12

7.5K 490 14
                                    

Ethan menelain air liur. Dia sedaya upaya mengejar raisya.

Third! Sudah tiga kali dia berjumpa gadis itu tanpa dirancang! Dan kali ini dia pasti. Raisya la wanita yang dicari selama ini. Dia akan berusaha mendapatkan wanita itu walau apapun terjadi!

Kakinya dihayun sepantas mungkin. Tidak sanggup dia berhadapan dengan jejaka itu.

"Raisya! Maysarah raisya!"

Kedengaran namanya dipanggil oleh seseorang. Dia tidak peduli. Dia ke luar pagar. Baru sahaja dia ingin membuka pintu kereta tersentak dirinya apabila ada tangan diletakkan di atas cermin kereta untuk menghalang nya masuk.

"Raisya, saya boleh explain." Ujar ethan dengan nafas tidak teratur dek kejar gadis itu.

Raisya tersenyum sinis.
"Wow. Lihatlah. I thought you can't speak malay right? Now move!liar!" Raisya menjeling tajam ethan lalu berusaha menolak tangan ethan.

Ethan mengeluh. Nampaknya raisya benar benar marah. Pantas dia meletakkan tangan di permukaan kereta raisya di kiri dan kanan gadis itu untuk menghalang gadis itu pergi dan bergerak.

Raisya memandang ethan tidak puas hati.
"Lepaskan saya! Saya tak nak muka saya viral lagi sekali!"

Ethan memandang anak mata raisya yang bengkak itu. Dia mengeluh.
"You cried right?"

Tersentak raisya mendengarnya tetapi wajahnya dikekalkan beku. Tangannya memeluk tubuh.
"I said move!"

"Raisya, saya buat semua tu sebab saya nak mengenali awak. Dengan cara itu je saya dapat rapat dengan awak. Saya dapat dengar suara awak mengajar saya macam macam pasal Malaysia. Saya cuma nak bersama awak walau sekejap. Bila saya bersama awak, sayalah manusia paling bahagia. Saya mengenal erti kebahagiaan bila bersama awak. Saya mampu tersenyum kerana awak raisya. Tolongla percayakan saya."ujar ethan lembut sambil matanya memandang mata raisya.

"Tapi, awak tetap penipu. Awak nak bersama saya tetapi awal awal lagi awak dah menipu. Lepas tu awak buat plan awak sampai ada orang ambil gambar kita! And awak pun tak bagitahu saya awak ni CEO! Awak tak tahu apa yang saya telah lalui! "
Raisya berkata sambil menahan sendu. Dia ingin meluah kan segalanya.

"Yes, I know. Saya tahu awak lalui macam macam yang teruk kerana saya. Saya minta maaf. Pasal gambar tu demi allah saya pun tidak tahu pasal tu. Dan pasal CEO pula saya tak rasa itu penting."

"Tak penting? Awak tau ke apa saya lalui? Ayah dan ibu saya dah tak percaya saya!diorang kata saya buat maksiat,ethan. Saya hampir hilang pekerjaan saya. Saya jadi tidak tentu arah. Saya jadi mayat hidup ethan. Saya...saya.." raisya mengetap bibir menahan air mata. Dia menunduk tidak mahu kelihatan lemah di hadapan jejaka mata biru ini.

Hati ethan dipagut rasa sayu melihat keadaan raisya. Dia mendongakkan dagu raisya supaya mata itu memandangnya.
"Saya tahu awak penat raisya. Saya ikhlas ingin mengenali awak. Saya tahu ini awal. Tapi saya dah jatuh cinta pada awak raisya. Pada pandangan pertama. Sejak pertama kali kita bersua. Percayalah. Saya berjanji pada diri saya yang saya akan lindungi awak. Maaf raisya. Kerana saya tak lindungi awak malah saya buat awak jadi lagi teruk. Tapi percayalah jikalau saya tahu awak terpaksa lalui macam macam, saya akan pergi datang selamatkan awak. Saya bersyukur sebab saya dipertemukan dengan awak di sini. Saya percaya awak takdir saya maysarah raisya." Ujar ethan sambil memandang lembut mata raisya.

