Lights Cover From @Fafathia
"CintaYang Seumpama kabus"
'Cinta akan hadir tanpa kita sangka dan kabur saat kita memerlukan'
Deep Qoute from @Fafathia
💌💌💌
Cinta? Kasih Sayang?
Aku sudah banyak mendengar bahawa cinta ini perlu mengorbankan segalany...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
4:30 pagi,
Yanti tersedar, tubuhnya terasa hangat dan selesa lalu dia membuka matanya.
Raiden?! Kenapa dia tidur atas katil aku? Kejap... sejak bila aku tau balik rumah ni...
Yanti menatap wajah lelaki dihadapannya. Jarinya perlahan-lahan dikeluarkan lalu menyentuh rambut Raiden.
Bila dekat kacak pulak aku tengok...
Yanti menatap lama kelopak mata Raiden.
Panjangnya bulu mata dia...
"Suka tengok aku macam tu?"
Raiden membuka matanya, mata Yanti terbeliak.
"Mana ada! Kau tengoklah bilik siapa kau tidur..." Yanti memarahi Raiden di hadapannya sambil berbaring.
"Kau tengoklah rumah siapa kau tidur ni..." Raiden membalas.
Raiden bangun dari tidurnya.
"Tadi aku nampak kau tidur kat taman tu... Aku gendong kau balik sini..." Raiden berdiri.
"Mari keluar... makan bubur, lepas tu makan ubat... kau demam tadi..." Tiba-tiba Raiden mendekat lalu meletakkan telapak tangannya di dahi Yanti.
"Sekarang suhu kau okey dah... cepat makan, sebelum makin melarat..." Raiden menatap mata Yanti.
Mata mereka bertentangan. Raiden meletakkan ibu jarinya di bibir Yanti.
Yanti menatap anak mata Raiden yang dicerahkan oleh langit biru gelap di pagi hari.
"Allahhuakbar Allahhuakbar..."
Tiba-tiba azan dari telefon Yanti berbunyi menandakan waktu Subuh.
Yanti dan Raiden berhenti mengelamun lalu Raiden keluar dari bilik Yanti dengan tergesa-gesa manakala Yanti menutup deringan azan.
30 minit kemudian,
Raiden berada di stor berdekatan dapur yang terletaknya mesin basuh automatik lalu dia memasukkan pakaiannya dengan menyumbat dan menekan butang yang disediakan.
"Uih! Gapchayeo!" Raiden terkejut dengan kehadiran Yanti yang mengenakan telekung.
"Macam tu kau basuh baju?" Yanti menatap mesin basuh automatik itu.
"Yelah... habis tu kau nak suruh aku basuh macam kat sungai?" Raiden bergerak sedikit kerana pelik dengan telekung pada tubuh Yanti.
Yanti menutup derusan air yang keluar lalu mengeluarkan pakaian yang basah itu di dalam raga.
"Tak pa biar aku buat... nanti rosak baju kalau kau basuh baju..." Yanti bejalan memasuki biliknya untuk menyalin pakaian.
Yanti mengenakan seluar kembang dan baju berlengan panjang lalu disingkatkan di bahagian lengan.
Raiden menatap perkerjaan yang dilakukan oleh Yanti. Mengemas, membasuh, dan menyidai pakaian di stor.
"Kau asal? Ikut aku dari tadi..." Yanti membalik seluar pendek milik Raiden ke muka.
"Yanti! Kau boleh cakap elok-elokkan?" Raiden memegang seluar itu lalu membalingkannya semula.
"Thanks..." Yanti mengambil seluar yang terlekat di kepalanya lalu menyepit di tali yang tersedia.
Raiden melangkah memasuki dapur lalu membuka peti sejuk dan mengambil bir yang belum dibuka dalam peti sejuk.
Tiba-tiba Yanti mengambilnya dan menuangkan ke dalam singki.
"Ya! Yanti!" Raiden menahan tangan Yanti yang menuang bir itu ke dalam singki.
Yanti menempis dalam masa yang sama memlepaskan tin tersebut.
"Kau Islamkan?" Yanti menyoal.
"Kalau aku Islam sekalipun... kau jangan sibuk urusan aku... Ni urusan aku dengan Tuhan... Bukan urusan kau pun..." Rai
"Aku isteri sah kau... urusan kau dengan Tuhan sama juga urusan aku dengan Tuhan... apa aku nak jawab kat akhirat nanti bila Dia tanya... " Yanti menatap keras anak mata Raiden.
"Kau katalah... kau tu bini yang di paksa menikah dengan laki yang kau tak suka..." Raiden menjawab dengan mudah.
"Raiden... pagi-pagi ni aku tak nak gaduh dengan kau... tapi please aku mohon... kau pilih antara tiga kau nak yang mana... alchohol, girl or tak nak kedua-duanya..." Yanti memberi pilihan.
Yanti menunggu jawapan Raiden.
"Ok... fine... aku pilih girl..." Raiden memasuki biliknya meninggalkan Yanti di dapur.