin menghadapi situasi ini?selama ini semua lelaki yang meluahkan perasaan padanya semuanya dia tolak. Tetapi yang ini. Jika orang itu adalah daniel ethan, entah mengapa hatinya berbolak balik bagai bola yang dilantun pada dinding.
Raisya menghembus nafas resah. Dia memandang tepat muka ethan yang setia menunggu jawapannya.
"Ethan, tolong bagi saya masa untuk fikiran tentang saya tentang awak tentang kita. Perkenalan kita sangat pendek dan mengejut. Bagi saya kenal dengan diri awak dengan lebih mendalam. Bila saya dah ready saya bagitahu keputusan saya." Raisya hanya mampu melempar senyuman kecil.Ethan menghela nafas lega bercampur kecewa. Sekurangnya dia bertuah kerana raisya tidak menolaknya. Tetapi dia risau jika raisya mengambil masa yang lama untuk berfikir.
"Okay takpe. Awak ambil masa awak. Saya akan tunggu tapi jangan lama sangat. Saya risau nanti ada kumbang lain ngapp awak!"Raisya tergelak kecil mendengar ayat ethan.
"Ye daniel ethan. Awak ni pakai kemeja berkot bagai ni awak tak masuk office ke? Lunch dah habis patutnya. Awak tu dahla CEO. " Pelik pula raisya melihat wajah selamba ethan ponteng kerja. Dari penampilan lelaki ini, dia yakin ethan sedang bekerja."Rileks. Actually sepatutnya saya ada meeting sekarang tapi saya tunda sebab ada hal urgent. Saya suruh adik saya gantikan." Dengan wajah tenang ethan menyedut air minumannya. Tidak rasa bersalah langsung.
"Urgent?" Apa yang urgent sangat?
Ethan memandang wajah bingung raisya.
"Urgentla sebab awak nak jumpa saya. Sebabkan awak, saya sanggup ponteng meeting!" Ujar ethan sambil tersenyum comel dan mengenyitkan mata kananya.Raisya merasa pipinya panas. Ishh! Kenapa ethan selalu menbuat jantungnya berdebar ni?
***************************************
"You nak mee goreng I sikit tak?" Tanga farhan sambil memandag sekilas amirah di sebelah.
"Tak nak." Sepatah amirah menjawab sambil memeluk tubuh. Matanya tidak memandang farhan.
"I order roti john ni untuk you. I tahu ni favourite you. Kenapa tak makan?" Tanya farhan sekali lagi. Hatinya kuat mengatakan amirah sedang merajuk atau ada sesuatu yang tidak kena membuatkan gadis ini marah.
"Tak nak." Sekali lagi itu sahaja jawapan yang dia dapat.
"You period eh?" Farhan bertanya sambil membuat wajah bingung.
"Mana adalah!" Jawan amirah sambil keningnya dikerutkan. Asal marah je nak kata aku datang bulan!
"Habis tu? Cuba cerita pada I apa yang you tak puas hati sangat. Ini tidak tiba tiba hangin." Tanya farhan lembut. Dia tidak mahu mood wanita ini makin rosak apabila dia bertanya secara mendesak.
Amirah mendengus. Dia berpaling memandang sedih wajah farhan. Membuatkan sifat ingin tahu farhan bertambah dua kali ganda!
" bila you nak kahwin dengan I? Lama lagi ke? "Terus tersentak Farhan mendengarnya.
"Kenapa you tiba tiba tanya?"Amirah mengeluh kuat.
"You tahu tak adik I si raisya tu ada orang dah masuk meminang dia. Mengalahkan I yang kakak ni pula! Lagipun dah dua tahun kita bersama farhan. Sampai bila kita nak jadi macam ni? I nak jadi isteri you yang halal." Akhirnya terluah jua isi hati amirah. Memang harapannya untuk menjadi isteri kepada lelaki yang dia cintai ini.Farhan sudah gelabah.
"Biarlah adik you nak kahwin. "Amirah tersenyum sinis.
"Ke you ni tak serius dengan I? Kalau you tak serius jangan buang masa I. Kita putus jela. Mungkin kita memang tiada jodoh."Berkerut sudah wajah farhan mendengar kata kata kekasihnya.
"You cakap apa ni? I memang sayang pada you lah mirah. You tahu kan duit I masih belum cukup nak kahwin dengan you." Ya, gaji kerjanya sebagai tukang masak di hotel yang tidak berapa terkenal tidak cukup untuk mengadakan perkahwinanya bersama amirah. Dia tahu amirah ingin mengadakan perkahwinan yang indah mewah tetapi dia tidak mampu semua itu. Dia masih lagi sedang mengumpul duit. Tetapi sebulan lepas ,hotel tempat dia bekerja telah ditutup. Dia tiada lagi sumber pendapatan. Dia hanya hidup berbekal kan duit yang dia simpan untuk mengahwini amirah. Sekarang ini dia masih berusaha mencari pekerjaan tetap.Amirah mengeluh. Dia faham akan situasi farhan tetapi sampai bila?
"Farhan, duit tak penting. ""No you tak faham. Kalau I taķde duit, macam mana I nak sara you? Sebab tu you kena faham I betul betul. Bagi I masa untuk cari pendapatan tetap. Bukan untuk I je tetapi untuk you jugak." Pujuk farhan sambil mengusap tangan amirah lembut.
Amirah diam. Dia akur dengan keputusan farhan. Tetapi dia berharap semuanya tidak terlambat.
Dah chapter ni memang pasal kekasih je! Thanks support. Komen korang semua buat sis terhibur tau tak! Enjoy! Tekan bintang kecil and sorry typo.......oh ye sorry lama tak update DIA Encik Suami Nakal. Saya fokus pada cerita ni dulu. So siapa yang rindu rayyan tu. Call jela dia. Jkjk haha.
YOU ARE READING
DIA...Encik Mata Biru (✅)
Romance(2nd book of 'DIA ENCIK ' series.) "My blue eyes always and only follow the right person. Or I can say only for my jodoh, right honey?" CEO OF FLIRTING Mata biru cerahnya sering menjadi igauan para wanita. Bermacam cara wanita lakukan untuk menawan...