Raisya mengetap bibir mendengar kata kata ethan. Dia memandang anak mata bersinar itu. Terpancar keikhlasan di mata ethan. Untuk pertama kali, raisya berasa selamat. Ya, dia berasa selamat untuk berasa bersama seorang lelaki. Dia berasa dihargai. Entah kenapa hatinya mudah sangat memaafkan lelaki bernama Daniel Ethan ini. Dia sendiri pun tidak faham.

Akhirnya raisya mula menangis teresak esak. Air matanya tak dapat ditahan lagi.
Ethan sudah panik melihat raisya sudah basah dengan air mata. Hatinya sakit melihat raisya sebegini. Tangannya terasa ingin mengusap air mata itu pergi.

Raisya terus menutup muka menggunakan tangan dan disembamkan wajahnya ke dada ethan tanpa berfikir panjang. Dia malu untuk menangis dihadapan ethan dan dia berasa selamat apabila berada bersama ethan.
"Tiada siapa percaya saya sekarang ethan..ayah saya kurung saya...saya tak nak hilang kerja..saya..tak tahu nak buat apa..saya tak nak jadi anak derhaka..." raisya meluahkan segala isi hati yang terbuku dalam diri sambil menangis di dada ethan.

Ethan yang pada mulanya terkejut gara gara aksi raisya akhirnya tersenyum hambar sambil mengusap rambut raisya perlahan supaya dapat menenangkan gadis itu.
"Saya janji raisya saya akan memperbetulkan keadaan. "

Tiba tiba terhenti pergerakan raisya.
Dia melihat jam di pergelangan tangan.
"Saya kena balik. Ayah saya akan tahu saya keluar nanti." Pantas raisya berpusing ingin membuka pintu.

Ethan mengundur supaya raisya dapat masuk ke dalam kereta. Dia perlu faham keadaan raisya. Jadi dia tidak menghalang tindakan raisya walau dia ingin melihat raisya dengan lebih lama.

Setelah raisya sudah masuk ke dalam kereta dan memakai tali pinggang keledar,
Ethan mengetuk cermin tingkap kereta itu.
Raisya bingung tetapi dia menurunkan jua tingkap keretanya.

Ethan menyeluk poket kemeja kerjanya. Dia mengeluarkan sehelai sapu tangan yang belum digunakan. Dia menunduk untuk melihat raisya dengan lebih jelas.
Perlahan lahan tangannya mengelap pipi raisya yang basah dengan kesan air mata. Dia mengelap sambil tersenyum kecil.
Raisya yang sudah terpaku hanya membiarkan.

"Please dont cry again. I know that you're strong. " pesan ethan sambil bangkit berdiri semula dan menyimpan sapu tangan itu ke dalam poket kemejanya semula.

"Em thanks." Itu sahaja yang mampu raisya katakan dengan suara serak kerana baru sahaja nangis.

"Bye my sarah." Ucap ethan sambil memberikan senyuman ikhlas.

Raisya hanya mampu tersenyum hambar lalu keretanya meluncur pergi dari situ.
Apabila bersama ethan terasa tenang sedikit dirinya. Tiba tiba mindanya teringat kata kata ethan. Dia cintakan aku? Teringatkan itu terasa hati raisya mula berasa resah.

Raisya melihat jam di dashboard keretanya.
Dia menepuk dahi.
Mampus!lagi setengah jam ayah balik! Terus dia melajukan keretanya supaya cepat sampai ke rumah.

Bersemut sungguh mulut ethan! Tak sangka dulu beku sekarang bersemut! Btw tekan bintang kecil and maaflaaa ade typo! Enjoy!

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now