2

158 20 4
                                    

Di Nurrul Yan Sdn

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di Nurrul Yan Sdn. Bhd.,

2 petang,

Yanti melihat sekeliling syarikat makanan itu sementara Tuan Badrul bermesyuarat.

Dalam beberapa jam Tuan Badrul keluar dan ketawa kecil melihat anaknya terlelap di sofa pejabatnya.

"Yanti... Wake up..."

Yanti membuka matanya.

"Papa... dah habis meeting?" Yanti mengeliatkan tubuhnya.

"Ha ah... Yanti... ada orang nak jumpa Yanti..." Tuan Badrul menjemput sebuah pasangan memasuki pejabatnya.

Yanti berdiri dan melemparkan senyuman.

"Asslammualaikum Puan dan Hai Uncle..."

Tiba-tiba Tuan Badrul berdehem kuat.

"Maafkan saya Dato Datin... anak saya belum kenal dengan Dato dan Datin..." Tuan Badrul memohon maaf.

Yanti terlompong.

"Ma... maafkan saya..."

"Tak apa... Ardina Yanti..." Datin Aminah melemparkan senyumannya.

"Sila duduk... Yanti pergi buat air dekat Dato dan Datin..." Tuan Badrul mengarah.

"Baik papa! Sila duduk ye buat macam pejabat sendiri..." Yanti melemparkan senyuman setelah Dato dan Datin itu ketawa dengan perilakunya.

Beberapa minit kemudian,

"Papa kata, Dato dan Datin nak jumpa Yanti... kenapa?" Yanti menyoal.

"Yanti umur berapa?" Datin Aminah menyoal.

"25 tahun... baru habis belajar..."

"Belajar kat mana?" Datin Aminah menyoal lagi.

"University of Rome, Italy"

Pasangan itu mengangguk.

"Nak kerja?" Tiba-tiba lelaki bersebelahan Datin Aminah menyoal.

"Kerja? Yanti tak kesah sebab Yanti ikut papa ja... kalau papa kata boleh Yanti kerja..." Yanti meneguk sedikit teh yang panas perlahan-lahan.

"Kalau kahwin nak?"

Yanti tersedak, mulutnya melecur dan air teh yang panas membasahi tudung dan baju Yanti.

"Yanti... Are you okey?" Datin Aminah mengelap baju dan seluar Yanti dengan sapu tangan.

"Okey... maaf sebab Yanti tersembur sikit..." Yanti menolak perlahan sapuan Datin Aminah sebagai tanda kehormatan.

"Kamu pun satu... nak tanya pun terburu-buru... tersedaklah kawan tu..." Dato Aiden memicit kepalanya.

"Maafkan Mama ye..."

Yanti terlompong dan tersedak air liur.

"Ouh, cepat sangat eh?" Datin Aminah mengusap belakang Yanti.

"Tak pe... hahaha" Yanti ketawa.

"Macam mana... Yanti nak jadi menantu Auntie tak?" Yanti melihat bapanya.

"Yanti... ikut dulu Datin Aminah pergi tengok bakal suami Yanti... kalau Yanti tak nak boleh je cakap kat papa..." Bapanya mencengkam tangan Yanti.

"Papa... kalau papa nak Yanti menikah dengan lelaki paling buruk didunia pun Yanti tak kesah... Yanti dah tak kesah nak hidup macam mana... asalkan Papa dan Mak bahagia dan arwah ayah akan dipermudahkan..." Yanti membalas genggaman tangannya.

"Arwah?" Dato Aiden memotong secara tiba-tiba.

"Ouh... Ni bapa tiri Yanti... bapa Yanti meninggal masa Yanti umur 15 tahun..." Yanti memberi senyuman.

"Mesti susahkan... Maafkan Dato dan Datin kalau terlalu banyak tanya..." Datin Aminah bersuara.

Yanti menggeleng.

"Dato dan Datin pun future parents Yanti... Yanti tak ambil hati pun..." Yanti mengekalkan senyuman yang begitu manis di wajahnya.

"Tapi lepas Yanti tengok dia... Keputusan Yanti nanti Dato dan Datin akan terima sepenuhnya..." Datin Aminah membelai pipi Yanti.

Wajah Dato Aiden mula berubah keras.

"Kalau dia tak nak kahwin dengan Yanti, jangan harap dia boleh hidup dengan orang lain..." Dato Aiden membengis.

"Abang... Fath tak balik lagikan... kenapa nak naik angin... lagi pun kita ada kat depan menantu ni..." Datin Aminah melihat wajah suaminya.

"Dato... Datin... jangan risau... kat Rome pelajar paling cantik kat university tu Yantilah... Ramai yang nak ada hubungan tapi Yanti tolak sebab Papa tak bagi... sekarang ni Papa bagi Yanti bercinta jadi Yanti akan buat kebahagiaan kat Fath..." Yanti masih mengekalkkan senyumannya.

__________
29 April 2020
Edited - 3 Mei 2020

CINTA YANG KABURWhere stories live. Discover now