"Nah last." Raisya menyuakan sesudu lagi makanan yang telah disediakan hospital ke mulut ethan.Ethan menggeleng perlahan . Tak mampu dah. Perut nya sudah kenyang! Senak dah walau rasanya 5 sudu nasi sahaja dia telan.
Raisya membesarkan mata. Garang lah sangat!
"Abang..jangan mengada. Buka mulut tu. Okeh ini last. Makanlah abang nanti macam mana abang nak sihat kalau makan tak cukup? Nanti elok elok ada six packs terus jadi macam ikan bilis. So, now open your mouth, sayang." Raisya tidak mengalah. Dia masih menyuakan sudu di hadapan mulut Ethan.Ethan mengeluh. Memang tak boleh mengelak lagi nampaknya. Pedih betul telinga ni dengar bini sendiri membebel. Dia gagahkan jua membuka mulut dan mengunyah makanan tersebut.
Ini baru namanya sayang bini!
Raisya tersenyum.
"Bagus..pandai betul dia." Raisya mengelap bibir Ethan yang sedikit comot."Abang, isya rasa isya kena balik rumah sekejap lah. Isya ni hampir dua hari tak mandi tau! Stay hospital sebab abang. So, rasa macam diri isya ni dah melekit busuk lah hm." Raisya cuba mencium bau badannya. Hm agak 'mengharumkan.'
Ethan tergelak kecil dan menarik tangan raisya lembut.
"Sayang, sayang tak mandi 5 hari pun still wangi lah."Raisya terasa tekaknya loya. Ya allah 5 hari tak mandi. Serupa bau bangkai wahai suamiku.
"Eee! Mengarut je bodekan abang ni! " raisya membuka telefon dan melihat wajahnya melalui kamera selfie.Ternganga sebentar dirinya melihat keadaan diri.
"Ya allah! Barainya tudung isya ni abang. Ish teruk dah situation isya ni. Memang kena balik betulkan apa yang patut rasanya. Macam manalah abang hadap muka barai isya ni dari tadi eh?" Raisya mula muncungkan mulut untuk meniup awning tudungnya.Ethan mengerling raisya. Jujur dia katakan. Raisya masih cantik walau tudung penyek sekalipun. Masih cantik walau baru bangun tidur. Mata bengkak. Masih cantik walau cacat sekalipun.
Fuh betul betul sayang bini ethan ni! Mana nak cari lelaki macam dia ni? Aduh limited bukan? Padan muka korang! Tulah lambat takel ethan. Kan dah dimiliki raisya.
Tibeh.
"Aahlah sayang lupa abang nak cakap."
Raisya mengangkat wajah memandang ethan. Apa benda nya itu wahai suami gue?
"Apa dia abang?"Ethan mengukir senyuman manis dan menyentuh pipi raisya.
"Terima kasih sayang. Sebab dah ringankan beban abang bila di akhirat nanti. Abang suka sangat tengok isya. Sayang cantik sangat bila betudung. Abang lupa pula nak bagitahu hal ni sebab mungkin masih terkejut dengan wajah jelita sayang ni. Sumpah sayang cute gila bila betudung. Maybe kalau abang tak accident, abang akan berpeluang puji sayang awal awal. Maaf ya sayang."Wajah raisya mula berubah. Dia mengetap bibir. Terus dia memegang tangan ethan di pipinya.
"Abang ni! Masa isya tengah mengandung jugakla suka sangat buat ayat sendu!geram betulla isya! Buat apa abang minta maaf? Sepatutnya isya yang patut minta maaf sebab sedar lambat tentang hal ini. Isya yang patut minta maaf, sayang."Ethan perlahan mengelap air mata yang mula mengalir di pipi raisya.
"Sayang, rasanya raya belum lagi tapi kita awal betul buat sesi bermaafan kan? "Raisya tergelak dan pantas menampar lembut lengan ethan. Salah ke nak raya awal? Ha?
"Abang boleh ke tinggal sorang sorang? Isya janji isya akan datang balik." Raisya pula yang berasa sedih lebih ingin meninggalkan ethan.Eee kalau aku tau aku bawa baju spare! Tak nak berjauhan dengan suami aku! Nanak! Nanak!
"It's okay sayang. Lepas dah settle , sayang datanglah. Noah pun on the way datang. Sokay sayang. Abang dah biasa dah lonely ni sejak arwah parents abang mati dah sayang." Ethan senyum supaya dapat mengurangkan rasa risau raisya. Bini dia ni tahap risau mengalahkan ibu ibu ingin lepaskan anak darjah satu ke sekolah!
YOU ARE READING
DIA...Encik Mata Biru (✅)
Storie d'amore(2nd book of 'DIA ENCIK ' series.) "My blue eyes always and only follow the right person. Or I can say only for my jodoh, right honey?" CEO OF FLIRTING Mata biru cerahnya sering menjadi igauan para wanita. Bermacam cara wanita lakukan untuk menawan...