37

6.8K 396 45
                                    


"Amerika?!" Terus mata mereka semua memandang luth yang sudah terbuntang matanya.

Ethan mengangguk santai.Dia sudah menjangkakan lelaki ini akan terkejut.
"Ye America. Ethan rancang nak bawak raisya jumpa keluarga ethan plus honeymoon sekali. "

"Eh jauh sangat lah. Pergi jela yang dekat dekat. Indonesia ke..thailand ke..tak pun malaysia je..tapi ini sampai benua eropah sana pulak." Tanpa sedar luth meluahkan tidak puas hatinya. Mana tidaknya dia terkejut. Terkejut kerana ethan dan raisya akan ke amerika yang sangat jauh dari malaysia.

"Luth,apa yang nak dikecohkan sangat? Mereka ke sana bukan sebab honeymoon je, kan ethan kata nak jumpa keluarga dia sekali. Biarlah keluarga ethan pula jumpa isya. Yang kamu kalut macam itik tertelan cicak kenapa?" Raisya memandang encik salman bingung. Bukan kerana hujah encik salman tetapi peribahasa yang digunakan. Itik tertelan cicak? Ada maksud ke?

"Takde maksud pun. Ayah main cipta je." Sempat ethan berbisik apabila wajah bingung raisya sudah muncul.

Raisya mengangguk faham. Yang pelik pelik la. Guna jela peribahasa mudah. Macam bagai katak bawah tempurung. Macam tibe.

Luth yang sudah terdiam kerana ditegur ayahnya hanya mampu memeluk tubuh dan menyandarkan diri di sofa. Wajah sudah masam mencuka. Tak puas hati!

Puan izzah menyentuh lembut bahu luth. Ingin memujuk putera sulungnya.
"Betul tu luth. Ibu tahu luth risaukan isya tapi ethan kan ada. Mesti ethan akan jaga isya baik baik. Adik kamu tu nak juga merasa ke negara luar. Asyik asyik malaysia je."

Luth menghela nafas sinis. Adik? Bukan adiklah ibu. Luth risau bila isya ada dengan mamat ni!

"Jangan risau ayah ibu dan luth. Ethan akan jaga raisya sebaiknya sampai nyamuk nak gigit pun kena fikir dua tiga kali sebab takut suami dia ni. " ethan melemparkan senyuman ikhlas kepada ayah dan ibu raisya dan akhir sekali dia mengukir senyuman sambil menaikkan kening kepada luth. Heh risau sebagai adik konon! Kata jela kau taknak berjauhan dengan isteri aku.

Luth hanya mampu merelakan dan mendiamkan diri sementara ahli keluarganya yang lain makin rancak berbual. Ade yang minta belikan keychain la, baju lah, korang tak hati aku tengah sakit?

Walau hatinya tidak ingin raisya pergi. Risau hatinya memikirkan raisya melangkah jauh dari malaysia dan bersama ethan. Kalau benua asia okay kagi ni sampai benua amerika sana !5 hari pulak tu! Abang tak sanggup isya! Kalau macam ni dia harus mempercepatkan rancangannya...

**************************************

"Welcome to amerika sayang!" Ucap ethan semasa mereka melangkah keluar dari pintu masuk Los Angeles International Airport. Alhamdulillah Mereka baru sahaja selamat sampai di negara ini. Perjalanan mereka mengambil masa kira kira 15-16 jam. Dan dalam tempoh masa itu raisya tidak jemu melihat ke luar tingkap pesawat. Korang kena faham aku bukan jakun tapi yelakan jarang jarang dapat bercuti jauh. Untunglah dapat suami mat salleh ni. Yela tu raisya.

"Wah baru turun airport je saya dah ternganga. Ini belum kita pusing pusing jalan jalan lagi." Mata raisya masih memandang sekelilingnya. Terasa mengagumka pula persekitaran di sini kerana semua manusia di sama hanya berwajah seperti mat salleh!  Tiada wajah asia. Memanglah raisya! Kau tu di amerika. Kalau kau pergi vietnam ke laos ke dah konfirm muka asia.

Ethan tergelak kecil  melihat wajah teruja gila isterinya.
"Silap silap awak tu boleh pengsan."
Pantas matanya bergerak mencari kereta untuk mereka naiki.

"Eish awak janganlah cakap macam tu! Doa yang bukan bukan." Sedang raisya membebel tiba tiba muncul sebuah kereta hitam limousin berhenti di hadapan mereka. Terbeliak mata raisya melihat kereta panjang itu! Aku fikirkan kereta api tadi! Ini adalah pertama kali dia melihat dengan kepala sendiri rupa sebenar kereta mewah itu! Gempak weh!

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now